Kali ni saya nak cerita tentang Peti sejuk. Sebelum saya bercerita/ membebel dengan lebih panjang lagi, meh cuci mata dengan Peti sejuk idaman saya. Sign* Mr Shahrul :)
Hitam itu menawan What about SILVER??? |
Peti Ais yg sangat tersusun, kemas & bersih. Mengambil pendekatan yang sama dengan blog Iheart Organizing, saya juga sentiasa memastikan ruangan peti ais saya tersusun kemas, bersih dan teratur. meh kita cuci mata ngn peti ais saya yang kecil molek ni.
Ni peti ais saya sekali imbas. Ruang penyimpanan yang sangat terhad. Oleh itu, saya kena bijak membeli stock makanan, supaya saya tak mengalami kesukaran untuk menyimpan makanan. Lagipun, kalau saya shopping barang-barang runcit dengan Shahrul. Dia selalu tanya saya, terutamanya kalau dia nampak saya beli barang makanan yang tak masuk akal, Contohnya macam Ais krim bekas besar, yang tak padan dengan peti sejuk kami. "Nanti muat tak, nak simpan dalam peti sejuk??? " T.T....
Thanks to him, kerana mengingatkan saya supaya beringat-ingat dan tak membazir!
Anyway, Berbalik kepada cerita peti sejuk tadi, mari kita tengok apa yang ada dalam peti sejuk saya ni dengan lebih dekat lagi.
Kalau anda perasan. Dalam bakul plastik putih tu, saya selalu simpan telur Ayam. Setiap bulan, kalau ke pasar, saya akan beli sepapan telur. Biasanya untuk stock sebulan.
Bekas Plastik Kuning tu pula, saya simpan sayur-sayuran.Menggunakan bekas Plastik macam tu memang tahan lebih lama dan mudah. Nak masak sayur. Cuma tarik je bekas tu. Boleh menjimatkan masa dan Elektrik. Kat Bahagian atas tu pulak,adalah Stock coklat saya, butter, majerin dan cheese. Stock Kek, Saya memang sukakan kek. So dalam peti sejuk, memang kena ada kek :)
Kat Pintu peti ais tu, saya letak bekas kaca untuk simpan, Susu Pekat manis, Lada, bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Memang mudah bila nak masak, bahan-bahan dah siap blend. Tips ni saya belajar daripada makcik saya.Cuma bezanya dia simpan bahan-bahan tu dalam mangkuk plastik biasa je. Tetapi disebabkan saya ni suka Dekorasi, dalam Peti sejuk pun saya nak yang cantik-cantik, sebab tu lah saya gunakan mason jar yang saya beli di Giant ni.
Sumber |
Selain itu, Stock yang sentiasa ada dalam peti sejuk saya adalah Air kotak. Air kotak memang sentiasa ada dalam Peti ais saya, sebab Shahrul memang suka Air kotak. So saya akan pastikan setiap kali membeli barang dapur, saya akan beli Air kotak sekurang-kurangnya 3 kotak untuknya. Kalau kami kehabisan Stock. Saya akan bancuh sirap atau sunquick. lepas tu saya isi dalam botol dan simpan je dalam Peti ais.Memang mudah, kalau dia nak minum, just ambil je dari peti sejuk tu. :)
Ok la, Tu je yang saya nak kongsikan hari ni, Sekian sahaja post saya untuk kali ni. Saya akan sambung lagi, jika ada idea lain nanti. till then...
x.o.x.o
peti ais kite pun kecik.hasben beli mase bujang
ReplyDeletesetakat ni msih gune peti ais nih, Insyallah ade rezeki lebih nnti blh tkr bsr sikit.. hehe
ReplyDeletesalam kenal sis...
ReplyDeletewahhh..suke2 yg kemas + teratur...
masih dlm proses susun atur p.ais...
dlu ank sorg rajen gak kemas...ank 2 ni kelam kelibot jer peti ais..