Thursday, 21 March 2013

Post Saiko**



Salam & Hye
Ce Teka, Hari ni, saya nak cakap tentang ape???
Yes, tentang bekas tisu & Bekas Plastik Sampah!
First, saya nak sentuh tentang bekas tisu dulu. Tengok bekas tisu bentuk Cupcake Comel tu.(Memang saiko post aku ni hehe) Saya memang suka sangat dengan cupcake, Eh! Bukan suka, tapi dah tahap obsess :)
Shahrul geleng kepala je, setiap kali balik rumah, ade je saya bawa balik cupcake seramik lah, frame cupcake lah, macam-macam lagi. Saya beli secara online, mudah je, bukak Facebook, pilih barang yang nak, pastu pegilah Maybank2u ke CimbClicks ke, buat payment. Tunggu senyap-senyap, dalam 2-3 hari barang pun sampai. :) Senang sangat-sangat. Segala-galanya di hujung jari. Saya suka shopping online kerana Shahrul susah nak pantau dan control barang apa yang akan saya beli Tau-tau je, dah bawak balik barang ke rumah hehe.
Okey, kembali kepada tajuk asal. Saya suka bekas tisu yang macam ni, sebab comel hehe. Yang ni saya beli kat Kajang. Murah je bekas tisu macam ni, Tak sampai RM10 pun. Sebab tu Shahrul takdelah bising sangat kalau saya Shopping. Sebab dia tahu saya takkan beli barang yang mahal-mahal.Pada saya, asalkan murah, cantik dan kena dengan taste saya, saya akan beli.

Secondly, saya nak cerita tentang pengendalian bekas plasik sampah pulak.Idea ni tercetus, masa saya baca blog  Xora sebelum ni, Saje nak kongsi idea sikit.  Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni, cara Xora untuk selesaikan hal pengendalian Plastik sampah ni.
Sumber: Rumahkamisyurgakami
Plastik sampah ni, kalau tak kendalikan dengan baik, pening jugak kalau nak *peruk je sesuka hati dalam laci. Macam tu bukan mata je sakit, hati pun sakit hehe. Anyway,  Saya suka sesuatu yang cantik! Jadi hal yang kecil macam ni pun, saya rasa nak cantikkan jugak.
Di rumah, saya gunakan bekas tin macam ni untuk isi plastik sampah, atau plastik percuma yang diberikan selepas membeli-belah atau beli barangan runcit. Saya tak buang plastik-plastik ni, pasal saya rasa saya boleh simpan dan jadikan plastik membungkus sampah. Sangat berjimat cermat kan? :)
 Saya beli bekas tin macam ni, dalam RM7.90 kalau tak silap saya, di Mr. DIY masa saya balik ke Segamat. Ada banyak corak. Di Kajang ni pun ada juga, bekas tin macam ni. Comel kan? Saya harap post saya ni boleh bagi Idea pada semua, tentang cara menyelenggara plastik sampah dengan berkesan, tak menyakitkan mata, menyakitkan hati malah Comel pulak tu  :)





P/s: Peruk tu dalam bahasa Johor: maksudnya memasukkan sesuatu/ barang secara paksa dalam satu ruang. Contoh Laci Almari.

1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.