Monday 25 March 2013

Fridge

Salam dan Hye,
Kali ni saya nak cerita tentang Peti sejuk. Sebelum saya bercerita/ membebel dengan lebih panjang lagi, meh cuci mata dengan Peti sejuk idaman saya. Sign* Mr Shahrul :)
Hitam itu menawan
What about SILVER??? 
Pink Color u!!!


Semuanya cantik-cantik dan tentulah harganya pun mahal. Teringin nak beli peti sejuk macam ni kalau ada rezeki lebih nanti *** Berangan ***
...............
.............
..................
.........................
..................
..................
................................
..........................
..................
................
......................................
...............................
................................................
...................................
....................
..................
......................
..............................................
.............................
...................

................
....................
.....................






Ok, Back to reality.. Di rumah, saya menggunakan peti ais satu pintu jenama Toshiba, hadiah daripada akak ipar saya ( sekali lagi, Thanks to her *) Buat sementara ni, kami masih gunakan peti ais pemberian akak ipar saya ni. Peti ais ni masih elok lagi, walaupun dah lama. Tapi masih berkhidmat dengan baik setakat ni, setakat froze kat tempat sejuk beku tu, saya tutup mata je dan masih boleh diterima lagi. Di sini Saya nak kongsikan insipirasi saya dalam susun atur peti sejuk ni. Saya sukakan idea Jenifer ( Iheart organizing), dalam susun atur peti sejuknya ni. 

Peti Ais yg  sangat tersusun, kemas & bersih.  Mengambil pendekatan yang sama dengan blog Iheart Organizing, saya juga sentiasa memastikan ruangan peti ais saya tersusun kemas, bersih dan teratur. meh kita cuci mata ngn peti ais saya yang kecil molek ni.
Ni peti ais saya sekali imbas. Ruang penyimpanan yang sangat terhad. Oleh itu, saya kena bijak membeli stock makanan, supaya saya tak mengalami kesukaran untuk menyimpan makanan. Lagipun, kalau saya shopping barang-barang runcit dengan Shahrul. Dia selalu tanya saya, terutamanya kalau dia nampak saya beli barang makanan yang tak masuk akal, Contohnya macam Ais krim bekas besar, yang tak padan dengan peti sejuk kami. "Nanti muat tak, nak simpan dalam peti sejuk??? " T.T.... 
Thanks to him, kerana mengingatkan saya supaya beringat-ingat dan tak membazir!
Anyway, Berbalik kepada cerita peti sejuk tadi, mari kita tengok apa yang ada dalam peti sejuk saya ni dengan lebih dekat lagi. 
Kalau anda perasan.  Dalam bakul plastik putih tu, saya selalu simpan telur Ayam. Setiap bulan, kalau ke pasar, saya akan beli sepapan telur. Biasanya untuk stock sebulan.
Bekas Plastik Kuning tu pula, saya simpan sayur-sayuran.Menggunakan bekas Plastik macam tu memang tahan lebih lama dan mudah. Nak masak sayur. Cuma tarik je bekas tu. Boleh menjimatkan masa dan Elektrik. Kat Bahagian atas tu pulak,adalah Stock coklat saya, butter, majerin dan cheese. Stock Kek, Saya memang sukakan kek. So dalam peti sejuk, memang kena ada kek :) 


Kat Pintu peti ais tu, saya letak bekas kaca untuk simpan, Susu Pekat manis, Lada, bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Memang mudah bila nak masak, bahan-bahan dah siap blend. Tips ni saya belajar daripada makcik saya.Cuma bezanya dia simpan bahan-bahan tu dalam mangkuk plastik biasa je. Tetapi disebabkan saya ni suka Dekorasi, dalam Peti sejuk pun saya nak yang  cantik-cantik, sebab tu lah saya gunakan mason jar yang saya beli di Giant ni.
Sumber
 Harganya dalam RM4 kalau tak silap saya.Memang murah, mampu milik dan cantik :)
Selain itu, Stock yang sentiasa ada dalam peti sejuk saya adalah Air kotak. Air kotak  memang sentiasa ada dalam Peti ais saya, sebab Shahrul memang suka Air kotak. So saya akan pastikan setiap kali membeli barang dapur, saya akan beli Air kotak sekurang-kurangnya 3 kotak untuknya. Kalau kami kehabisan Stock. Saya akan bancuh sirap atau sunquick. lepas tu saya isi dalam botol dan simpan je dalam Peti ais.Memang mudah, kalau dia nak minum, just ambil je dari peti sejuk tu. :)
Ok la, Tu je yang saya nak kongsikan hari ni, Sekian sahaja post saya untuk kali ni. Saya akan sambung lagi, jika ada idea lain nanti. till then...

x.o.x.o

Thursday 21 March 2013

Post Saiko**



Salam & Hye
Ce Teka, Hari ni, saya nak cakap tentang ape???
Yes, tentang bekas tisu & Bekas Plastik Sampah!
First, saya nak sentuh tentang bekas tisu dulu. Tengok bekas tisu bentuk Cupcake Comel tu.(Memang saiko post aku ni hehe) Saya memang suka sangat dengan cupcake, Eh! Bukan suka, tapi dah tahap obsess :)
Shahrul geleng kepala je, setiap kali balik rumah, ade je saya bawa balik cupcake seramik lah, frame cupcake lah, macam-macam lagi. Saya beli secara online, mudah je, bukak Facebook, pilih barang yang nak, pastu pegilah Maybank2u ke CimbClicks ke, buat payment. Tunggu senyap-senyap, dalam 2-3 hari barang pun sampai. :) Senang sangat-sangat. Segala-galanya di hujung jari. Saya suka shopping online kerana Shahrul susah nak pantau dan control barang apa yang akan saya beli Tau-tau je, dah bawak balik barang ke rumah hehe.
Okey, kembali kepada tajuk asal. Saya suka bekas tisu yang macam ni, sebab comel hehe. Yang ni saya beli kat Kajang. Murah je bekas tisu macam ni, Tak sampai RM10 pun. Sebab tu Shahrul takdelah bising sangat kalau saya Shopping. Sebab dia tahu saya takkan beli barang yang mahal-mahal.Pada saya, asalkan murah, cantik dan kena dengan taste saya, saya akan beli.

Secondly, saya nak cerita tentang pengendalian bekas plasik sampah pulak.Idea ni tercetus, masa saya baca blog  Xora sebelum ni, Saje nak kongsi idea sikit.  Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni, cara Xora untuk selesaikan hal pengendalian Plastik sampah ni.
Sumber: Rumahkamisyurgakami
Plastik sampah ni, kalau tak kendalikan dengan baik, pening jugak kalau nak *peruk je sesuka hati dalam laci. Macam tu bukan mata je sakit, hati pun sakit hehe. Anyway,  Saya suka sesuatu yang cantik! Jadi hal yang kecil macam ni pun, saya rasa nak cantikkan jugak.
Di rumah, saya gunakan bekas tin macam ni untuk isi plastik sampah, atau plastik percuma yang diberikan selepas membeli-belah atau beli barangan runcit. Saya tak buang plastik-plastik ni, pasal saya rasa saya boleh simpan dan jadikan plastik membungkus sampah. Sangat berjimat cermat kan? :)
 Saya beli bekas tin macam ni, dalam RM7.90 kalau tak silap saya, di Mr. DIY masa saya balik ke Segamat. Ada banyak corak. Di Kajang ni pun ada juga, bekas tin macam ni. Comel kan? Saya harap post saya ni boleh bagi Idea pada semua, tentang cara menyelenggara plastik sampah dengan berkesan, tak menyakitkan mata, menyakitkan hati malah Comel pulak tu  :)





P/s: Peruk tu dalam bahasa Johor: maksudnya memasukkan sesuatu/ barang secara paksa dalam satu ruang. Contoh Laci Almari.

Tuesday 19 March 2013

Dream About These

Salam & Hye,
Hari ni, saya nak cerita sedikit tentang dapur Gas. Di rumah, saya menggunakan dapur gas jenama Penasonic. Hadiah daripada kawan semperna perkahwinan kami.
Saya sukakan dapur gas ni. Setakat ini, Dapur Gas ini, berkhidmat dengan baik sekali. Kalau kita sayang akan sesuatu tentulah kita akan menjaganya dengan baik. Antara perkara yang saya selalu lakukan untuk menjaga dapur gas ini ialah Setiap kali saya memasak, saya akan pastikan yang saya bersihkan permukaannya. Saya tak nak minyak melekat pada badan dapur gas saya. Saya geli kalau besi tu penuh dengan minyak-minyak. So setiap kali habis memasak, saya akan bersihkan sekali besi tu.  Tetapi semakin lama saya menggunakannya, saya lihat ada juga kekurangannya. T.T  Dapur tersebut lama-kelamaan sedikit berjelaga dan berkarat kat sumbu dia tu. Untuk selesaikan masalah tu, saya minta pertolongan Shahrul untuk spray balik sumbu tu. After spray keadaanya masih ok, macam baru. tapi lama kelamaan, hal yang sama berulang lagi. Kalau perasan ada besi atas tu untuk letakkan kuali atau periuk. Saya lupa apa namanya, tu pun sudah mula berkarat. Saya perhatikan bawah dapur gas saya tu penuh dengan serpihan-serpihan dari besi tu, dah mula berkarat.
Anyway, saya ada google beberapa dapur gas yang tahan lama dan saya sememangnya berkenan sangat dengan dapur gas macam ni
Saya tahu, harganya agak mahal juga. Tapi rasanya lebih tahan lama, berbanding dapur gas saya tu. Salah satu sebab saya sukakan dapur gas macam ni kerana nampak sangat kemas dan cantik.

Dah dapat bayangkan dah, dapur saya yang kecil molek tu, tentu akan nampak lebih cantik dan kemas. Kena bagi hint* pada Shahrul ni. ( Misi untuk pujuk Shahrul setuju dengan pilihan saya nih!)
Wish me luck Guy's

~~x.o.x.o~~

Bento Box



Salam & hye
Pernah dengar tentang Bento Box? Bento Box ni berasal dari Jepun, kalau tak silap saya.
Bento Box ni, makanan yang dihias dengan comel untuk di bawa ke Sekolah, Pejabat atau mana-mana lah. Bento box ni memang comel, kalau saya lah rasanya tak sampai hati nak makan kot. Kalau rajin anda boleh google Bento Box ni dan tengok sendiri macam mana kreatifnya mereka ni, menghias makanan.



Terfikir........ alangkah bestnye kalau saya pandai buat ni. Tentu bekal makanan saya sangat comel :)
Insyallah kalau saya ada anak yang bersekolah nanti, nak praktikalkan idea ni lah, Maklumlah, kanak-kanak kan susah nak makan banyak. Saya rasa inilah inisiatif yang berkesan untuk kanak-kanak sukakan makanan
Ok la, sampai di sini dulu..

~~ x.o.x.o ~~

Monday 18 March 2013

My Cooking Routine



Salam & Hye
Rutin Memasak 
Rutin harian saya setiap hari... keletang keletung kat dapur memasak... 
Rutin memasak saya daripada hari Isnin hingga Jumaat adalah makan malam. Manakala Hari Sabtu dan Ahad pula makan tengah hari dan malam.Untuk hari-hari bekerja. Saya akan masak selepas pulang dari kerja. Bermula Jam 6.30 hinggalah selesai. Bergantung kepada menu apa yang saya pilih hari tu. Biasanya untuk hari bekerja, saya pilih menu ringkas yang tak susah untuk disediakan. Manakala hujung minggu pula, saya akan masak special sikit untuk suami. Sebagai seorang Isteri, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyediakan keperluan untuk suami. Kami pun masih baru mendirikan rumah tangga, banyak lagi yang perlu saya pelajari tentang selera Makan suami, bagaimana untuk mengimbangi selera makan kami berdua dan semestinya masih belajar memasak!
Kadang-kala saya mati akal juga nak fikir menu apa yang perlu saya masak. Jadi saya banyak google blog-blog masakan untuk rujukan atau untuk mencuba resipi yang baru. Selain itu kalau nak rasa masakan barat saya akan rujuk buku ini
Saya beli buku ni, di pesta buku Big bad wolf, Mines seri Kembangan. Buku ni agak bagus juga, sebab bahan-bahannya ringkas dan tidak lah susah nak sediakan. Tetapi saya takde lah cuba semua resipi, ada satu dua je yang saya buat setakat ni. Insyallah kalau ada masa lapang nanti. Saya akan cuba semua menu. :)

Pengstoran Barangan Mentah
Seperti yang saya tuliskan dalam post sebelum ini, saya suka membeli barang makanan mentah seperti Ayam, Ikan, Sayur-sayuran di Pasar Borong Selangor kerana harganya yang murah dan banyak pilihan. Kadang-kala kalau terputus bekalan, contoh kalau ayam dah habis. Saya akan beli je di kedai runcit berdekatan tempat kerja waktu pulang dari kerja. Selalunya jika saya beli Ayam, Ikan, Udang dan Sotong Saya akan siang dan bersihkan siap-siap. Barulah saya masukkan dalam bekas plastik dan di simpan dalam peti sejuk beku. Nanti bila nak masak, keluarkan saja. Untuk sayur-sayuran pula, saya akan beli sayur yang tahan lama seperti Brokoli, Lobak Merah, Kacang Buncis, Bunga Kobis dan Kobis. 

satu perkara yang saya nak kongsi di sini. Sepanjang tinggal sebumbung dengan suami, mempunyai stok-stok bahan tertentu di dapur adalah sangat penting, terutama bila ada tetamu datang secara tiba-tiba. Mak saya selalu pesan, di rumah kena ada stok makanan tertentu,mana lah tahu. kalau ada tetamu yang datang secara tiba-tiba, sekurang-kurangnya kita tidaklah mati akal nak sediakan hidangan untuk mereka. Di sini saya kongsikan stok-stok bahan yang mesti ada dalam dapur saya, yang ni pun, saya belajar daripada blog diaterimanikahnya. Saya tambah sedikit senarai dalam ni.

1. Tepung gandum 
2. Bihun - Tahan lebih lama daripada mee atau kuehteow 
3. Pasta/ makaroni/ Spageti
4. Sos Prego  
5. Sardin
6. Telur
7. Tauhu Kering dan Soon.
8. Kek atau Muffin (Kalau ada masa buat sendiri, kalau takde beli je )
9. Buah-buahan ( Yang ni kalau saya betul-betul takde masa nak sediakan apa-apa) 
10. Sosej, Nugget atau Fries
11. Maggie Magic Meal

Yang ni sangat mudah. Saya memang ada beli, manalah tahu kan, ada tetamu datang tengah malam. Saya boleh masak nasi dan lauk dalam satu masa 2 in 1. Sangat menjimatkan masa dan mudah nak sediakan. 



Setakat ini je yang saya ingat. Tetapi sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan rujukan :) Insyallah.
Sekian dulu, untuk kali ni. Kalau ada yang nak saya kongsikan di bawah tajuk My Cooking Routine ni, saya akan sambung nanti. till then..

x.o.x.o


My Cupcake Kitchen

Salam & hye

Post sebelum ni, saya ada sebutkan tentang tema dapur Cupcake. Oleh kerana saya dah jumpa Cable Usb Kamera saya. Jadi, saya letakkan gambar Kitchen Cupcake Themed saya ni. Kalau nak tahu, Semuanya mengikut tema warna masing-masing. Nanti saya ceritakan satu persatu.

Ni dapur saya sekali imbas. Tak suka dengan Kipas penyedut bau kat tingkap tu. Tapi terpaksa tutup je mata sebab kalau tak letak, nanti bila saya memasak, satu rumah akan berbau dan Shahrul akan bising huhu  T.T


Kat sini temanya warna Pink. Saya memang suka bunga Orkid, so saya selitkan bunga orkid kat situ

Tema kat sini pulak Hijau! nampak tak black board belakang tu, saya nak gantikan dengan something nanti. Something yang ada tema hijau macam ni jugak :)
Bahagian ni warna Kuning! Agak kosong sikit kan. saya akan fikirkan idea lain untuk rak ni

Kat sini Favourite saya, Polkadot Cupcake


Sini pun ada cupcake jugak! Tema Biru :)

Saya Jumpa Pot Holder gambar Cupcake di Giant, First time nampak terus je beli. Yang ni saya tak fikir dua kali untuk beli sebab dia cute sangat :)
Nampak tak dulang belakang mangkuk tu, yang tu hadiah daripada Shahrul. :) 


cupcake tu saya beli di Guardian sebab cute & wangi

Ye, saya sangat Obses dengan Cupcake seramik. Bagi saya, cupcake ni comel sangat, kerana itulah saya buat tema cupcake untuk dapur saya. Saya bernasib baik,kerana Suami saya faham dan tak kisah pun.Insyaallah saya akan mengumpul lebih banyak lagi koleksi Cupcake dari semasa ke semasa. Wish me luck... 
~x.o.x.o ~~

What I keep InsiDe My Kitchen DraweR

Salam & Hye
Post kali ni, saya nak sentuh tentang apa yang saya simpan dalam Kabinet Dapur saya tu.
Mari kita cuci mata dengan apa yang ada dalam Kabinet dapur saya :)

Kabinet Dapur 
Sebelum ni saya ada senaraikan apa yang saya simpan di dalamnya
A: Set Gelas dan Cawan Mug
B: Set Sudu & Garfu
C: Mangkuk
D: Periuk, Dulang & Mangkuk
E: Set Pinggan, Mangkuk & Dulang
F: Jug, Set Teko & Cawan
G: Tupperware n Tippuware
H & I: Mangkuk

Koleksi Gelas & Mug saya. Yang gambar England Flag tu hadiah daripada adik saya. 



Rumah Tupperware & Tippuware





Setakat ini, tiada sebarang rombakan yang dibuat, masih sama seperti kali pertama ia diletakkan di rumah masing-masing. Walaupun dah bertambah ahli, tapi masih dapat dikawal dengan baik. Insyallah jika ada lagi perubahan akan datang. Saya akan tulis dalam post akan datang.
~~x.o.x.o ~~