Monday 25 August 2014

" I have Nothing To Wear??"

Assalamualaikum & hye
Perghhhh Tajuk!.... Korang jangan pikir bukan-bukan pulak ye. Nak pencerahan, sila refer pada gambo huhu


Saya tak tahulah, korang pernah tak rasa macam ni, walaupun baju penuh selemari bila nak pergi jejalan selalu berdiri depan lemari dan cakap " Takde ape nak pakai??" sambil belek-belek baju huhu. Dilema wanita sungguh! kesudahannya, lepas tu membeli lagi baju, lagi dan lagi but then still cakap takde ape nak pakai bila nak jalan????? hahaha.. acane nak selesaikan masalah macam ni ek??? till then xoxo

Thursday 14 August 2014

Projek Jahit Manik Sampai Lebam

Assalamualaikum & hye
Semalam secara tak sengaja ajak officemate pergi kedai jual manik kat Seksyen 4 Bangi. Memang niat nak beli manik nak jahit kat baju raya warna biru, baju tu da siap jahit lace tapi tak sempat nak jahit manik pasal buat kerja last minute, malam-malam raya baru nak jahit manik, memang tak sempat lah ceritanye.
Walaupun takde manik still pakai jugak pasal ade 3 je baju raya sampai raya ke tiga kena recycle balik huhu. Nampak tak macam takde seri kalau takde manik ( tu alasan nak sopink manik semata...) muahahaha. Ok malam semalam dah mula projek jahit manik, tapi tak sampai suku dah mengantuk, so weekend ni baru start balik muehehehe

Tak tahulah bile boleh siap ni huhu tapi at least ade gak aktiviti nak buat weekend ni, till then xoxo

Wednesday 13 August 2014

Organizing for Women Stuff

Assalamualaikum & hye
Lamenye tak up entry pasal organizing. Rinduuuuu pulak. Harini nak shared idea macam mana nak organized barang-barang peribadi wanita macam baju, bag, kasut, accessories dan lain-lain, meh cuci mata ngan gambar kat bawah ni


















suke sangat idea macam ni, colourful dan kemas je. Kalau cara saya, saya suka susun baju according to color. Dari warna putih hingga warna terang dan gelap, seluar jeans pun sama, saya akan susun dari cerah ke gelap so nampak kemas sikit. Accessories saya tak banyak so masukkan dalam kotak kecil je. Korang macam mane pulak??? till then xoxo

Thursday 7 August 2014

Muhasabah Diri

Muhasabah diri, everything happen always for a reason. Insyallah akan tiba masanya. Tak semua yang kita nak tu kita akan perolehi. Paling penting usaha dan tawakal. Insyallah, semoga diri ni terus kuat dan sentiasa redha dengan setiap apa yang mendatang. Amin..Amin..Amin...