Sunday 21 April 2013

30 minutes ExpresS Meals


Salam & Hye,
Selamat berhujung minggu! Minggu ni saya tak ke mana-mana. Hanya teman Shahrul buat model Mini Landasan Kereta api. ( Sebenarnya saya sekadar duduk dan membaca Novel Harry Potter kesayangan saya) Yup, perlu diakui, dia memang kreatif. Walaupun pada awalnya saya tak faham apa yang dia nak buat??  Tetapi bila melihat hasil kerja tangannya. Saya akui, memang cantik dan kreatif.



Anyway saya bukan nak bercerita tentang mini landasan kereta api Suami saya ni. Saya cerita tentang tetamu yang tiba-tiba datang ke Rumah dan kita tak tahu nak masak apa untuk mereka.

Ya, seperti yang saya katakan dalam post saya sebelum ini. Mempunyai beberapa Stock makanan yang ada di dapur boleh menyelamatkan keadaan. Lebih-lebih lagi  bila tetamu muncul pada bila-bila masa.
Malam sabtu, tiba-tiba Kakak Ipar saya call, kata nak datang. Saya pun gelabah, tak tahu  nak sediakan apa. Sedangkan masa tu dah pukul 7, Kakak Ipar saya kata nak datang dalam pukul 8 malam. Jadi saya hanya ada lebih kurang sejam untuk menyediakan apa-apa menu. Oleh kerana Kakak Ipar saya sukakan makanan barat. Akhirnya saya pilih menu barat sikit, Baked Macarroni & Cheese
Sumber
Antara Stock makanan barat yang selalunya ada di dapur saya adalah.
Prego 

Pasta

Prego Cheese & Herbs

Memang sangat mudah nak sediakan. Daripada nak buat Mee Kari, Mee Udang dan beberapa masakan yang saya rasa agak rumit nak sediakan. Cuma Lasagna je saya tak pernah cuba lagi, sebab agak leceh. Insyallah saya akan cuba buat juga satu hari nanti. " Wish me Luck "

Tuesday 16 April 2013

Idea Living Room

Salam & Hye,
Banyak sangat Idea yang ingin saya kongsi. Kali ini, Idea tentang Ruang tamu pulak dan saya tak sabar-sabar nak kongsikannya. Post-post saya sebelum ni, banyak saya ceritakan tentang Idea saya untuk menyusun atur rumah saya. Buat masa ini, saya masih berusaha sedikit demi sedikit untuk menjadikan impian dekorasi rumah saya menjadi kenyataan! Tak pasti cepat atau lambat. Tapi saya akan berusaha untuk menjadikannya kenyataan :) Insyallah.
Kali ni saya nak kongsi sikit, idea Ruang tamu yang saya inginkan. Saya ada sumber inspirasi daripada kawan saya di Facebook, dia juga sukakan dekorasi Inggeris. Saya suka Idea ruang tamunya.Tapi tak banyak gambar ruang rumahnya yang saya dapat kongsikan kat sini.





Ye saya sukakan konsep ala-ala Inggeris, tapi saya sukakan keadaan yang simple dan tak serabut. Saya benar-benar suka Idea sebegini. Memang menarik. Mari kita cuci mata dengan ruang dapurnya yang bertemakan Cupcake Kitchen.Sama macam Konsep dapur saya. 




Comel kan hehe, tapi hari ni, saya tak nak cerita tentang dapur.  Saya nak cerita tentang ruang tamu. Buat masa ni, Ruang tamu saya simple jer. Shahrul yang buat dekorasi, saya cuma tolong hias-hias dengan bunga je. Masa akan datang saya nak ubah sikit dekorasi ruang tamu saya. Nak tonjolkan elemen Inggeris kat situ. Saya pun dah buat senarai barang-barang dekorasi untuk ruang tamu. Saya akan beli sikit-sikit mengikut peringkat. Orang tua-tua kata, sikit-sikit, lama-lama jadi Bukit :)
Anyway, kat sini saya google beberapa gambar ruang tamu yang saya rasa agak menarik, dan boleh diselitkan dalam Idea dekorasi Ruang Tamu Ala-ala Inggeris saya nanti.

Saya suka yang ni :)





Sunday 14 April 2013

Picnic Time! Idea datang Bergolek

Salam & Hye,
Selamat berhujung minggu. Weekend ni,kami takde plan nak buat apa-apa aktiviti. Oleh kerana saya tak jadi balik kampung. Saya dan Shahrul plan untuk pergi picnic dengan kawan-kawan kat Sungai Tekala, Semenyih. Dah lama saya tak pergi berkelah. Sekali sekala seronok juga.
 






 First time sampai sini. Sebenarnya tak jauh pun daripada rumah kami kat Bandar Teknologi tu, perjalanan ambil masa setengah jam je.Kami pergi waktu petang, tak ramai sangat orang. Semua orang dah balik time ni.Anyway tempat ni ok lah, sesuai kalau nak berkelah dengan keluarga. Sungai dia pun bersih dan tak dalam sangat. Sesuai kalau nak bawa anak-anak mandi manda.
Sebelum pergi saya sempat lah masak nasi goreng dan beberapa menu lain,buat bekalan. Tapi bila dah masak dan isi dalam tupperware siap-siap. Baru saya teringat. Saya tak ada pinggan Plastik kat rumah ni.  Takkan nak bawak pinggan kaca?? Bukan tak boleh, tapi pinggan kaca agak berat dan mudah pecah. Kalau pinggan Plastik lebih sesuai nak bawak pergi berkelah sebab lebih tahan lasak.


So penyelesaiannya saya bawak mangkuk plastik yang saya guna untuk memasak je. Rasa macam tak best pulak :( Tiba-tiba teringat masa last time saya ke Ikea tempoh hari ada terjumpa bekas mangkuk plastik untuk kanak-kanak. Cute sangat mangkuk Plastik tu, berwarna warni dan ceria, macam pelangi.





Masa tu tak terfikir pula nak beli. Sekarang rasa menyesal pulak sebab tak beli. Terfikir, banyak fungsi kalau beli set mangkuk kanak-kanak Ikea ni. Contohnya, Kalau nak pergi berkelah ke Family day ke, boleh bawak mangkuk-mangkuk ni je. Tahan lasak dan cantik berwarna warni pulak tu. Kalau ada rezeki dan kami dapat baby nanti. Boleh recycle je, mangkuk-mangkuk ni :)
Nanti kalau dah ada baby, bolehlah buat Kabinet Khas untuk baby macam ni :) Insyallah kalau ke Ikea nanti, saya akan beli mangkuk-mangkuk ni. Ok la sampai sini dlu.
Till then, xoxo... :)

Thursday 11 April 2013

My New Obsession: ORCHID!!


Salam & Hye,
Yup, You heard right! Obsesi terbaru saya adalah Bunga Orkid!!
 Semalam saya dan Shahrul saja keluar jalan-jalan di Kajang. Saya pujuk dia, supaya bawa saya ke Metropoint. Nak Jalan-jalan kat kedai Romantika. Saya memang nak beli dulang kat sana. Rupa-rupanya Romantika tengah buat Sales Clearance Stock. Bunga-bunga Orkid yang dah lama saya berkenan tu, dah turun harga! Memandangkan dah tengah-tengah bulan macam ni. Bagi orang yang makan gaji macam saya ni, faham-fahamlah kena berjimat-cermat sehingga hujung bulan. So Terpaksalah saya tahankan diri daripada borong semua Orkid-orkid tu. ( T.T nangis.. ) Tapi dalam pada tu, Saya sempat  sambar satu Orkid Color Pink Harga asal RM9, tapi dah turun RM6. Saya minta Shahrul belikan untuk saya. :) Anyway, Saya cadang nak letak kat rak atas Sinki. Dulu saya letak Orkid warna Putih/Cream. Tak berapa menyerlah sangat sebab dinding saya warna kelabu.

Sebelum

Selepas
So selepas ditukar dengan warna Pink barulah nampak ceria sikit kat ruang ni. Saya dah suka dengan bunga Orkid ni, sebab nampak sangat cantik.Mak saya pun sukakan bunga Orkid tetapi yang hidup dan BUnga-bunga orkidnya memang subur. Berbeza dengan saya. Oleh kerana saya tak ada bakat nak bercucuk tanam. So saya pilih bunga Orkid tiruan, sebab senang nak jaga. Lagipun, nampak cantik sangat kalau buat hiasan kat rumah. Saya google beberapa gambar di Internet, tengok bertapa kreatifnya mereka menghias rumah dengan bunga-bunga Orkid.









 Saya cadang nak beli Bunga Orkid yang besar sikit untuk gantikan tempat bunga Ros di ruang tamu nanti. Memandangkan ada promosi sekarang ni, lebih baik saya beli. Harga asal, bagi saya agak mahal sikit. Nanti nak beli lagi bunga Orkid kat situ. Harap-harap hujung bulan nanti masih ada yang cantik-cantik :) Ok lah sampai sini dulu,till then.
xoxo :)

Monday 8 April 2013

Dining Room

Salam & Hye
Masa mula-mula pindah ke rumah selepas berkahwin. Kami memang dah ada meja makan. Shahrul beli masa dia bujang. Memandangkan sebelum berkahwin, dia tinggal di rumah Kakaknya. Jadi Kami tumpangkan dulu meja tu kat sana. Selepas berkahwin, barulah kami ambil.  Meja makan tu kecil je untuk 4 orang. Shahrul beli di Ikea kalau tak salah saya. Setakat ni, Meja ni memadailah untuk kegunaan kami Suami Isteri. Mungkin kalau dah bertambah ahli keluarga nanti. Baru keluarkan belanjawan beli meja makan yang lebih besar. :) Insyallah.


Meja makan kami letakkan di dinding sebelah dapur. Shahrul dah decorate kawasan Meja makan kami dengan lampu, frame dan aksesori lain.Memang cantik dan kreatif pun bagi saya.
Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga. Saya rasa kawasan meja makan kami tu dah suram sikit. Ingat nak Dekor sikit bagi ceria. Saya google beberapa gambar di Pinterest, yang saya rasa sesuai kot untuk kawasan Meja Makan kami yang kecil Molek tu.


Saya suka idea gambar-gambar kat atas ni, Ceria dan berwarna warni. Nanti saya bentang kertas kerja bagi Shahrul tengok. Kalau dia setuju. Saya akan teruskan projek ni. *Wish Me Luck ;) *

Alas Meja

Sebelum ni, saya gunakan alas meja warna putih yang saya beli di Ikea. Masa beli tak terfikir pun warna putih ni susah nak jaga. Masa tu, fikir nak cantik je. Tapi lama kelamaan saya dah mula bosan asyik nak kena basuh sebab kuah makanan selalu sangat tertumpah kat atas tu. Dahlah susah nak dibersihkan, lagi-lagi kalau yang tumpah tu kuah kari. Kalau sekali dua, ok lagi. Ni dah banyak kali,akhirnya hilang juga kesabaran saya. Sudahnya saya basuh alas meja tu dan simpan je. Sekarang meja tu kosong tanpa alas meja. haihhhh.... So saya terfikirkan inisiatif lain. Ingat nak letak alas macam ni.
Hari tu ada jumpa di Ikea tapi terlupa nak beli. Insyaallah kalau saya ke Ikea lagi. Saya nak beli alas meja ni atau pun fabrik cupcake yang cute macam kat bawah ni :)




hmmm... Macam ni Barulah ceria meja makan saya nanti. :)

Bunga-bungaan

Nama pun perempuan kan. Saya rasa kehadian bunga-bungaan akan menceriakan lagi meja makan saya. Sebelum ni, saya letakkan bunga Ros warna merah atas meja makan saya. Tapi, lama-lama, jemu pulak. So saya Google beberapa sumber di Internet untuk dijadikan rujukan. Suka beberapa idea kat bawah ni




Banyak-banyak Idea kat atas ni, saya paling suka Idea letakkan bunga Orkid atas meja makan. Nampak Klasik. Mungkin saya akan hiaskan meja makan saya dengan Bunga orkid. Insyallah, kalau berjaya projek saya ni, saya akan upload gambar. Ok sampai sini je hari ni. till then
x.o.x.o