Tuesday, 19 March 2013

Dream About These

Salam & Hye,
Hari ni, saya nak cerita sedikit tentang dapur Gas. Di rumah, saya menggunakan dapur gas jenama Penasonic. Hadiah daripada kawan semperna perkahwinan kami.
Saya sukakan dapur gas ni. Setakat ini, Dapur Gas ini, berkhidmat dengan baik sekali. Kalau kita sayang akan sesuatu tentulah kita akan menjaganya dengan baik. Antara perkara yang saya selalu lakukan untuk menjaga dapur gas ini ialah Setiap kali saya memasak, saya akan pastikan yang saya bersihkan permukaannya. Saya tak nak minyak melekat pada badan dapur gas saya. Saya geli kalau besi tu penuh dengan minyak-minyak. So setiap kali habis memasak, saya akan bersihkan sekali besi tu.  Tetapi semakin lama saya menggunakannya, saya lihat ada juga kekurangannya. T.T  Dapur tersebut lama-kelamaan sedikit berjelaga dan berkarat kat sumbu dia tu. Untuk selesaikan masalah tu, saya minta pertolongan Shahrul untuk spray balik sumbu tu. After spray keadaanya masih ok, macam baru. tapi lama kelamaan, hal yang sama berulang lagi. Kalau perasan ada besi atas tu untuk letakkan kuali atau periuk. Saya lupa apa namanya, tu pun sudah mula berkarat. Saya perhatikan bawah dapur gas saya tu penuh dengan serpihan-serpihan dari besi tu, dah mula berkarat.
Anyway, saya ada google beberapa dapur gas yang tahan lama dan saya sememangnya berkenan sangat dengan dapur gas macam ni
Saya tahu, harganya agak mahal juga. Tapi rasanya lebih tahan lama, berbanding dapur gas saya tu. Salah satu sebab saya sukakan dapur gas macam ni kerana nampak sangat kemas dan cantik.

Dah dapat bayangkan dah, dapur saya yang kecil molek tu, tentu akan nampak lebih cantik dan kemas. Kena bagi hint* pada Shahrul ni. ( Misi untuk pujuk Shahrul setuju dengan pilihan saya nih!)
Wish me luck Guy's

~~x.o.x.o~~

2 comments:

  1. Beli ar dapur ekectrik..mudah dibersihkn huhujuhu....

    ReplyDelete
  2. nak beli stove mcm tu.. ade oven skali hehe, tgh pujuk Mr Shahrul hehe

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.