Thursday, 14 March 2013

MontHly GrocerY LisT

Salam & Hye
Hari ni, saya nak bincangkan tentang topik, perbelanjaan Barangan runcit untuk setiap Bulan


Bagi semua Isteri atau suri rumah.setiap hujung bulan, inilah perkara pertama yang akan kita lakukan. Menyenaraikan barang-barang makanan yang sudah habis atau perlu dibeli. Setiap kali dapat gaji, saya akan jenguk Pantry Room atau Peti Sejuk untuk menyenaraikan keperluan dapur saya. Kerja ni, tak adalah susah mana. Cuma perlukan 5 minit je untuk listkan semua barang yang saya perlukan. Saya suka senaraikan semua keperluan, supaya tak adalah yang tercicir kalau main ingat-ingat saja. Setiap bulan saya akan peruntukkan RM150-200 untuk keperluan dapur. Cukuplah untuk keperluan kami Suami Isteri. Kalau dah bertambah ahli keluarga nanti. Mungkin Bajet Bulanan pun akan bertambah juga.
Kebiasaanya saya akan ke Pasar Borong Selangor untuk membeli barang mentah seperti Ayam, Udang, Sotong, Sayur-sayuran dan lain-lain.



Untuk makanan kering, saya ada tiga pilihan, sama ada, saya akan ke Econsave di Jalan Reko, Mydin di Seksyen 7 Bangi atau di 99 Speedmart, Taman Putra Kajang. Bagi saya agak murah la, tiga tempat ni. Selepas berumah tangga ni, saya sudah bijak untuk membanding-bandingkan harga dari satu pasaraya ke Pasaraya yang lain. Yang mana murah, saya akan ambil.
 So kepada yang lain-lain, boleh lah pergi ke sini untuk shopping barangan Runcit dan tengok sendiri perbandingan harga-harganya :)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mydin kt kjg pon ada kan? belakang metropoint. tak bnyk brg ke kt situ?

    ReplyDelete
  3. aha ade, tp sy x brape suke pergi situ hehe

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.