Thursday 29 May 2014

Alhamdulillah It's Friday!

Salam & hye,
Alhamdulillah, dah hari Jumaat, penghulu segala hari, means esok cuti yeehaaa! Banyak kerja yang menimbun nak kena siapkan esok sebelum berangkat ke Serting malam esok. Nak attend wedding cousin Incik Hubby. Okeh, sebelum ape-ape, tepek sekeping gambar dulu.
Selfie kejap masa on the way nak tengok Movie hikhik... Haaa.... movie lagi????? Yup! maybe minggu ni minggu tengok movie kot, sebab semua movie best-best keluar minggu ni hoho, Anyway last night berjimba-jimba laki bini ngan adik beradik pegi tengok movie Maleficent. Semangat okey, hari pertama movie keluar dah pegi tengok. Movie paling awal last night pukul 8 tapi dah penuh okeh! Yang tinggal seat depan je, tapi depan sangat kot. Sakit mata, hati dan tengkok den kalo tengok. So nak tak nak terpaksalah kami tunggu sampai pukul 10.15pm baru boleh tengok movie tu. Sambil-sambil tunggu tu, makan-makan kat food court, shopping kejap dan sempat kot karaoke walaupun kejap :p

Pukul 10.15pm baru terhegeh-hegeh beratur nak tengok movie. Pukul 10.15pm memang penuh seat. Nasib dah beli awal, dapat tempat best pulak tu, paling atas baghuu puas hati wuwuwuw
Pada saya, memang tak rugi beli tiket sebab movie nih tersangat best, ape tah lagi lakonan Angelina Jolie tu memang terbaik, movie ni unexpected, ingatkan Maleficent ni jahat tapi rupa-rupanya....... jeng...jeng..... takmo spoil mood korang-korang yang nak tengok movie ni, kalau nak tau silalah terjah GSC ye, ape yang penting memang tak rugi duit korang beli tiket, saya pun rasa cam nak tengok lagi movie nih hoho. Tadi saya ada cakap sambil tunggu movie start sempat shopping sikit kan? haah sempat shopping barang-barang hygiene dan T-shirt baru a.k.a t-shirt raya untuk Shahrul.
Body shower tu dah try pagi tadi, bau berries dan I love it! Dove tak cuba lagi pasal pagi-pagi time nak pergi keje memang tak basah rambut, so kita try malam nanti dan ohhhh.... tak lupa jugak, sempat beli hand cream dari body shop, kebetulan tengah buat offer. 50% uollss! so grab 1
bau dia best, soft tapi yang tak best packaging dia. tengok la tu dah kusut masai, kalau bukak penutup tu bukan sikit losyen tu kuar tapi banyak! so cepat-cepat tutup balik dan keadaan dia terus kusut masai camtu T.T Anyway, ape pun dah rasa lega, dah beli 2 helai t-shirt raya untuk Shahrul so tinggal lagi 2, dalam list memang dah tulis nak beli 4 helai t-shirt untuk dia maybe next month pergi Sogo pulak, cari T-shirt yang selebihnya.  Anyway selamat berhujung minggu, till then xoxo

Entri Mengantuk zzzZZZZZZZ

Salam & Hye,
Salam Khamis semua =_=  arini keje dalam keadaan mengantuk sebab semalam laki bini berjimba-jimba sampai pukul 3.30am tengok movie citer X-Men
Saya memang follow cite ni dari X-Men Origin lagi, so bile movie baru keluar harus terjah GSC! Demi X-men sanggup kot mogok takmo masak kalau laki nye takmo bawak tengok citer ni huhu ok tipu. Anyway cite ni memang best la, bagi sape yang follow citer ni paham kot, kalau first time tengok mungkin tak bape paham sebab dia back to past. Camne Charles Xavier boleh jadi Profesor X, Camne Eric Lansher boleh jadi Magneto, sejarah X-Men, Camne Wolverine kembali ke masa silam, zaman Charles dan Eric muda-muda & yakinkan diorang supaya bersatu untuk selamatkan Mutan, camne Charles cuba halang Mystique dari bunuh Tharks bla...bla...bla.... zzzzzZZzzzz, Ok enough! tak payah nak bebel panjang lebar pasal X-Men hoho, kalau korang rasa nak tengok p la terjah GSC or TGV wse. Anyway tengah hari ni hujan pulak kat Kajang, dah lah baru lepas makan pastu + air cond kat opis ni makin menambahkan rasa mengantuk, kan syok kalau dapat zzzZZZZZZzzzz...
Still counting days tunggu salary wuwuwuw, lambatnye rasa bulan ni. Tengok kalender baru 29hb. Dah ada plan nak beli barang untuk persiapan raya, buat sikit-sikit nanti sampai masa dah relax sebab semua dah settle. Bak kata orang tua-tua sikit-sikit lama-lama jadi bukit =p Korang lak camne dah ade buat persiapan raya ke? Ce cite2, till then xoxo

Tuesday 27 May 2014

I need New Fragrance!!!


Salam & Hye,
Bila hujung bulan je, mulalah gelisah tunggu gaji masuk. Nasib orang makan gaji memang cengginilah T.T tunggu gaji masuk baru boleh proceed semua benda. Anyway, walaupun gaji tak masuk lagi, tapi dah buat wishlist apa yang nak beli bulan ni, oleh kerana semua barang mandian dah nak abis, so ingat nak tukar segala shampoo, conditioner, body shower etc.. Dah bosan bau shampoo dan body shower yang sama, I need new fragrance!! Biasalah Orang perempuan mesti nak bau wangi je kan lelagi yang dah kawin errrr.... Untuk Shampoo dan Conditioner nak try Dove. Review dari bff brand Dove memang ok, sebelum ni saya pakai Shampoo Clear. Memang ok, takde kelumumur tapi bau dia terlalu soft,sekejap je bau kat rambut. Actually saya suka bau rambut yang wangi huhu tapi oleh kerana pakai clear bersih dari kelumumur so bertahan jek dengan Clear. Now nak tukar Dove pulak, tengok hasilnye camne, hopefully ok.

Body Shower nak tukar dengan yang ni, tengok review macam best je wuwuwuw Let's try!
Emmmm....nak tukar sekali losyen dan perfume jugak rasanyerr :p



Tengok ler belum gaji lagi wishlist dah bertimbun hoho, sebab tu lepas seminggu dapat gaji, duit dah tinggal ciput T.T hoho Anyway, nanti da try, baru buat next entry review pasal produk nih wuwuwuw till then xoxo



Thursday 15 May 2014

Hand Cream Review

Salam & hye,
Saya memang suka sangat dengan hand cream, kalau dalam sehari tu adelah 4-5 kali sapu losyen kat tangan. Bukan ape, kerja dalam air-cond buat tangan saya cepat kering, lelagi saya ni rajiiiiinn sangat minum air masak kan T.T so dalam handbag mesti kena ada losyen,wajib! huhu favourite saya tentulah brand Nivea

Saya pernah cuba beberapa brand lain tapi tak sesuai, rasanya Nivea je sesuai dengan kulit saya, kesannya pun cepat huhu tapi bebaru ni, saya ada try hands cream lain, namanye H Bella. Setakat ni ok, bau dia pun sweet sangat. Bau berries gitu. Suka sangat-sangat, setakat ni saya dah cuba Strawberry + Cinnamon dan Rose + Mixed Berries. Emm.. dua-dua best, saya suka bau kedua-duanya. Tiap kali pakai, memang tangan sentiasa kat hidung huhu Arini nak terjah Watson lagi, nak beli Pomegranate + Ginger pulak wuwuwuw...

Wednesday 14 May 2014

Wish List


Salam & Hye
Wish list for this month!!!

Arghhhh.. bile la boley dapat nih. Tak tahu kenapa sekarang suke sangat beli make up huhu. Motip?? entah lah tapi sekarang suka sangat. Selalu review tentang Real Technique Brushes ni, cam best jek. Hopefully bulan ni dapat beli, maklumlah orang yang makan gaji cam saya ni, kena tunggu hujung bulan lah, baru boleh shopping lalalaala... T.T till the xoxo

Wednesday 7 May 2014

Your Turn Or My Turn?????

Salam & Hye
Pernah tak korang bila dekat nak puasa dan raya je dah sibuk bertekak laki bini nak balik kampung mana???ok, tak yah tipu semua laki bini camtu walaupun hakikatnya rumah dekat sekakang kera ptfffff.... Ok tahun ni hari raya pertama jatuh kepada giliran saya beraya kat umah mak saya, semangat ok daripada awal tahun dah soksek soksek cakap ngan laki tahun ni turn saya.
Mesti korang cakap saya poyo kan rumah sekakang kera pun sebok nak bertekak haha, bukan apa ingat senang ke kalau rumah dekat-dekat nak balik raya?? Pengalaman saya yang lepas agak memenatkan sebab selang sehari angkut beg kejap ke rumah saya kejap ke rumah mertua, macam tu lah sampai abis raya dan balik kajang pheww... tahun ni nak plan betul-betul nak buat time table cewah siap buat time table bagai!! Eh! mestilah penat tau angkut beg kehulu hilir selang sehari huk..huk.. T.T Pendek kata tak kira lah laki bini sekampung ke lain-lain kampung ke still ada pro and cons. So nasihat saya rancanglah bebaik turn raya korang ye, till then xoxo

Tuesday 6 May 2014

White..White...White...

Salam & hye,
Rasanya lama sangat tak buat entri pasal organizing, aritu saya ada sebut tentang perubahan kat dapur saya tapi tak sempat nak upload gambar-gambar tu ptffff.... Insyallah akan dipublished jugak walaupun tak tahu bile???   Ok disebabkan harini saya ada task baru kat tempat kerja so ada masa nak update blog yang jarang-jarang saya update sekarang ni hoho. Tadi sempat google beberapa gambar organizing yang saya rasa agak menarik ( ehsan google ) dan entah kenapa warna putih memang menarik pada saya sejak dulu lagi huhu tak caya??? meh tengok ni






Segar sangat mata tengok color putih camni hoho. Bila lah nak beli rumah agaknye ye???????? till then xoxo

Hanya mampu mendengar........

Salam & Hye,
Setiap manusia dalam dunia ni memang takkan lari dari masalah. Setiap orang ada cerita tersendiri. Allah tu Maha Adil, Maha mengetahui.Kita sebagai manusia memang tiada yang sempurna, ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Kadang-kadang kita tengok orang tu nampak happy 24/7 tapi mungkin di satu sudut yang kita tak nampak dia sebenarnya bersedih. Kadang-kadang kita hanya boleh mendengar tapi tak mampu nak buat apa-apa bila dengar masalah orang lain.
macam situasi saya sekarang. Saya hanya mampu mendengar masalah one of my best friends, tapi tak mampu nak buat apa-apa untuk tolong dia. It's too complicated dan walaupun saya nak sangat tolong dia tapi saya sedar saya sebagai orang luar memang tak boleh nak masuk campur dalam urusan dia. Hopefully bila saya jadi seorang pendengar yang sentiasa ada untuk dia, sedikit sebanyak boleh kurangkan beban dia. I hope so T.T saya percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. If she heard me, saya nak dia tahu please be strong my dearest friend, Insyallah dengan kesabaran akan ada ganjaran yang kita tak tahu dan hopefully everything will be ok. I'll be there for you if you need anything and the door are always open for you.

 till then xoxo

Happy Birthday Ayah

Salam & hye,
Last week saya balik kampung sebab dah rindu sangat dengan Ayah dan Mak. Balik je mak masakkan Mee Kari dan Sambal Tempoyak, Ok bertambah-tambah makan sebab air tangan mak memang tak leh lawan sesape, memang terbaiiik huhu. Then Ahad tu adik saya buat surprise nak celebrate birthday ayah. Awal sangat sebenarnya dia buat surprise ni sebab birthday ayah 24hb ni, tapi saje buat awal sebab kebetulan saya balik, ok nampak sangat jarang balik sekarang T.T

Selamat Hari Lahir buat Ayah tersayang, Semoga Ayah panjang Umur, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT, We ( Ayong,Cik Abang & Adik Wani ) love you Ayah, Love you till jannah, no one like you dan takkan ada pengganti. You're the best, the only man I trust and I love you so much. Happy Birthday Ayah, till then xoxo