Wednesday 30 April 2014

Post Saiko lagik...

Salam & hye
Diam tak diam, arini dah penghujung bulan April. Esok dah 1 May dan esok jugak merupakan hari cuti sempena Labour day. Walaupun cuti tapi  tak boleh nak golek-golek kat rumah,dah ade list panjang yang  nak kena buat untuk esok dan tak boleh nak pegi jalan-jalan T.T. Ok antara list yang dah dibuat adalah nak kemas rumah, basuh baju, iron baju kerja untuk next week, packing baju sebab Jumaat nak balik Kampung jumpa Mak Ayah tersayang! yeayyyy!!!!! Nak beli barang dapur sebab dah 2 bulan tak beli barang dapur sebab jarang masak. Tapi start bulan ni dah kena start masak balik kot T.T Nak basuh Khemah sebab dah 4 kali camping tapi tak sempat nak basuh khemah tu.Hopefully esok cuaca baik.
Oh ye, next month dah nak masuk bulan Ramadhan kan, 29 Jun kalau tak silap. Alhamdulillah semoga dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan yang akan datang, amin. Sebut pasal Ramadhan, aci tak kalau nak cakap pasal raya??????
Ok tak kira nak cite jugak. Tak tau lah korang kan, tapi saya dah mula buat persiapan untuk raya (muka malu2 kucing :p ) bukanlah tak menyabo tapi....... (tidak melebihi 20 patah perkataan ) kalau lambat-lambat beli kain nanti takde tailor nak jahitkan baju, takkan nak jadikan sari pulak kan di pagi raya nanti hehehe ok tu alasan semata,macam tak boley beli baju ready made T.T  Ok lah, ceritanya macam ni, aritu jalan-jalan dengan kak Nurul a.k.a jiran depan umah, kat KL kami singgah kedai kain sebab ade promosi. Sekali berkenan dengan sehelai kain plain, kualitinya ok dan harga murah giler kot, so ape lagi saya sambar sepasang untuk buat melayu Incik Hubby, plan asal nak beli kain pasang untuk Shahrul dan baju saya pulak beli yang ready made je untuk matchingkan dengan baju Shahrul, tetiba Shahrul mogok. Dia suruh saya  beli kain yang sama dengan alasan nanti pakai baju takut tak sama color laki bini ptffff ok sebenarnye tu protest sebab bini bekenan warna PINK lakinye terpaksa setuju sebab bini dah berkenan sangat :p ok sentap! Bininya pun panggil abang promoter yang gunting kain tu, suruh potong 4 meter lagi dari kain yang sama, barulah lakinya senyum haihhh... Alang-alang dah beli kain plain tu, kalau nak cantikkan sikit tinggal beli lace dan manik je. Errr... sebenarnya dah beli pun, tengah tunggu abang posmen hantar parcel arini huhu lace tu beli online, senang dan harga pun berpatutanlah. So tinggal hantar kat tailor a.k.a Mak Mentua :p Rasa lega sikit, sebab baju raya dah beli siap-siap, senang sikit boleh tumpukan menda lain pulak. .Next month baru beli sepasang lagi baju kurung, kasut, T-Shirt untuk Shahrul, Seluar Jeans, handbag, makeup bla...bla...bla... hihi... till then xoxo

Tuesday 8 April 2014

Rezeki Itu Rahsia Allah S.W.T

Salam & Hye,
Alhamdulillah, diam tak diam harini dah masuk 3 bulan saya bekerja kat Company ni. Sekejap je masa berlalu, dah sampai masa untuk jadi permanent worker. Pagi tadi jumpa Boss, dia dah confirmkan jawatan saya kat sini dan gaji dinaikkan sedikit. Syukur Alhamdulillah, setakat ni kerja kat sini ok, selesa dan yang penting selamat.Officemate pun baik, sekepala huhu. Kata orang, di saat satu pintu tertutup, pintu yang lain terbuka luas untuk kita, so janganlah kita asyik merenung pintu yang tertutup tu, life must go on, so moved! Walaupun saya belum diberikan rezeki anak-anak, Allah berikan saya rezeki yang lain pulak. Alhamdulillah, walaupun tak banyak tapi rezeki yang diterima tak pernah terputus. Saya percaya setiap yang berlaku sentiasa ada hikmahnya. Mungkin Allah nak bagi saya dating dan huneymoon lama-lama dengan husband, sentiasa positif, Insyallah takkan stress huhu. Tapi kami takkan putus asa, sentiasa berdoa hopefully Allah akan bagi kami rezeki anak-anak pulak satu hari nanti,Insyallah amin.. till then xoxo

Air Oh... Air

salam & hye,
Macam semua orang sedia maklum kawasan KL dan sewaktu dengannya sekarang dah mula bercatu air, temasuklah kawasan Kajang. Setakat ni dah 2kali rumah saya takde air. Selang dua hari, dua hari ada, dan dua hari lagi takde, time ada air tu, air dia bukan main cantik lagi warnanya. Coklat kopi O kate ko! tapi ape pun  syukur sangat nasib baik kat rumah ada tangki air, so masa takde air masih boleh gunakan air dalam tangki tu.Sekarang kena jimat-jimat air. Basuh baju pun seminggu dua kali je, tunggu bakul penuh sendat baru basuh. Jimat ke malas tu hihi. Mak saya call suruh tadah dan simpan air, so ape lagi geledah cari semua bekas untuk tadah air, selagi ada bekas yang dirasakan sesuai,semua saya isi dengan air, bederet dah baldi kat dlm bilik air huhu tu belum cite kat opis lagi, kat opis pagi tadi takde air, so memasing tahan je nak buang air ke ape, tapi kan korang perasan tak time takde air lah, perut ni memulas lah, nak terkucil lah haihhh.. geleng kepala, kat bawah ni saya selitkan jadual catuan air Negeri Selangor, pepandai lah korang cari kat mane zon korang hihi


hopefully tak berlarutanlah hal ni,till then xoxo