Monday 30 June 2014

Sakit Pulak Hati Kite Nie !!!!

Geram pulak hati ni, saya ada beli barang online kat FB. Dah bayar habis dah, Selalunya ok je,takde masalah  tapi semalam bila barang sampai eh! berlainan daripada yang saya nak beli tu, saya nak warna HITAM tapi yang sampai warna BIRU. So hangin setaman la saya, saya bagitahu pada penjual tu, dia kata nanti dia check. Sampai ke malam kot saya tunggu takde apa-apa feed back. Last-last dalam pukul 11pm dia wassup bagitahu barang tu dah tertukar dengan orang lain dan orang tu tak nak pulangkan,pasal dia suka dengan barang yang saya order tu, so saya kena return balik dan dia bagi duit postage. Tu takpe lagi, dia kata nak restock barang yang saya nak tu atau tukarkan dengan makeup bag, sebelum ni saya memang ada tanya dia pasal makeup bag,saya berkenan dengan makeup bag tu,  nak booking dulu nanti gaji saya ambik, Dah alang-alang barang takde penjual tu nak bagi saya makeup bag  tapi saya kena tambah RM18 sebab barang yang saya beli sebelum ini RM65 + Postage RM7 so total RM72 kena tambah RM18 sebab makeup bag tu RM90. Yang buat saya marah, bila saya tanya bila dia nak restock barang yang mula-mula saya order tu dan kalau dah takde sangat boleh je nak beli makeup bag tu just tambah duit sikit, penjual tu idok reply la pulak. Takkan saya nak sms banyak-banyak kali, kang kata saya tak paham bahasa pulak. Aihhh... sabo jelah.

2nd Day of Ramadhan

Salam & hye,
Hari ke dua berpuasa, saya dah start kerja. Ok masing-masing dalam office ni muka lesu dan mengantuk hihi. Time rehat kitaorang keluar ramai-ramai cuci mata kat Tesco Kajang, teman officemate nak beli baju raya katanye. Semalam masa terasa lambat betul nak pukul 5pm, oh ye sempena Ramadhan kami dapat pelepasan balik awal, so hureeyyyy! hihi Pukul 5.15pm Shahrul ambik saya kat Office, singgah My mydin kejap beli bahan-bahan nak buat mee hailam, beli 2 bungkus mee kuning sebab plan esok nak buat mee mamak. Shahrul bila dengar mee mamak, terus request nak mee mamak. So mee hailam kita buat esok ye huhu. Sampai je rumah, dah start bersilat kat dapur, so hasilnya
Mee mamak, buat sekali kebab ayam, telur mata dan tembikai ais. Alhamdulillah selesai puasa hari ke dua. till then xoxo

Sunday 29 June 2014

Ramadhan 2014

Salam & hye
Alhamdulillah,Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam. Awal puasa ni saya sambut dengan Incik Husband je, minggu ni tak balik Kampung, Insyallah minggu depan baru balik, puas sikit dapat berbuka dengan dua buah family nanti.Entri sebelum ni saya ada cerita saya plan nak pergi Sogo untuk shopping barang raya sikit. Sabtu lepas lunch, saya ke KL dengan Shahrul dan Akak Ipar. Bayangkan kami gerak pukul 1.30 sampai KL pukul 5.00pm perghhhh... rasa macam tobat nak pergi lagi kami stuck dalam jammed, parking pun susah giler nak cari, last-last kami parking dekat bangunan dekat-dekat dengan PETAMA tu, tak ingat bangunan apa. Nasib baik Akak ipar saya dah booking bilik hotel depan Sogo, jalan kaki dalam 10minit dari bangunan yang kami parking kereta tu ke Hotel. Sampai je hotel masing-masing tak tentu arah, cari katil nak landing. Kami rest dulu, memang penat sesangat. Lepas Magrib baru keluar pergi Sogo. Ok masuk-masuk je orang punyalah ramai, sesak gila. Kitaorang dah tentu arah, nak pilih baju pun dah pening sebab ramai sangat kot orang. Last-last grab dua helai baju untuk Shahrul. Pilih lebih kurang je,saya langsung tak beli sebab dah pening sangat kat dalam tu, settle bayar terus keluar. Rasanya tobat kot pergi Sogo awal-awal puasa camni, dengan Jammed, takde parking, Orang ramai and banyak baju lawa-lawa dah habis stock. Balik Hotel, rehat tidur, pagi pukul 4.30 keluar ke Jalan TAR cari makanan untuk sahur. Nasib ada gerai bukak. Itupun dia tak ambil order rumit-rumit sebab ramai orang order dan tak banyak bahan yang tinggal. Last-last kami order telur dadar, nasi putih dan sup ayam jer.
 Alhamdulillah, habis makan, balik hotel sambung tidur. Pagi tu dalam pukul 9 ikut akak ipar jalan-jalan kat Jalan TAR, Shahrul tidur, saya malas nak kejut, dia penat drive dalam jammed semalam. Kesian pulak dia, so bagi je dia rest. First day puasa, ramai jugak orang dah start meniaga. Dalam jalan-jalan tu, sempat grab 5 pasang blouse err.... tak hagak-hagak kan ngeee.... nak wat camne nafsu orang puasa wuwuwuw. Pukul 12 kami check out dan gerak ke Dengkil. Akak Ipar saya nak urut bahu, salah tidur katanya. Balik dari Dengkil kami terus je Putra Kajang cari barang basah. Ramai jugak orang beli barang basah kat sini, sebab murah dan segar. Saya beli Ikan, Ayam, Udang, Sotong, Ketam, Telur ikan, sayur dan lain-lain. Sampai rumah dalam pukul 4.30 singgah kedai runcit beli gas. Sampai je rumah terus Sembahyang Asar dan bersihkan segala tok nenek ikan, udang sotong semua tu. Time-time camni lah air takde, dah fed up rasa takmo masak dah, nasib ada air tangki. Settle bersihkan semua tu, cakap kat Shahrul nak g bazar tak, shahrul kata  dia letih so itu tandanya saya kena masak. Saya masak mee kari je petang tu, Settle masak semua, kemas, sapu sampah, basuh pinggan, lipat baju yang dah kering dan sidai baju yang dah dibasuh, rest kejap dan pergi mandi. Pergghhhh... penat sesangat. First day puasa memang mencabar penatnya huhu. Menu hari pertama puasa Mee Kari, Roti John, Buah Tembikai dan Air Tebu. Alhamdulillah, apa menu korang? mesti meriah kan??? till then xoxo

Tuesday 24 June 2014

Bakery Sections

Salam & hye
Salam Rabu korang! harini saya puasa, so pagi ni ada lah masa nak update blog sebab takyah breakfast huhu. Anyway, lama rasanya menyepi dari aktiviti susun atur, harini nak kongsi sikit pasal bakery sections saya. Sejak saya kerja kat sini, saya memang dah jarang sangat baking membaking, eh bukan jarang tapi dah tak baking T.T dulu masa tak kerja rajin sangat buat kek tu lah, kek ini lah. Rindunye.... tapi sebab kekangan masa, so lupakan dulu hihi. Ni dah nak masuk bulan puasa, kalau sempat bolehlah baking chocolate chips cookies wuwuwuw
Gambar atas ni adalah kawasan untuk letak segala bahan dan pekakas baking. Yup, still sama tak banyak berubah rasanya kecuali bekas spices kat tepi tu. Yang tu Shahrul tolong pasangkan. Nanti saya kongsi cerita pasal tu, Sementara ni Meh kita tinjau apa yang ada dalam tu, meh..meh!
Ruang keseluruhan, ada dua sections yang atas tu saya simpan bahan-bahan baking dan segala tray untuk cupcake, cake, pie dan measuring cup.
Zoom sikit huhu dan bahagian bawah pulak, ada mixing bowl, measuring cup, muffin cup, lilin dan lain-lain. Dalam kotak hijau tu saya dapat hadiah give away dari blog sioca

Dalam bakul tu ada muffin cup, sprinkles, pewarna tiruan, acu karipap dan lain-lain. Rasanya tu je yang ada dalam bakery cabinet saya ni. Tak banyak barang pun sebab takdelah nak baking membaking setiap hari, barang-barang yang ada pun barang basic je. Tapi dah lama sangat tak membaking, rindu pulak bau kek panas dalam oven huhu anyway setakat ni je arini, next time saya shared pasal tempat spices tu, till then xoxo

Monday 23 June 2014

Plan Weekend

Salam & hye
Hari ni baru hari selasa lambatnye nak tunggu hari Jumaat. Jumaat baru gaji masuk tapi dah plan macam-macam. Kalau tak ke mana-mana minggu ni, ingat malam jumaat tu nak shopping barang dapur, dah nak masuk bulan puasa kan, barang dapur dah banyak habis, so nak kena beli
Pastu Sabtu tu, ingat nak ajak Incik Hubby ke Sogo. Dah bagitau dia semalam and dia janji nak bawak. Plan nak shopping sikit, sementara ada duit kat tangan ni kalau tak beli sikit-sikit mesti duit tu saya guna beli benda lain. So daripada tak dapat ape baik beli sikit-sikit, nanti dah senang, gaji yang masuk nak dekat raya tu boleh guna untuk benda lain huhu

Hopefully plan berjalan lancar, amin.. till then xoxo

Langsir Raya

Salam & hye
Sekejapnye masa berlalu, tengok calender tetibe eh! lagi 6 hari nak sambut bulan Ramadhan.
Semoga dipanjangkan umur untuk sambut bulan Ramadhan tahun ni, amin. Ni tahun ke dua saya sambut puasa dan Insyallah hari raya dengan incik husband tercinta. Anyway persiapan dah buat sikit-sikit,  baju raya dah settle, dua pasang baju raya untuk laki bini, tengah on the way buat, harap sempat siap before raya amin... Baju raya tahun ni, warna pink dan biru huhu. Persiapan lain? setakat ni dah belikan Shahrul dua pasang T-Shirt, insyallah nanti cari lagi 2 atau 3 helai lagi, Seluar Jeans, Sandal, Kasut.... takyah kot sebab yang ada tu pun tak pakai-pakai lagi, sebenarnya malas nak cari sebab tuannye cerewet giler! Untuk saya nanti cari lah blouse ke tshirt ke seluar jeans ke, ikut keperluan tapi handbag dah beli sesiap hoho kenapa semua kena ganti baru??? ok jangan ikut macam saya T.T tapi... kalau guna duit sendiri, tak salah kot ngehngehngeh.... Rumah pulak, rasa takde nak ganti sangat kot, tapi ingat nak tukar langsir kat rumah tu, sejak kawin dan pindah rumah tu langsirnye tak pernah berganti T.T Ingat nak cari color macam ni,
Tapi masa cerita kat mak nak ganti langsir baru, mak pulak offer nak bagi langsir kat rumah dia, baru sekali pakai, emmm...so sambar je kot, rezeki jangan ditolak wuwuwuw. Jimat sikit, duit nak buat langsir boleh buat beli benda lain pulak hihi  Mak saya hampir tiap tahun ganti langsir, kalau tak ganti macam tak raya katanya. Memang lah sebab tukang jahit langsir tak lain tak bukan adik saya, so upah kira lebih-lebih kurang je, harga anak beranak so galaklah mak saya asyik beli langsir huhu. Tapi ok jugak,kalau mak nak bagi saya langsir dia tu, kurang sikit budget raya saya hoho till then xoxo

Sunday 22 June 2014

Allah Saja DapaT Balas

Salam & hye
Alhamdulillah, sebelum ni saya ada post entri tanya tentang buah zuriat. Jumaat lepas saya terima parcel buah zuriat dari seseorang dari FB. Saya tak kenal pun kakak tu, tapi dia ada dalam group TTC yang saya join, selain kat blog, saya ada tanya tentang buah zuriat kat situ jugak. So kakak tu offer kat saya buah zuriat tu, ada beli  lebih masa pergi Umrah katanya. Saya nak bayar, tapi dia kata takpe dia tak jual, nak bagi je, Alhamdulillah rezeki saya. Tak tau nak cakap ape, sangat-sangat berterima kasih dan semoga Allah luaskan rezeki untuk kakak tu, amin. Syukur, Alhamdulillah Allah permudahkan usaha saya nak cari buah zuriat tu, Amin..

Thursday 19 June 2014

King Two HeartS

Salam Jumaat korang, last day of working yiiihaaaaa.... esok boleh rehat puas-puas wuwuwuw, harap Shahrul tak ajak pegi mana-mana minggu ni, letih wooo tiap minggu travel sane sini, sesekali nak rehat juge. Anyway lately ni saya tengah follow satu cite korea ni, pada saya best lah citer ni huhu ni saya tepek gambar, tak tau lah korang penah tengok ke tak citer ni, tapi best gak lah jalan citer dia.




Romantik, Suspens, Family, Kelaka huhu semua ado! Ok nak sambung tengok, bos takde kan? settle keje boleh ler layanzzz... till then xoxo

Tuesday 17 June 2014

Post Saiko kejap

Shommel x? :)
hihi, lame rasanya menyepi dari ceghite cupcake kan, rindu pulak. Tadi bukak FB kawan yang jual barangan cupcake ni, jumpa teapot yang comeii ni, anyway ni wishlist untuk bulan ni. Prepared duit sesiap. Nak tambah collection lagi huhu

Nak Cari Ni

Salam & Hye
Morning korang! Saya tengah cari buah zuriat ade sesape tau tak mana nak beli ke ada sesapa yang pergi umrah dan ada beli lebih, boleh lah jual kat saya hihi
Saya amalkan minum air dari buah zuriat ni bulan lepas,
 tu yang period saya delay tu, oleh kerana belum ada rezeki lagi kali ni, nak cuba lagi. Takmo putus asa, kalau korang tau mana nak beli atau ada yang nak buat umrah boleh tak nak kirim hihi till then xoxo

Monday 16 June 2014

Sob..SOb..

Salam & hye,
Tajuk pun dah tau, tu nangis tak berlagu leteww.Ok semalam delay period dah mencecah 14ari, pagi masa nak bangun sembayang subuh saya test UPT pastu terus solat cam biasa, langsung tak tengok, pas solat sambung zzZZZ then pukul 7.15am alarm bunyi saya terus ke toilet nak mandi, sekali tengok UPT ada double line, tapi line yang sangat kabur. Hati dah melonjak riang. Terus jerit kat husband " Sayang double line" Tak putus-putus ucap syukur pada Allah. Terlampau excited terus call mak dan adik. Cakap saya dapat double line assume preknen. Mood happy sepanjang pagi. Tetiba sob..sob..sob sebelum nak keluar lunch pergi toilet tengok-tengok kat pantyliners ade warna coklat-coklat macam darah, then bila saya check bebetul memang darah! Saya risau sesangat pastu decide nak pergi Klinik. Saya pergi satu Klinik di Bangi. Selesai daftar and tunggu dalam 10minit, nama saya dipanggil. Bila masuk bilik doctor, Doctor tu lelaki,  saya cerita apa masalah saya, dia cuma cakap " Ooo..tu normal. Nanti Doctor bagi ubat ye" Saya macam terpinga-pinga, just like that??? Tak check tak apa, just bagi ubat. Ok saya keluar then ambik ubat, Dr. tu bagi acid folic, Bayaran RM25. Charge consultant lagi mahal daripada ubat saya, padahal consultant just cakap "OOO TU NORMAL, NANTI DR. BAGI UBAT" balik dari klinik darah makin banyak keluar, saya rasa macam nak nangis bila dr. check macam tu, padahal kita bayar kot, bukan free. Malam tadi darah makin banyak, darah merah idup. Saya memang redha takde rezeki. Pagi tadi bangun tidur saja check UPT semula and guess what? It's Positif
Tak pasti korang boleh nampak ke tak??? sebab kabur sangat-sangat. Maybe nanti nak confirmkan dengan clear blue dulu, kalau dah confirm positif terus refer Klinik bertauliah. Korang doakan ye. Kalau betul saya pregnant, doakan baby saya selamat. till then xoxo
#penantiansatutahunsembilanbulanduahari#

Sunday 15 June 2014

Thursday 12 June 2014

uhuk...uhukksss...

Salam Jumaat Korang, Tajuk pun dah tau, tak berapa sihat leteww. Anyway, harini delay hari ke 11, badan tak berapa sedap eh bukan badan tapi tekak tak berapa sedap, perit tu biasanya tanda-tanda nak demam uhuk...uhukkss....
Nasib baik harini hari jumaat, esok boleh rest puas-puas. Errrr.... kalau delay sampai 2 weeks tp UPT negative patut pegi scan ke ek???? suggestion pelisshhh...

My heart melting

Oooo ma gosh! so cute, my heart melting when I saw this wuwuwuwuw. Moga dilapangkan rezeki untuk dapat cahaya mata pertama kami, insyallah. Moga Allah perkenankan doaku, diberi kesempatan untuk rasa nikmat mengandung, melahirkan dan membersarkan zuriat kami,  Amin...Amin...Amin...
#penantiansatutahunlapanbulantujuhhari#

Wednesday 11 June 2014

serba tak kena

Salam & hye,
Salam Khamis korang!. Uhuk...Uhukkss....Harini kerja macam biasa, tapi badan rasa tak menentu, sekejap ok, sekejap lagi gigil satu badan start dari kaki hingga kepala, perut rasa lapar tapi bila makanan ada depan mata tak rasa lapar & makan sikit je, tekak sakit macam nak demam tapi bila minum air suam banyak, hilang sakit tekak tu pastu rasa macam nak period, rasa tak sedap kat bahagian perut macam nak period tapi takde. ooooh... betul-betul tak menentu. Period delay dah 10 hari tapi bangun subuh tadi check UPT still negative. Hopefully dipermudahkan and semoga Allah lapangkan rezeki saya suami isteri untuk menimang cahaya mata Insyallah..amin. Korang-korang yang baca entri ni, doakan untuk saya ye, thanks
#penantiansatutahunlapanbulanenamhari#
Anyway till then xoxo

Tuesday 10 June 2014

Tq my Beloved Emak

Salam & hye,
Last week, saya balik kampung. Rindu sesangat dengan mak ayah. Lagipun nak teman diorang pegi Serting ada kenduri kawin sedara. Kami gerak dari Kajang dalam pukul 12.30pm sampai Segamat pukul 4.00am. Perghhhh! ngantuk giler tapi tahankan je, semangat balik kampung katekan. Kami gerak dari rumah ke Serting dalam pukul 10am, kena gerak awal sebab ada 3 rumah buat kenduri kawin pada hari yang sama phewww..  Lepas abis majlis, mak ajak pergi Jakel kat Segamat tu. Jalan-jalan cuci mata katanya. Sampai je dalam tu, dia cakap kat saya carilah kain plain, kate nak cari baju warna biru sama dengan Shahrul haritu,pastu memalu kucing  cakap kat mak tak payahlah,nanti beli sendiri huhu
tapi mak insist suruh pilih satu, ni bukan saya nak tau, mak yang pakse wuwuwuwuw, so ape lagi pilih lah sehelai, nak cari warna biru yang sama dengan baju Shahrul, pilih-pilih mak pulak tak berkenan, katanya kain ni tak elok, kain tu tak elok, kain ni tak cantik, kain tu keras =_= ok pasrah! jenuh jugaklah memilih, last-last mak berkenan dengan kain plain warna biru pastel, memang lari sikit dari baju Shahrul. Tapi disebabkan mak kate kain tu elok, lembut dan sesuai nak buat dress labuh so saya ambik je yang tu. Tapi ok kot, sorang biru sorang lagi biru cair??
Nak cari exactly macam Shahrul punya tu memang susah. So decided ambik je yang tu, nanti nak matchingkan dengan lace putih dan manik yang saya beli haritu. Dah ada designed yang saya nak, so sekarang tinggal hantar jahit kat Mak Mertua je huhu.
Anyway thanks to Mak yang rajin belanja anaknya nih, nanti Ayong belanja mak pulak ye :) Korang dah beli baju raya ke belom?? Kalau yang nak hantar kat tailor baik beli sekarang, nanti lambat-lambat takut tailor takmo ambik. Biasalah time nak raya ni, tempahan memang banyak. Anyway Happy Shopink, till then xoxo

Monday 9 June 2014

Tabahlah Duhai Hati.......

Pernah tak korang tengok Tv ke baca paper ke tengok orang buang baby kat merata tempat pastu terdetik dalam hati korang, " Bodohnya! kalau taknak bagilah aku??? " Okay honestly saya selalu kata camtu tiap kali tengok baby kena buang atau kena dera. Ade orang berdoa tiap-tiap hari nak zuriat, nak anak, ada orang pulak, senang sangat nak dapat anak, tapi disia-siakan. Alangkah bodohnya! Anak tu kan amanah dari Allah S.W.T, bukan semua orang diberi kesempatan untuk diberi nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak. Bagi saya orang yang dapat menikmati semua tu,alangkah untungnya mereka.
Harini saya dah delay period 8 hari tapi semalam check upt dapat result negative.
Memang dah bulatkan hati, apa pun resultnya saya kena redha. Maybe Ovulation saya lambat kot, sebab tu Period saya lambat atau faktor hormon atau mungkin juga belum ada rezeki nak dapat anak lagi. Tapi bila tengok muka incik husband yang sanggup bawa saya ke Guardian malam tu semata-mata nak beli UPT memang rasa macam nak nangis. Pagi tu masa saya cakap negative, dia senyap je pastu dia cakap ala sabar je nanti ada la rezeki kita nak dapat anak. Serius, memang rasa nak nangis tapi cakap kat diri sendiri, jangan nangis mungkin Allah tengah uji kami Suami Isteri. Adik dengan Mak saya pun macam mengharap sangat untuk dapat cucu dan anak saudara tapi diorang tak pernah mendesak. Kata-kata semangat tak putus-putus diberikan untuk saya. Saya harap saya cukup kuat, cukup tabah, untuk harungi ujian ini. Semoga satu hari nanti, Allah lapangkan pintu rezeki untuk saya, amin...

.......

What's In My Travel Bag
Basic stuff je dalam ni, ada wallet, makeup bag, tissue, losyen, chewing gum, mentos, camera, mp4, mini emergency diy kit, sikat,pen, kunci dll.
Ni Travel Makeup bag,untuk travel saya suka bawak yang ni sebab besar dan boleh isi banyak barang, ok jom tengok penghuni dalam ni

 For Eye's ( Naked Pallet, Urban Decay Eye Primer, Benefit Eye Brow zing, Benefit Stay Don't Stray Eye Primer & Too Faced Natural Eyes )
 For Cheeks ( Benefit Coralista & Brush ) 
 For Lips ( my favourite Lip Ice, Dior Addict, Revlon, Mac & Maybelline Lip Balm )
 For Eye brows, Eyeliner & Maybelline Mascarra Hyper curler, Stiletto
For Face , Rasanya tu je yang ada dalam bag saya masa travel, so what's in YOUR Travel bag??? ???
meh shared sikit :)
And last but not least.....
Me in Orange Kurung =p selfie masa otw pegi Serting. Muka yang semakin membolat, ramai sangat yang tegur cakap dah makin berisi wuwuwuw, memang nak naikkan berat badan sikit, so makan,makan and makan....huhu anyway till then guy's
XOXO

Wednesday 4 June 2014

Dah ganti ke belum?

Salam & hye,
Diam tak diam, dah masuk bulan Jun dah. Kejap je masa berlalu, hujung bulan ni kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Sebut tentang puasa ni,korang semua dah ganti puasa ke?
Kalau dah habis ganti, Alhamdulillah. Nampaknya saya je yang belum habis ganti puasa T.T  tinggal 4 hari je lagi, harap dapat habiskan sebelum 29hb nanti. Sibuk dengan shopping raya jerr, hutang puasa tak ganti-ganti T.T okeh, insyallah akan diganti secepat mungkin. Harini dah lewat period 3 hari wuwuwuw, last month tepat 28 hari dah period, ni dah lewat sikit, hopefully ade rezeki dapat baby, amin..
 Doakan ye :) till then xoxo

Tuesday 3 June 2014

Reward To Myself Katenye :p

Salam & hye,
Last week dah shopping baju raya untuk Shahrul now turn saya pulak, tapi tak beli baju raya, saya beli ni

sory sebab nampak bayang2 tangan, 
anyway ni kira reward untuk diri sendiri setelah penat sebulan keje! kalo tak dapat nak mogok ;p hihi dah pakai pagi tadi masa pegi keje, sangat best sebab ada rasa mint2 gitu, love it!... next month baru cari sehelai lagi baju raya, tengok kat fb melambong2 rege dia kot, better tunggu bulan puasa maybe lagi banyak offer, so till then xoxo