Tuesday 15 July 2014

Settle 2 Benda

Assalam dan Hye,
Semalam sempena cuti umum Nuzul Al-Quran, kami laki bini ambik kesempatan keluar shopping beli kasut raya hihi.Masa on the way tu, Shahrul ade offer nak pergi IOI Mall kat Puchong tapi saya malas nak pergi jauh-jauh, so kami ke Alamanda jer, Dalam pukul 10.30 am baru gerak dari rumah, memang niat nak cari kasut pun, so sampai Alamanda selagi ada kedai kasut kami terjah, last-last berkenan kasut kat Vincci so beli je lah.
Saya beli wedges je, Shahrul suruh beli high heels, tapi saya taknak sebab nanti pakai sekali sekala je membazir, baik beli wedges,  nanti lepas raya boleh recycle guna pergi Office huhu. So kasut raya saya dah settle, tinggal kasut Shahrul je. Malam tu lepas berbuka, kami ke Mines sebab Shahrul nak cari Sandal, cari punya cari berkenan Sandal kat satu kedai kasut dalam Mines tu, harga pun ok, so sambar je. Saya pulak berkenan satu kasut Flat tapi tak beli pun, nantilah tunggu gaji, serang Mines semula hoho. Rasa lega sikit, kasut raya semua dah settle, tinggal sikit je lagi barang-barang dalam list tu, sebelum balik raya nanti terus settlekan huhu till then xoxo.

Wednesday 9 July 2014

Unwell

Assalamualaikum & hye
Tengok tajuk pun dah tau, tak sihat lagi leteww. Dah 3 hari demam, sob..sob T.T  harini baru rasa sihat sikit, Alhamdulillah harini dah boleh kerja. Tengok kalendar harini dah 14 hari kita berpuasa, dah 2 minggu dah berlalu, sekejap je rasa. Malam semalam, incik hubby ajak tengok movie, ubat orang demam katanya, nak tengok Transformers tapi seat penuh la pulak, tinggal seat depan jer, takmo lah sakit tengkuk nanti, lagipun tak puas tengok depan sangat, so kami decided  beli tiket untuk esokknya, dapat tengok belakang-belakang, puas hati huhu, lepas tu sempat pegi downtown Jalan Reko, nak teman Shahrul cari stokin, sekali bininye pun terjebak beli blouse errr... takpekan ubat orang demam lalalala, oppss lupe lak, parcel yang saya tunggu tu dah dapat semalam, sampai kat office hari senin sebenarnya tapi sebab saya mc so saya mintak officemate simpankan, semalam dah tak sabar sangat mintak officemate tolong hantar kat bandar teknologi, tq Jiha :) buka-buka je parcel tu, tengok comeiinye makeup bag tu, boleh lah pakai time raye t hihihi till then xoxo

Wednesday 2 July 2014

Ramadhan ke 5

Salam & hye,
Diam tak diam dah lima hari kita berpuasa. Tengah-tengah hari macam ni terasa mengantuk pulak kat opis ni, tengah fikir menu apa nak masak untuk berbuka nanti, semalam tak masak untuk berbuka, balik kerja singgah bazar. Niat asal nak beli air je, sekali hanyut... cissss terbeli nasi tomato, nasi ayam, mutabak,air jagung, kek oreo, paru sambal rm2 yang sikit sesangat haihhh... so idok la masak petang tu. Balik ni maybe kena masak kot sebab shahrul bebel, beli kat bazar sikit je dekat RM20 huhu. Ok so balik ni kena gigih lah masak. Aritu saya ada cerita tentang barang yang saya beli online tu, saya dah bayar RM18 untuk makeup bag tu,gigih pergi bank sebab maybank2u buat hal haritu tak boleh nak transfer, pastu penjual tu janji nak pos esok ( semalam ) tapi dari semalam saya mintak tracking no. pos laju, tapi dia tak bagi-bagi lagi sampai lah hari ni. Tadi baru je wassap, dia kata dah pos semalam, poslaju sekarang bz so harap memahami??? eh, sape yang patut marah ek? dah la barang salah hantar, pastu kena tambah duit lagi then mintak tracking no tak dapat2 haihhhh... saya risau jugak, xde bukti dia dah hantar ke belum ke, kalau senyap je takut burn pulak duit saya tu, barang tak dapat-dapat, hmmm ni lah dugaan kalau beli online ni. Agak-agak korang dia memang dah pos ke belum? kalau dah pos kenapalah susah sangat nak bagi tacking no untuk rujukan saya ek ????

Tuesday 1 July 2014

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Salam & hye,
Ni first time nak join GA nih huhu, Tak pernah pun join GA sebelum ni tapi yang ni agak menarik, tetiba je rasa nak join huhu kalau nak tau korang Klik kat  SINI.  Maklumlah ni dah masuk bulan Ramadhan kan, mesti korang nak shopping barang untuk hari raya. Kalau beli sikit-sikit takdelah terasa duit keluar macam air paip huhu anyway  banyak promosi yang best kat situ,korang tengok lah sendiri hihi Anyway, GA ni kan, hadiah dia menarik sangat tau, ce tengok, ce tengok
Di bawah merupakan hadiah bagi giveaway ini :
2 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM300 tunai

4 x Pemenang Bertuah akan mendapat RM100 tunai
Best tak? Best tak? huhu sape nak bagi kan hihi hmmm... bayangkan Kalau lah saya berjaya dapat RM300 tu. First rasa syukur sangat-sangat, murahnya rezeki dalam bulan Ramadhan ni, nanti bolehlah saya belanja Mak Ayah saya baju raya ke kasut raya ke, belanja incik husband dan family masa berbuka puasa ke, imagine pun dah rasa best sesangat huhu. Insyallah kalau ada rezeki,amin. Kalau dapat RM100 pun suka jugak, bolehlah tambah-tambah barang raya yang tak cukup lagi atau bayar duit kuih raya yang saya dah tempah tu wuwuwuw. Harap ada rezeki, amin.... korang kalau nak join gak meh pegi link ni GA
till then xoxo