Sunday 22 December 2013

Huu..Yeahhh

Salam & hye,
Lamanye tak update blog, rindu pulak rasenye hoho. Macam mana dengan Disember korang semua? Mesti best kan. Disember saya?? emm memang super duper bizi huhu. Banyak aktiviti bulan ni, weekend saya sentiasa penuh dengan aktiviti, jemputan kenduri kahwin lah yang ni kat Kedah naik bas ( rombongan cik kiah, tapi dalam kes saya rombongan cik piah hihi) sambil tu sempat ke Wang kelian dan Langkawi, Jemputan Majlis perkahwinan di Dengkil dan jalan-jalan kat rumah kawan di Sendayan phewww...Insyallah nanti ada masa saya cita ( macam ler orang nak tau sangat!! grrr... ) Anyway nak update pasal ni sebenarnya. Bulan lepas saya join organizing kitchen kat sini Alhamdulillah saya menang cabaran ni dan dapat tempat ke dua.

Assalamualaikum wbt,

TAHNIAH!!! Anda telah memenangi "Cabaran Bulanan {November} bersama Susunatursioca" kali ini. 


;)

SIla emailkan 

Nama:
Alamat:
No telefon:

kepada saya dengan kadar segera untuk pengeposan hadiah.

TERIMA KASIH kerana menyertai sesi perkongsian cerita bulan ini! 

Salam sayang,

Fizah @ susunatursioca
Alangkah gumbiranya rase hati, walaupun dah agak lewat tapi still nak update pasal ni and nak say thanks kat Fizah dari blog susun atur siocha kecil tu dan penaja hadiah yang saya terima ni ( Atiey : pink garage) Ni hadiah yang saya terima:

comel kan??? Anyway Pop Chef nih memang super duper cute giteww. Suka sangat dapat hadiah ni, boleh lah saya jadi kreatif sikit kan hihi. Setakat ni saya belum cuba lagi, Insyallah saya akan cuba dalam masa terdekat, sangat excited nak cuba pop chef ni okeh. Nanti kalau ada rezeki ada anak sendiri, boleh lah decorate makanan dia guna pop chef ni huhu super excited!! till then xoxo

Sunday 1 December 2013

Baking Items

Salam & hye
Selamat berhujung minggu, Alhamdulillah diam tak diam dah masuk penghujung tahun. December come again, December bermakna musim hujan sudah melanda huhu.Weekend kami kali ni, kebanyakkannya kami habiskan masa kat rumah dan keluar dating berdua. Malam Sabtu kami tengok movie kat Jusco Cheras Selatan, tengok cerita hantu "Penanggal" Boleh tahan lah ceritanya. Kami laki bini memang suka tengok cerita hantu, walaupun bila tiba part hantu muncul bininya asik tutup mata and lakinya akan bising cakap kalau tutup mata rugilah beli tiket wayang :p tapi tetap suka tengok movie cerita hantu hihi. Hari Ahad pulak, lepas Shahrul settle bersihkan akuarium Kura-kura dan Ikan-ikannye kami keluar beli barang-barang dapur kat Econsave Jalan Reko. Memang setiap bulan kami akan belanja barang dapur kat sini. Harganya agak murah lah berbanding pasaraya lain. Kena bijak berbelanja maklumlah sekarang semua barang dah naik harga ishk3...
Antara barangan keperluan harian, Beras, gula, kicap, tepung, susu, biskut, milo, bawang, sos cili dan lain-lain lagi. Total Damaged RM150. Settle belanja barang dapur Shahrul ajak saya pergi Warta kat Bangi, nak makan KFC katanye. So layankan je, kami ke Warta lepas tu, selesai makan. Shahrul ajak jalan-jalan kat Mr. D.I.Y yang baru buka dalam warta ni.
Rembat barang-barang baking nih. Memang nak cari tray baking yang kecik camni, senang nak buat cheese cake nanti. Beli jugak cookie cutter comel tu dengan muffin tray tu huhu. I love my weekend till then xoxo

Busy November

Salam & hye,
Rasanya dah lama saya tak update blog, ada banyak cerita bulan November ni sebenarnya, cuma saya agak bz nak update blog. Anyway 24 November yang lepas adalah birthday Shahrul kesayangan saya tu. So saya ada buatkan surprise birthday party untuk dia. Hanya majlis kecil-kecilan je, jemputan pun dikalangan keluarga dan kawan-kawan rapat. Plan ni saya rancang dengan kakak Ipar saya, senyap-senyap saya beli bahan-bahan untuk buat kek harijadi dan bahan-bahan untuk masak pada majlis tu. Menu hari tu pun simple je
Menu Utama:
1.Soto Ayam
2. Nasi Putih

Menu Sampingan:
1. Lasagna
2. Kari Ayam
3. Sup Ekor

Pencuci Mulut:
1. Buah-buahan
2. Kek Batik
3. Sandwich
4.Sushi
Itu antara menu saya pada hari tersebut. Shahrul memang tak tahu menahu pasal plan saya ni, saya jemput kawan baik saya dan Shahrul. Mereka sampai di rumah petang Sabtu, malam tu kami makan kat luar. Diorang teringin nak makan ayam penyet kat bangi. So kami bawak je, pastu dalam pukul 12 malam Shahrul sengaja nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia. Saya buat-buat tak ingat yang hari tu birthday dia, siap tanya dia " eh, hari ni birthday Abang ea, B lupa la" huhu padahal dah memang plan something untuk dia. Esoknya saya memang bz sediakan semua menu dan buat kek sekali. Nasib baik kawan baik saya Nana datang membantu, so tak la kelam kabut sangat. Well,ini kali pertama saya buat kek harijadi untuk Shahrul. Sebelum ni beli je, oleh kerana saya dah boleh buat kek sendiri so tahun ni saya nak buat sendiri birthday cake untuk dia.
Walaupun simple je, tapi puas hati sebab dapat buat sendiri huhu. Malam tu Family kami datang, Shahrul tak syak apa-apa, saya cakap kat dia. Diorang ( Family ) saja nak kumpul ramai-ramai kat rumah kami sebab Mak mertua saya nak datang Kajang so dia cakap ok je. Gambar majlis malam tu saya terlupa nak ambik pasal  saya bz sangat layan tetamu. Shahrul terkejut sangat masa kami bawa kek pada dia malam tu, tak sangka saya plan semua ni untuk dia. Rasanya dia suka sangat Surprise Birthday Party dia tu sebab semua family dan kawan baik berkumpul untuk raikan harijadi dia huhu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Hadiah untuk dia, saya belikan pokok kaktus je. Kenapa Kaktus??? macam takde menda lain nak bagi??? emmm.. nak buat camne memang dia suka sangat pokok kaktus, memang hobi tanam pokok kaktus. So saya bagi je apa yang dia suka

Alhamdulillah, plan nak buat birthday untuk dia berjalan lancar. Insyallah next year saya akan plan idea lain pulak untuk dia huhu anyway till then xoxo