Monday 17 April 2017

Update Kitchen Sink

Assalam & hye
Lama sangat tak update blog ni. Bersawang-sawang dah =( hoho. Anyway harini nak update sikit berkenaan sinki kat dapur tu. Sebelum ni saya ada cerita pasal saya tukar sinki dari sinki standart ke sinki yang baru sini. Ada letak beberapa item baru untuk sinki, meh kita tinjau.
 Gambar keseluruhan sinki. Kiri kanan ni saya letak lennart Ikea.. Lennart ni berfungsi sebagai tempat simpanan sudip, pisau dan pekakas dapur yang lain. Selain tu permukaan atas tu saya letak dish drainer. Saya pakai yang saya beli di daiso, nanti nak gantikan dengan Dish drainer Ikea.

 Permukaan sinki ni saya letak bekas sabun cuci tangan, sabun cuci pinggan, bekas span dan pokok hiasan. Selain tu saya kosongkan je, sebab ruang ni adalah ruang kerja saya untuk memasak. Dapur saya kecil takde permukaan yang luas untuk buat kerja, so sinki la kawasan terbaik untuk buat kerja.

 Ruang yang paling besar ni saya simpan pekakas pencuci, sabun pencuci dan tong sampah. Setakat ni, ini lah saja susun atur terbaik yang saya jumpa. Insyallah akan berubah dari semasa ke semasa.
 Ruang Favourite saya. Kat sini saya simpan segala mangkuk plastik dan kaca untuk memasak. Banyak color pink, Yippie



Lennart yang ni saya simpan plastik sampah, kain lap dan lesung batu huhu. Setakat ni saja update pasal sinki, till then xoxo

Sunday 5 February 2017

Monday Blues



Assalam & Hye
Monday Blues.... Tengok gmbar dapur kasi semangat sikit mulakan kerja. Ada projek baru untuk tambah peralatan dapur. Idaman hati sangat-sangat. Harap dipermudahkan Aamin.... Till then xoxo

Wednesday 1 February 2017

Almari Sinki

Assalam & hye
Entri sebelum ni, saya ada cerita tentang projek terbaru berkaitan dengan sinki. Sebelum ni, sinki saya macam ni
Sinki standart, memang sejak pindah pakai sinki yang owner sediakan ni je. Tapi baru-baru ni ada tengok dekat group kaki decor. Ada seller jual kabinet sinki mudah alih, siap boleh pilih color lagi. So apa lagi lelaju pm tepi dia, kabinet ni boleh angkut sekali kalau kita nak pindah. Bab harga memang berbaloi sangat, saya terus booking. Tempoh masa dia buat ni 3-4 hari bekerja, oleh kerana masa saya order tu nak dekat raya cina so dia extend sikit sebab ada barang yang nak kena order tapi sebab raya cina kedai banyak tutup jadi terlambat sikit dari masa yang dijanjikan. Tapi still boleh consider la, sebab takdelah lama sangat menunggu. Free delivery area Kajang dan Bangi. Saya booking hari selasa, hari rabu depannya dia hantar ke rumah dan pasang terus.


Siap je, terus letak lennart kiri kanan. Nasib baik muat, ngam-ngam je



 Siap je terus susun barang-barang ni. Letak-letak je dulu, nanti kita cari cara susun yang lebih kemas.
 Kat sini, saya simpan semua mangkuk-mangkuk.

Keseluruhan dapur cenonet saya. Lepas ni harapnya lebih gigih nak memasak =)

Monday 30 January 2017

Susun Atur Bawah Sinki

Assalam & hye
Kalau nak cakap pasal susunatur ni memang takkan pernah habis. Kalau boleh semuanya nak susun kemas-kemas, terutamanya tempat tertutup seperti almari. Bukan apa takde lah sakit mata setiap kali bukak almari atau kabinet kan? Projek terbaru nak organized kan kawasan bawah sinki, saya suka dengan susun atur macam gambar kat bawah ni


Cadangnya nak buat susunatur macam ni kat bawah sinki tu, nanti da siap saya shared.. Masih dalam progress Insyallah. Till then xoxo

Wednesday 25 January 2017

Update Kabinet Pinggan Mangkuk

Assalam & hye...
Entri sebelum ni saya ada cerita samaada nak beli atau tak set pinggan baru sini. Setelah berfikir sedalam-dalamnya cewahhh... tolak bahagi campur semua. Akhirnya terpaksa mengalah, beli juga set pinggan yang baru untuk puaskan nafsu haloba.  Bukan apa, kalau nak buat apa-apa majlis, senang sebab dah ada banyak set pinggan mangkuk kan? errrr.. Saya beli Brand IKEA je, saya bekenan satu set pinggan tu, warna pastle pink. Memang tak pernah ada pun set warna pink,walaupun peminat warna pink. Hairan ya ? =)  so kali ni kita beli huhu.
Balik dari IKEA, terus sepahkan dapur. Keluarkan segala pinggan dalam lemari. Oh, lupa nak cakap saya ada beli insert shelf putih IKEA tu, untuk manfaatkan segala ruang yang ada dalam kabinet ni. Sebelum beli apa-apa barang untuk kabinet, saya akan plan dulu apa yang saya nak beli dan fikirkan cara yang sesuai untuk menggunakan seluruh ruang. Taknak ada pembaziran sebab ruang yang saya ada tak banyak, jadi kena pandai manfaatkan ruang. Shelf ni sangat membantu sebenarnya. Daripada hanya ada dua ruang, dengan bantuan shelf saya dapat empat ruang ( senyum puas hati =) )
Kosongkan almari dan lap apa yang patut. Lepas tu masukkan Insert shelf dan susun je pinggan-pinggan dan magkuk. So hasilnya macam ni


Saya buat dua bahagian, taknak campur-campur. Bahagian atas set warna pink, bhagian bwh set warna putih. Saya suka, time hidang makanan pinggan mangkuk sama color tak suka campur-campur huhu. Anyway happy sangat sebab dah ada set warna pink yeayyyyy...

Oh ya, saya ada project terbaru untuk sinki, nanti dah siap saya shared till then xoxo

Monday 23 January 2017

PINK RAMEKIN

Assalam & hye
Akibat mudah sangat terpengaruh dengan gambar cantik-cantik macam ni

Sweet sangat sebab color pink dan comel bagai. Pastu terfikir yang kat rumah takde langsung mangkuk-mangkuk comel macam ni. Maka diri yang mudah sangat terpengaruh ni dah terbeli juga akhirnya
Safely arrived!! Yeayyyyy!!!! Tak pernah ada collection comel macam ni. Saya ada mangkuk-mangkuk kecil tapi takde bentuk-bentuk cute camni so..... kita beli untuk puaskan hawa nafsu okbai.... till then xoxo

Sunday 22 January 2017

Koleksi Pinggan

Assalam & hye..
Perlu tak dalam rumah ada set pinggan mangkuk banyak? Keperluan atau kehendak?? Selama ni sejak berkahwin dan duduk rumah sendiri, saya hanya ada satu set sahaja pinggan mangkuk. Itu pun beli beberapa bulan sebelum kahwin. Persediaan awal katanya, tapi persediaan awal tu lah yang banyak membantu sebenarnya. Sebab lepas kahwin memang banyak nak pakai duit, dulu belanja untuk diri sendiri, lepas kahwin kena pikir belanja untuk rumah dan sebagainya.
Set pinggan saya ada ni je, setakat ni memang cukup sangat sebab kami hanya tinggal berdua, cuma sesekali keluarga datang melawat memang keluar lah pinggan-pinggan ni. Tapi baru saya perasan yang pinggan size besar tu hanya ada 12 saja, yang lain semua pinggan size yang kecil dan rasanya tak sesuai nak makan nasi dengan pinggan kecil kan ( alasan nk soping pinggan ) Saya tertarik sangat dengan koleksi pinggan yang pelbagai kat gambar bawah ni



Sedang pertimbangkan untuk beli lagi set pinggan yang lain huhu. Beli ke tak... beli ke tak...... till then xoxo

Monday 16 January 2017

Langsir Baru, Rupa Baru

Assalam & hye...

Setelah empat tahun tinggal di rumah ni, saya memang tak pernah beli langsir sendiri. Selama ni langsir yang ada ni  adalah ihsan dari Emak saya huhu. Emak nak bagi so saya terima dengan hati terbuka cewahhhh.. Ni first time saya nak beli dan buat tempahan langsir. Tempah dengan adik sendiri je, adik saya memang ambil upah jahit langsir. So saya bagi je duit kat dia dan dia yang uruskan pembelian ikut apa yang saya nak la. Saya suka langsir plain yang simple je. Langsir ni siap dalam masa dua minggu je, kira cepat jugalah. Excited sangat tak sabar nak pasang langsir tu. So hasilnya.





Saya pilih warna coklat, sebab memang suka warna tu dan rasanya sesuai dengan tema rumah saya ni. Insyallah untuk raya nak tempah warna lain pulak huhu until then xoxo

Monday 9 January 2017

Hobi Baru ??????

Assalam &  Hye, 
Tengok tajuk pun dah seram haha, sebenarnya nak share hobi baru yang baru sangat berputik iaitu bercucuk tanam  Sebenarnya saya memang tak pernah dan tak terfikir langsung nak bercucuk tanam. Tak pasti ada bakat terpendam atau hanya angan-angan semata-mata hoho.  Minat ni datang dari seseorang di Instagram,  sebelum ni saya suka sangat stalker ig dia.  Minat sangat dengan dapur pink dan segala koleksi le crueset dia. Caption dia yang buat saya tertarik.  Kebetulan dia memang pandai memasak dan dia juga pandai bercucuk tanam especially herba English. Memang betul-betul menarik minat saya.  Jadi kita start beli beberapa jenis pokok dulu.  Tengok berhasil ke idok huhu.  Harap-harap pokok ni hidup subur bawah jagaan saya Aamin... 
Saya start dengan pokok Oregano dan Thyme. Lepas tu beli pokok Mint. Insyallah plannya nak cari lagi dua pokok. Nanti nak tukar pasu tu, nak ganti pasu besar sikit dan buat masa ni letak kat dapur saya dulu. Saya memang tak pernah tanam pokok, tapi tak ada salahnya kalau kita mencuba kan??? huhu.
Wish me luck gaissss... Till then xoxo