Monday, 18 March 2013

Baking & Bakery Stuff


Salam & Hye
Bercakap tentang barang-barang bakeri ini. Saya bukanlah mahir sangat dalam bab-bab bakeri, tetapi ada niat dan semangat nak belajar. Ok la kan, daripada tak ada langsung. :) Saya mula minat baking ni sejak kahwin. Oleh kerana saya dapat hadiah sebuah Oven sempena perkahwinan saya hari tu. Thanks sangat kpd yang memberi ( Boss ) Alang-alang dah ada tu, sayang pula kalau tak digunakan.
Saya dah mula mengumpul sedikit demi sedikit ilmu dan pekakas-pekakas untuk bakeri. Oleh kerana sudah mula mengumpul ni, saya google beberapa gambar untuk saya jadikan rujukan menyimpan barang-barang bakeri dengan jayanya!
Image Google


Bekas macam ni kat Daiso ada rasanya.









Saya idamkan nak buat susunan atas troli seperti gambar atas ni.Nampak senang dan sangat praktikal, sebab kat bawah tu ada roda. Boleh alih kemana-mana. Saya ada jumpa troli macam tu di Ikea. Harganya agak mahal la bagi saya. Memandangkan bajet saya tak berapa banyak nak realisasikan impian saya ni, Saya hanya beli almari kecil 3 ruang di giant. Tak apalah buat sementara, nanti ada rezeki lebih. Saya akan ajak Shahrul teman saya ke Ikea :) senyumlebar **
Ni ruang bakeri saya.

Saja Letak Cupcake Comel atas Oven tu

Ruang Atas : Saya letakkan Oven
Ruang Kedua : Mixer ( yg ni hadiah bday saya drp husband sy)
Ruang Ketiga : Bahan-bahan Bakeri ( saya tandakan supaya senang nak ingat )

Ruang Keempat : Tray & Pekakas-pekakas Bakeri

Saya suka ada kawasan bakeri sendiri. Apa yang saya perlukan semua ada kat sini.

Kalau nak beli barang bakeri saya akan ke Yummie di Bangi. Kat situ ada jual Bahan-bahan untuk bakeri. Harganya sangat berpatutan dan apa yang kita perlukan untuk baking ada dijual kat situ.

XOXO~~~

2 comments:

  1. baru stat nk buat cake..baru stat blaja =)

    ReplyDelete
  2. saya pun baru jgk, tp seronok sangat baking membaking ni sebenarnya huhu gud luck ye =)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.