Tuesday, 2 April 2013

Never Ending Circle

Salam & Hye,
Post saya kali ni adalah tentang kerja rumah. Daripada Menyapu Sampah, Mengemop Lantai, Membasuh Bilik air, Rutin Dobi dan Lain-lain. Kerja yang tidak akan pernah berhenti. Selagi ada tenaga dan kudrat akan saya laksanakan. 
Setelah Enam Bulan tinggal sebumbung dengan Shahrul.Daripada apa yang saya nampak, Shahrul pun berusaha untuk sama-sama menolong saya buat kerja rumah. Biasanya bila saya membasuh pakaian, dia akan tolong saya jemur pakaian tu. Bila kami selesai menikmati Makan Malam, dia akan basuh semua Pinggan. So adalah kerjasama di situ. Dan saya amat berharap, kami dapat kekalkan kerjasama ini selama-lamanya, InsyaAllah.
Kami berdua suka kan keadaan rumah yang bersih dan selesa. Saya bersyukur kerana dikurniakan Suami yang Rajin dan Pembersih seperti Shahrul.

Kalau nak cakap tentang bab ini, memang sangatlah panjang dan tak habis-habis. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu, dari mana nak mula??
Bagi saya rutin mengemas saya dalam seminggu adalah hampir setiap hari. Tapi bukanlah mengemas yang beria-ria tu. Kalau waktu bekerja, dari Isnin sampai Jumaat. Saya cuma pastikan Sinki saya bersih, Pinggan Mangkuk dalam Kabinet dapur kemas dan teratur, Lantai dan Katil saya kemas dan bersih.Hujung minggu pula, kalau tak kemana-mana. Saya akan pastikan, setiap inci rumah saya dibersihkan. Time tu Tugas Mop satu rumah akan dilakukan.
Tugas Shahrul Biasanya di halaman rumah. Dia akan pastikan Taman kecil yang dia buat di depan tu, bersih dari rumput rampai yang sibuk nak tumbuh di celah-celah bunga kami.Shahrul memang kreatif dan sangat suka bercucuk tanam. Setakat ni, pokok yang ditanamnya sangat menjadi . Nanti saya kongsikan Taman Kecil  kami tu :)

Anyway, setakat ini dulu post saya kali ni. Nanti kalau ada idea lain. Saya akan tambah dalam post ini
Till then.
~x.o.x.o~

3 comments:

  1. Like to read ur blog like novel...waiting n waiting what happen next....

    ReplyDelete
  2. Like to read ur blog like novel...waiting n waiting what happen next....

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.