Tuesday 29 November 2016

Wall Key Holder/Tempat gantung kunci

Assalam & hye
Memang dah lama sangat nak gantikan tempat gantung kunci kat rumah tu. Puas juga cari gambar kat google, cara untuk DIY dan cari juga tempat gantung kunci yang comel kat kedai-kedai. Buat masa ni memang tak ada yang bekenan di hati. Selama ni kami gantung kunci guna tempat gantung macam ni
Rasanya dah lebih lima tahun saya beli dan dah nampak buruk sangat-sangat. Sedih tiap kali nak gantung kunci haha. Mulanya nak cari yang simple je, tapi ada satu hari tu tengok gambar kat pintres bekenan dengan idea entrywaylebih kurang macam ni.


Tapi memandangkan ruang nak gantung kunci tu terhad dan belakang pintu pula tu memang tak sesuai lah kalau nak buat macam ni huhu. So saya fikirkan idea lain. Saya taknak dah gantung-gantung kunci kat wall nampak serabut. Saya suka idea gambar di atas ni, tapi memang takde ruang nak letak apa-apa almari kat situ, so solution nya gunakan wall shelf. Mulanya nak warna putih tapi cari di Ikea Damansara dan Cheras shelf yang saya nak tu takde, so automatik tukar color hitam dan putih. Saya beli wall shelf, cermin, pasu comel, bunga hiasan dan bekas comel untuk simpan kunci.
Balik je dari Ikea tak sabar-sabar minta tolong Shahrul pasangkan rak tu. So hasilnya
 Saya suka sangat tema hitam dan putih macam ni.

Saya asingkan semua kunci, satu untuk saya, satu untuk shahrul dan satu lagi untuk kunci yang jarang kami gunakan. Senang asingkan supaya Shahrul tak tercari-cari. Nampak kemas sikit macam ni dari gantung kat wall.Saya tengah siapkan projek makeover ruang meja makan. Kami dah tukar lampu dan dekorasi di situ, nanti saya share prosesnya.  Till then xoxo

Monday 28 November 2016

Coffee Station

Assalam & hye
Siapa kat sini suka sangat minum kopi? Sila angkat tangan laju-laju huhu Saya memang teringin sangat nak ada sudut untuk buat kopi kat rumah. Selalu sangat google atau cari kat Pintres gambar lawa-lawa Coffee Station and save dalam phone buat inspirasi huhu. Tapi memandangkan ruang dapur yang terhad, terpaksa pendamkan hasrat nak buat sudut kopi tu. Tetiba pertengahan bulan ni, saja-saja bukak website Lazada. Eh! diorang ada buat sales lah, So tangan ni pun gatal-gatal pergi order Coffee Maker huhu alasan.......sebab murah, jadi kita sambar satu dulu. Cadangnya nak buat Coffee station guna rak Laiva yang dah tak nak guna kat ruang tamu, nak heret rak tu ke dapur. Kebetulan ada satu ruang kecil dari dapur menghala ke Pantry/Laundry room yang kosong. Sayang pulak kalau tak gunakan sepenuhnya ruang yang ada.  So saya cadang nak buat kat sini, nak letak rak tu kat sini, dah draft gambar macam mana nak buat tapi bila fikir-fikir semula, baik buat Coffee Station/Breakfast Bar je huhu tak perlu pakai rak tapi gunakan wall shelf. So minggu ni sempat jejakkan kaki kat IKEA beli barang-barang.

Saya beli wall shelf warna putih, kerusi tinggi untuk Bar dan satu rak kaca.. Yang tu tak sengaja beli, Shahrul beli mula-mula untuk letak kat ruang tamu, tapi dia tak perasan rak tu rendah. Jadi dia cadangkan letak rak tu kat ruang kopi saya. Nasib baik rak tu cantik, so saya setuju tapi..... saya kena ganti rak lain untuk dia letak kat ruang tamu. Oleh kerana dia sudi nak pasangkan semua rak tu so takpelah huhu. Kami siapkan projek sudut kopi ni,ambil masa dalam 3-4 jam jugak lah. Pasang Wall Shelf, Rak Kaca, wiring dan lain-lain phewwww.... So Hasilnya



I'm proudly present my own Coffee Station. Happy sangat sebab dapat sudut ruang kopi sendiri huhu. Till then xoxo

Sunday 6 November 2016

Spices Organizing Part 2

Assalam & hye
Sebelum ni saya ada cakap nak share pasal organizing spices atau susunatur rempah ratus.Walaupun dah banyak kali susun sebelum ni masih rasa tak puas hati sebab rasa tak berapa kemas. Jadi saya ubah sekali lagi ruangan rempah ratus tu. Saya dapat idea daripada gambar kat google, sebelum tu saja survey pasal insert shelf ikea Variera so dapat ilham nak buat susunatur macam ni. Gigih pergi Ikea semata-mata nak beli insert shelf tu, niat nak beli 2 size, 1 size besar dan 1 lagi size kecil.Tapi untuk size yang besar kat Ikea dah sold out. Jadi saya beli satu je size kecil dan cari kat Facebook group Ikea, ade personal shopper yang jual. Alhamdulillah dapat jugak walaupun harga mahal sikit la sebab include upah beli dan postage tapi takpelah daripada nak kena cari kat Ikea Damansara kan, rasanya berbaloi-baloi. Dapat je Shelf tu dari abang poslaju, balik rumah terus tak sabar-sabar pasang shelf tu dan susun dalam pantry. Hasilnya agak memuaskan hati huhu.
 Ada 2 tingkat. Atas sekali saya simpan stok herba-herba mint, oregano, paprika etc. Tingkat ke dua pula saya simpan serbuk kari, kunyit, garam etc dan yang bawah sekali tu saya simpan kulit kayu manis dan sup bunjut. Nak tambah lagi stok dalam masa terdekat. Bekas samla tu pula saya simpan stok rempah ratus yang takde bekas. Semua letak dalam tu.

Gambar keseluruhan Pantry. Nak topup stok, sebab stok biskut dah habis huhu.. Till then xoxo

Wednesday 2 November 2016

Coffee Station

Assalam &hye
Agak-agaknya dalam rumah orang melayu ada tak coffee station huhu. Macam menarik pulak idea nak buat coffee station atau ruang minuman kat dapur kan? Masa jalan-jalan kat Jusco tetiba nampak coffee maker tengah buat promosi, harga memang berbaloi-baloi tapi tengah fikir praktikal ke nak buat kat rumah sendiri???? Idea tu menarik tapi kena tengok kesesuaian tempat nak letak. Memandangkan dapur saya yang cenonet tu memang tak mungkin la nak buat coffee station sebab takde tempat nak letak nanti, tapi akan dipertimbangkan juga huhu nakkkk jugekkkkk T.T saya bekenan idea coffee station macam kat bawah ni dan saya ada idea sendiri macam mana nak realisasikan impian nak buat coffee station dengan ruang yang minimum, Insyallah huhu