Monday 18 March 2013

PantRy RoomS

Salam & Hye
Pantry Room atau Ruang untuk menyimpan makanan kering. Rasanya setiap rumah mesti ada simpanan makanan kering. Sesetengah orang simpan kat dalam kabinet dapur, sebab senang nak capai. Oleh kerana kabinet dapur saya, takde ruang yang mencukupi untuk letak makanan kering. Jadi saya tahu, saya kena fikirkan inisiatif lain ( btl ke ejaan ni? huhu ) Dalam rumah saya ada sebuah bilik kosong di tingkat bawah, bersebelahan dengan dapur. Bilik itu, awalnya nak dijadikan bilik tetamu. Oleh kerana kami tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk letakkan bahan makanan kering kami, selain mesin basuh dan peti ais. Kami buat keputusan untuk jadikan bilik tersebut Pantry Room & Laundry Room. Gabungkan 2 dalam 1. Saya tak suka sebenarnya gabungkan Pantry room & Laundry Room. Tapi memandangkan takde tempat sesuai untuk buat Laundry room. Saya terpaksa pejamkan mata jer. Cerita tentang Pantry room, oleh kerana saya dah ada tempat yang sesuai untuk dijadikan Pantry Room. Jadi saya pun dengan gigihnya google beberapa gambar untuk buat rujukan:

Bekas kaca macam ni, bukan je cantik tapi senang nak tengok kalau stock ada lagi atau sudah abis.

1. Pantry Room 
Pantry room saya taklah secantik gambar-gambar kat atas ni. Sekadar buat rujukan. Dalam kes saya, saya cuma gunakan sumber yang ada je. Ini Pantry Room di rumah saya. Saya gunakan kabinet yang dulunya tempat letak buku, diubah menjadi tempat simpanan makanan kering kami.Walaupun warnanya tak seragam, tapi masih boleh diterima lagi. 

Shahrul kata, Pantry Room saya macam kedai runcit sebab hampir serba serbi lengkap. Tapi Saya tak peduli.
Saya tetap sukakan ruang Pantry sendiri kerana.... ** tidak melebihi 100 patah perkataan **
1. Kemas dan tersusun.
2. Mudah dicapai kerana diletakkan pada satu tempat
3. Nampak cantik :) ( tu yg paling utama )

2.Mason Jar
Sebelum ni saya gigih kumpul Mason jar untuk isi makanan kering macam Tepung, Garam, Gula dan lain-lain.Saya beli di Mr. DIY dan Giant. Harga mason jar kat situ agak berpatutan dan mampu milik. Sebelum kawin dan pindah rumah sendiri. Saya suka tengok gambar Organizing kat Internet. Berazam nak buat macam tu, bila ada pantry room sendiri hehe. So saya mula kumpul mason jar. Lama-lama banyak pula yang saya dah kumpul dan setakat hari ini. Semua mason jar tu saya gunakan dengan sebaik mungkin. Bagi saya mason jar nampak lebih kemas dan cantik berbanding bekas plastik.







3. Penjagaan & Kebersihan
Selain nak nampak kemas dan tersusun. Penjagaan dan kebersihan pun harus dititikberatkan. Oleh kerana saya guna Kabinet buku ni, saya perasan. Lama-lama kabinet ni akan berkulat. Terutama bila musim hujan. Jadi saya kena selalu bersihkan. Setiap kali saya bersihkan kabinet pantry ni saya akan ubah kedudukan mason jar supaya tak lah bosan hehe.  Rasanya setakat ni je yang saya dapat kongsikan. Kalau ada Idea lain nanti. saya akan tulis Entri yang baru. Sekian.. xoxo

13 comments:

  1. awak!! sangat kemas dan cantiikikkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. Oh I'm so impressed..ahkak suka idea bernas guna book rack tu, sblm ni asyik fikir nak buat build in pantry je, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. tu sy recycle jer, dulu tu book rack akk ipar saya, dy bagi kat saya. So saya letak je barang-barang Pantry.

    ReplyDelete
  4. hihi.. nak jadikn inspirasi.
    kt dapur saye pon guna rak mcm ni juga..baru je pindah.. tak bape nk organize lg. bley amik contoh gini. sejuk je mata memandang. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih Miss N hehe.. sy mmg suke ada pantry room sndiri.So Sy guna apa yang ada jer

    ReplyDelete
  6. yeahhh cpt2 klik follow ... ;D

    pantry anda sungguh kemas, tersusun dan efektif...sgt2 suka tgk!! ;D

    ReplyDelete
  7. bestnya ade ruang yg besar utk dpur.. dapur sy bersambung terus dgn ruang tamu..hmmm.. terlalu kecik.. xtau nak kemas mcm mane :-(

    ReplyDelete
  8. syazana: dapur saya pun kecik jer, pantry tu bilik kecik sblh dapo sbnrnye huhu

    ReplyDelete
  9. Awak ni mmg org yg sgt kemas la.. Kagum saya..

    ReplyDelete
  10. kemas..bagus idea guna book rack, pastu susun2 pula mason jar. cantik2..

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.