Monday 30 September 2013

Rombak

Salam & Hye,
Memandangkan saya free sikit hari ni, so saya buat rombakkan sikit di kabinet gelas saya. Saya keluarkan set jug dan gelas pink dan gantikan dengan set bekas kuih raya. Jug dan gelas ni saya jarang guna. Kalau guna pun untuk tetamu, memandangkan rumah saya ni jarang sangat ada tetamu yang datang. So lebih baik saya simpan kat kabinet bawah. Meh cuci mata dengan gambar kat bawah ni
sebelum
selepas
Saja je susun macam ni,nampak kemas sikit daripada sebelum ni,sebenarnya takde keje nak buat dan dah bosan dengan susunan lama. Next mission nak cari mug corak cupcake lagi untuk buat basahan. Nak ganti mug corak Rose yang dah lama tu (yang ni kena beli tanpa pengetahuan Shahrul, nanti kena bebel ) =) huhu till then xoxo

Monday 23 September 2013

without.................

Salam & hye,
Macam yang korang sedia maklum, saya baru je meraikan anniversary tahun pertama perkahwinan saya. Sekejap je masa berlalu. Diam tak diam, dah setahun saya menjadi seorang Isteri. Yup! My life was happy with my beloved husband. Hidup kami sederhana. Walaupun sederhana saya sangat bahagia, kami saling melengkapi satu sama lain. Dia sentiasa ada saat saya susah dan senang, begitu juga sebaliknya. Saya bersyukur mempunyai seorang suami yang penyayang dan memahami saya seadanya. Saya juga bersyukur dengan kehidupan yang Allah dah tetapkan untuk saya. Bagi saya sebuah keluarga yang lengkap adalah ada seorang Ayah, Emak dan anak-anak.
Saya tak tahulah kenapa nak up entri ni, mungkin nak luahkan sikit perasaan saya. Mungkin ada kalangan korang yang pernah lalui pengalaman macam saya dan faham apa yang saya cuba sampaikan ni. Anyway, Hidup saya sangat bahagia dengan Suami tercinta cuma... We don't have any child yet. Belum sampai rezeki untuk kami ada anak sendiri. Sekali lagi saya cakap, bagi yang pernah melalui pengalaman macam ni, mungkin akan faham perasaan saya. Saya happy tengok mana-mana kawan saya yang baru berkahwin and get pregnant. Mungkin itu rezeki mereka, tapi tipulah kalau saya kata saya tak terasa langsung. Saya tahu itu semua rezeki yang Allah bagi tapi saya pun manusia biasa. Seorang perempuan yang ada naluri untuk mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri. Tapi Allah lebih mengetahui dan saya sentiasa redha. Cuma kadang-kadang saya penat juga nak jawab 1001 pertanyaan-pertanyaan macam ni.
a: " Eh, lama tak jumpa. Kau dah ada isi ke?"
b: " Dah lama kawin ni takde apa-apa good news ke? "
c: " Bila nak pregnant? Tak cuba apa-apa cara ke untuk pregnant?"
Sometime saya akan jawab, belum ada rezeki lagi, saya akan minta dorang doakan untuk saya dan macam-macam jawapan lagi.  Kadang-kadang kalau dah penat sangat saya senyum je, takmo cakap apa-apa. Bagi orang yang tak melalui pengalaman macam ni, mereka takkan pernah faham and bagi orang yang keep asking the same thing. Saya nak bagitau, yang saya bukan tuhan nak tentukan bila saya nak ada anak dan sebagainya. Nak ada anak bukan macam nak beli baju kat Midvalley. Kalau senang macam tu, dah 14 saya ada, maaf kalau bahasa saya kasar. Just nak luahkan apa yang selama ni saya rasa je. Maybe ada yang akan memahami. Tapi syukur Alhamdulillah, Suami, keluarga saya, keluarga mertua saya dan kawan-kawan baik saya sentiasa memahami, sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat. Saya teringat satu masa, dalam bulan ke 7 perkahwinan kami. Period saya lewat lima hari masa tu, kami happy sangat. Masa tu memang terfikir akan ada good news. Kami semangat pergi pharmacy untuk beli pregnancy test, tapi masa saya nak test, time tu lah period saya datang. Memang rasa sedih sangat time tu, memang down sangat-sangat. Tapi mujurlah Suami saya ada time tu untuk tenangkan saya dan bagi kata-kata semangat kat saya. Lepas je dari hari tu, macam mana lewat pun period saya, saya tak sanggup nak letak apa-apa harapan, takut saya down bila apa yang saya inginkan tak tercapai. Saya tahu saya tak boleh putus asa, tapi saya pun manusia biasa. Tak lari dari perasaan macam tu. Anyway, sekarang saya still berusaha nak ada zuriat sendiri. Insyallah saya percaya apa yang Allah dah tentukan untuk saya adalah jalan yang terbaik untuk saya. Saya redha, tapi saya takkan putus asa, saya akan sentiasa berusaha dan berdoa, Insyallah. Korang yang baca entri saya ni doakanlah untuk saya ye =) Insyallah...  till then xoxo

Cupcake + Vintage Kitchen


Salam & Hye
It's a rainy day. Pepagi lagi dah hujan, so lepas subuh tarik balik selimut. Sedar-sedar dah pukul 10 pagi. Kelam kabut bangun dan mulakan tugas mengemas rumah, settle je kerja rumah pheww lega... Then after breakfast, sesaje online tengok youtube Nigella Express dan cari idea untuk kitchen decor, sekali terjumpa blog cupcake vintage kitchen. Apa lagi terus follow blog dia lelaju huhu pemilik blog ni pun buat tema cupcake kitchen, so meh kita cuci mata ngan gambar-gambar nih










Sangat suka dengan kitchen ni. Ala-ala English Vintage + Cupcake themed huhu. Fall in love 100++ Bila lah nak dapat kitchen camni?? kena tunggu beli rumah dulu lah baru boleh buat kitchen camni T.T sob..sob ( nangis lelaju ) Anyway ni je nak shared sebenarnya ( kan dah kata saiko cupcake, kalo jumpa kitchen camni bertambah saiko la jwbnye huhu) till then xoxo

Wednesday 11 September 2013

#Throwback#mysweetmemories#

Salam & Hye,
Alhamdulillah, 15 September 2013 genaplah setahun usia perkahwinan saya dengan Suami tercinta. Sekejap je masa berlalu, diam tak diam sudah hampir 8 tahun saya mengenalinya sebelum kami mendirikan rumah tangga. Banyak kenangan pahit dan manis yang saya lalui sepanjang 8 tahun tu. Mungkin Allah dah tentukan Jodoh saya dengan Shahrul. Walau apa pun dugaan yang datang, kami tetap kuat dan sentiasa percaya antara satu sama lain. Alhamdulillah, saya sangat bahagia dengannya and I love him for the rest of my life. Memanglah kadang-kadang gaduh-gaduh manja tu memang tak dapat nak dielakkan, ibarat kata P.Ramlee " Sedangkan Lidah lagi tergigit, Inikan pula Suami Isteri " Cewah...Anyway Entri ni takde lah best sangat. Lebih kurang macam Entri orang yang tengah bosan dan tak tahu nak update ape kat blog dia hehe.. Saje je nak shared moment-moment terindah saya kat dalam blog ni. Saya pun baru lagi dalam dunia Blogger ni, blog ni pun saya buat lepas saya berkahwin, so tak ade lah cerita tentang persiapan pertunangan or perkahwinan kami. Tapi hari ni saya nak shared beberapa gambar kenangan saya. So let's throwback
 Masa couple dulu, saya selalu dapat bunga, Especially Pink Roses. Sekarang ni after kawin still dapat cuma takdelah kerap macam time couple2 dulu... Biasalah habit Lelaki.... huhu =) 
Beberapa gambar kenangan masa kami Couple, Kami couple sekitar tahun 2005. Masa tu takdelah terfikir nak kahwin dengan dia hehe saya pun muda sangat masa tu, baru 18 tahun. Tapi tahun demi tahun berlalu, kami still bersama. Masa tu tak tahu lah rasanya macam hidup saya tak lengkap tanpa dia dan dia pun sama. Mungkin itulah jodoh namanya. Family kami Alhamdulillah merestui hubungan kami. Then tahun 2011 baru kami ambik keputusan untuk bertunang.



 my twin tak sama Mak Ayah huhu yang ni one of my best friend Cindy. Ramai kawan-kawan kata muka kami seiras. Tapi Saya pun tak sure betul ke tak??? hehe

Kami bertunang dalam masa setahun setengah. Sepanjang masa tu memang bz prepared untuk majlis Perkahwinan kami. Dalam merancang majlis, kami turut rancang apa kami nak buat lepas berkahwin. Contoh macam tempat tinggal dengan beberapa kemudahan asas seperti Kereta dan pekakas penting untuk rumah dan sebagainya. Hal ni, kena rancang dengan teliti, supaya lepas majlis kita tahu apa yang kita perlu buat dan di mana hala tuju kita. Macam saya, lepas kahwin saya memang terus stay dengan Suami, so sebelum majlis kami dah cari rumah sewa siap-siap ( belum mampu nak ada rumah sendiri T.T sob..sob ) So lepas berkahwin taklah kelam kabut. Tanggal 15 September 2012 kami bernikah, tema yang saya pilih untuk hari pernikahan adalah warna kelabu. Tak tahu kenapa, saya nak pakai baju warna kelabu masa nikah huhu. Saya beli kain lace dan baju melayu kat Jackel. Masa tu tengah offer, dapat samping free untuk pengantin lelaki. So saya beli kain pasang dan suruh Mak mertua saya jahitkan. Bukan takmo beli yang dah siap, walaupun saya tahu yang dah siap tu lebih mudah sebab dah ada beading dan sebagainya, tapi memang saya dah niat dalam hati nak suruh Mak mertua saya yang jahitkan baju nikah kami berdua.




Kami nikah lepas Asar, Alhamdulillah sekali lafaz saya dah sah menjadi Isterinya. Insyallah harapannya biarlah sampai ke Jannah perkahwinan kami ni. Lepas je majlis nikah selesai. Saya terus balik rumah untuk sesi bergambar, yang ni ada tiga persalinan. Seumur hidup sekali je uolss, mestilah nak cuba hehe. Saya pilih baju Jawa, India dan Korea.


Masa ni memang penat sesangat, tapi satu kenangan yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Oh ya! malam tu jugak, kami ada majlis berinai. Saya pilih tema warna kuning untuk majlis berinai kami. Baju Songket Kurung Pahang.


Opss! lupa nak bagitau, tema majlis perkahwinan saya adalah Kelabu + Hijau turquoise. Saya memang sukakan warna-warna yang soft. Saya pilih warna ni berdasarkan baju sanding saya. Dress labuh, masa first time nampak dress ni saya dah suka sangat-sangat  dengan warna dia yang soft.




Alhamdulillah, masa ni memang ramai Keluarga, Saudara mara dan kawan-kawan saya datang memeriahkan majlis kami. Selesai je makan beradap hujan turun selebat-lebatnya huhu tapi Saya dan Shahrul kena bersiap-siap untuk ambik gambar outdoor.

Tak banyak sangat gambar outdoor ni, ada kat pendrive. Saya malas nk selongkar balik huhu. Ok last but not least, saya shared beberapa gambar kenangan majlis sambut menantu kat rumah Shahrul yang diadakan seminggu selepas majlis di rumah family saya



 Yup serba merah. Yang ni saya tak tahu menahu, semua mak mertua saya yang pilihkan. Tapi saya suka sangat pilihan dan baju ni. Memang cantik warnanya. Hmm.. seronoknya ingat moment macam ni, saya selalu cakap denagn Shahrul rasa macam nak putarkan masa dan bersanding sekali lagi hahaha Shahrul selalu gelak je bila saya cakap macam tu, dia kata " Itulah maksudnya perkahwinan sekali seumur hidup" So kalau sesiapa yang rancang nak berkahwin dalam masa terdekat. Nasihat saya, rancanglah dengan sebaiknya. Apa yang kita impikan tentang perkahwinan, realisasikanlah masa perkahwinan kita nanti sebab sekali je seumur hidup tak leh nak ulang semula huhu. Anyway, sampai sini dulu, sambung melalut next time hehe till then xoxo