Thursday 25 June 2015

"Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015"

Assalamualaikum & hye
Tadi terbaca kat Fb and BW ade giveaway dari nile.com.my , macam menarik je. Saya kalo suruh shopping memang excited gile huhu so ape lagi haruslah join mane la tau kan ade rezeki, dapat Shopping raya huhu bestnye, kalau korang nak try boleh pergi kat link kat bawah ni
  • Kena buat satu entry. Tajuk entry "Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015"
  • Dan daripada link tersebut, pilih 5 items daripada “Jualan Raya Meletop 2015” yang korang nak sangat-sangat daripada nile.com.my

anyway, apa yang saya nak sesangat dari nile.com.my ni adalah:


Product: Mix Color Hoodies
Price Meletop: RM21.90
Date: 07/07/2015
Time start: 4.00pm 
Quantity: 150 pieces

Product: Lady Jacket/Suit
Price Meletop: RM13.90
Date: 29/06/2015
Time: start 11.00am 
Quantity: 200 pieces

Product: Men Long Sleeve Shirt
Price Meletop: RM14.90
Date: 30/06/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 200 pieces



Price Meletop: RM11.50
Date: 01/07/2015
Time: start: 4.00pm
Quantity: 100 pairs

Product: Cardigan/Sweater
Price Meletop: RM9.90
Date: 29/06/2015
Time: start 4.00pm
Quantity: 200 pieces
Ok tu semua item yang saya nak sesangat dari nile.com.my amin... hopefully ade rezeki kali ni huhu and  kalo da siap boleh emel teros ke give_away@nile.com.my berserta dengan detail dan tajuk :

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015

Link blog :
Nama penuh : 
No. telefon :

Tarikh tutop penyertaan ialah 14 Julai 2015 dan boleh check result kat LINK ni. Wish me Good Luck Guys till then xoxo

























Wednesday 24 June 2015

Minion Movie Review

Assalam & hye,
Sape kat sini peminat karton? Sila angkat tangan haha dah tua-tua bangka pun suke karton aishhh... bukan ape, bukan kebudak-budakan ke ape cume saya suke tengok kartun sebab boleh gelak-gelak dan hilangkan tension huhu Semalam sempat merayap tengok Minion, bulan puasa pun sempat nak merayap, tak dapat tahan perasaan nak tengok Minion kuning-kuning comel tu T.T







see... comel gile minion ni, anyway movie ni best jugak, kelakar dan once again comel sangat =D cite ni tentang Kevin, Stuart & Bob yang mengembara nak cari tuan dia supaya dapat buat kerja-kerja jahat, so far tuan diorang ni semua tak kekal lama sebab diorang ni clumsy sampai terbunuh tuan sendiri huhu so bila takde tuan, semua minion ni jadi murung. Kevin dapat idea nak travel cari tuan yang betul-betul jahat. Then dia mintak tolong minion lain teman dia, so Bob dan Stuart pun ikut dia travel. Masa travel banyak sangat dugaan sampai dia jumpa satu family perompak yang bawak diorang ke markas penjahat kat Orlando, kat situ diorang kenal Scarlet Overkill dan nak jadikan Scarlet tuan mereka. Scarlet ambik diorang jadi partner and bawak diorang balik ke London, then dia bagi tugas curi mahkota Ratu England. Masa minion nak curi mahkota tu banyak la benda kelakar diorang buat... well kalo nak tau lebih lanjut, korang pergilah tengok kat mana-mana Gsc or mana-mana wayang terdekat. Untuk peminat Minion, cerita ni memang best huhu till then xoxo

Thursday 18 June 2015

Ramadhan 2015

Asslamualaikum & Hye
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan merasai bulan Ramadhan untuk tahun ini, syukur. Tahun ni 1Ramadhan jatuh pada hari Khamis, oleh kerana Selangor tak ambil cuti sempena 1 Ramadhan so kena bekerja seperti biasa T.T  seperti tahun lepas, tahun ni Bos saya bagi balik sejam lebih awal, so kami semua dibenarkan balik pukul 5 petang sepanjang Ramadhan, Syukur boleh balik awal dan masak untuk berbuka. Menu berbuka semalam, simple je saya buat Mee Sup, tapi gambar lupe nak snap huhu.Menu sahur hari ke dua pun simple jugak, taugeh goreng dan Ayam kicap. Oh lupe nak mention, Sahur hari pertama puasa saya terlewat bangun ade setengah jam je lagi nak abis waktu sahur, so ape lagi sempat goreng telur jelah huhu. Alhamdulillah hari ke dua puasa belum jejak lagi bazar Ramadhan, azam tahun ni nak masak sepanjang bulan Ramadhan, harap dipermudahkan amin.....

Wednesday 20 May 2015

Post Saiko 2015

Assalamualaikum & hye,
Diam tak diam, dah nak habis dah bulan Mei tinggal seminggu lebih je. Lepas tu dah nak masuk bulan Ramadhan, sekejap je masa berlalu kan... rasanya baru je raya. eh, dah nak raya lagi huhu Well dah nak masuk bulan puasa ni kan, maknanye hari raya pun semakin hampir.. errr aci tak kalau nak cite pasal persiapan raya? huhu. Anyway tahun ni sama je kot seperti tahun-tahun yang sudah, masih berdua. Hopefully tahun depan ada rezeki untuk beraya bertiga pulak dengan anak-anak huhu Amin.... Moga Allah perkenankan doa kami, Insyallah... 
Anyway this year dah decide dah, nak tema baju raya warna Mint Green ( currently favourite color now hoho ). Saya dah beli dua helai dress Poplook warna Mint green ( gile tamak kan sampai dua, errrr.... lalalala ) tapi Incik Husband punya baju raya belum beli lagi errrr... nampak tak mementingkan diri sendiri kat situ huhu Bukan tak nak beli, tapi tak sempat nak pergi beli kain tu T.T Haritu balik Segamat ade pergi Nagoya tapi dalam bebanyak kain kat situ, alahai susahnya nak cari kain yang matching dengan baju yang saya dah beli T.T sendu betul. So sampai sekarang tak beli lagi, aishhhh nasib baiklah dapat Mak Mertua Tailor so kalau lelambat beli kain pun, ade orang nak tolong jahitkan kalo tak memang beli ready made jelah,lelambat lagi sape suruh huhu.Emmm... yang lain-lain tu tak beli lagi, dah ade list panjang tapi belum beli pape lagi kecuali baju raya saya dan handbag hoho. Handbag tu sebab main kutu Handbag dengan sepupu, bayar RM35 je sebulan, sekarang tengah tunggu turn, maybe dapat awal bulan depan, insyallah. So da settle dua pekara, yang lain-lain tu maybe sebelum raya baru beli, until then xoxo

Thursday 14 May 2015

Furious 7

Assalamualaikum & hye
Lamenye tak update blog, da besawang lelabah dalam nih huhu; bebaru ni eh takdelah baru sangat dah basi kot baru nak update T.T anyway bebaru nih berkesempatan dapat tengok Furious 7, memang nak sesangat tengok Vin Diesel, iols memang suke Vin Diesel berlakon hokey, nak tengok Furious7 semata nak tengok Mr Dominic Toretto je lalalala... Anyway filem kali ni memang terbaik dan sangat best sebab banyak sangat action and adalah part yang sedih kat ending dia, masa Toretto dan Brian nak berpisah T.T iols nanges kejap


Paul Walker dalam kenangan....
Pada korang yang belum tengok lagi, sila lah tengok kalo kat GSC ke TGV ke kalau diorang masih tayangkan lagi la Filem ni, apa yang boleh saya cakap memang tak rugi duit korang beli tiket Doploh inggit tu tengok filem ni, anyway Till then xoxo

Monday 16 March 2015

Once You buy them, You couldn't Resist Yourself Anymore T.T

Assalam & hye
Yup, Once You buy them, you couldn't resist yourself  T.T itulah yang jadi kat saya sejak terjebak membeli dress kat ThePoplook. Seriously sejak beli satu terus jatuh cinta hoho. Tapi koleksi saya takdelah banyak sangat, beli sesikit. So recently I just Bought these

Ariana & Penny. Penny tu bila sampai cantik pulak warna dia, mood happy menggila. Lepas ni setahun takyah beli baju lagi errrr... sebelum ade GST kan wewewewewe..... T.T till then xoxo

Wednesday 11 March 2015

Recently Got and totally Happy ^ _ ^

Assalam & hye
Lately ni, memang suka sangat dress poplook. Saya ada sebut dalam entri sebelum ni. So memandangkan incik gaji dah keluar so mari menghabiskannya dengan membeli dress T.T
yang ni gambar pinjam dari google, lupe nak amek gambo dress tu T.T
 Brown kesukaanku.... =)
 Since tak pernah ada dress munge-munge so I bought one hihi nampak pale kan tapi bile sampai cantik warna dia, memang tak rugi beli, masa memula nak beli rasa alamak cam tak cantik je, tapi still beli jugak, bila dapat cantik sangat warna dia, so sangat puas hati =)



ok sekian untuk bulan ni, next month nak beli Jezel pulak winkwinkwink...... aish.... sebenarnya ada target untuk beli something before raya, nanti dah dapat saya shared, till then xoxo

Tuesday 3 March 2015

Saya gila warna Mint Green T.T

Assalamualaikum & hye,
Lately nih, suka sesangat warna mint green, aci tak kalo nak cakap nak baju raya tahun ni  warna mint green muahahahaha cepat bebeno nak pikir ghaye, puasa pon tak ganti lagi aishhhhh T.T



hohoho cantik kan..kann...kan...???? actually dah beli dah baju ghaye hahaha giler awal kan, tapi orang tua selalu cakap, sediakan payung sebelum hujan means sediakan baju raya sebelum raya eh.....

Sunday 22 February 2015

Orang dah lama kumpul, kita baru nak mula T.T

Assalamualaikum & hye
Rasenye dah lama sangat takde up apa-apa entri baru dalam blog ni, dah naik bersawang dah... errr.... sebenarnya tersangat-sangat bz sampai takde masa nak up entri baru, so hanya BW je pepagi sebelum mula kerja. Tetiba arini gatal tangan nak cerita pasal iols dah jatuh cinta dengan baju-baju kat Thepoplook especially kat dress-dress dia yang cun melecun hoho. Sebelum ni memang ada beli sikit-sikit dress TPL tak banyak ada dalam sepuluh helai kalau tak silap T.T baru nak start mengumpul tapi bebaru ni bila dah selalu pakai rasa macam "eh! best pulak pakai dress ni" hoho so start dari haritu dah jadi TPL Collector huhu.

Recently got huhu, Penny Black & white polkadot. Banyak-banyak dress TPL saya paling suka Penny walaupun dah lama, tapi suka sangat pakai sebab selesa. Hari ni dapat lagi satu parcel, incik poslaju baru hantar, saya beli satu je dress penny black & pink polkadot tapi kakak yang jual tu bagi free blouse Martina warna Beige huhu, seronok tak terkata okeh. Rezeki saya nampaknya

Tak sabar nak tunggu hujung bulan, ada banyak lagi TPL nak grab hoho, till then xoxo

Monday 12 January 2015

Bukan Rezeki Kami Nampaknye :'(

Assalamualaikum & hye
Kita mampu merancang, tapi Allah S.W.T yang menentukan. Hari ni dapat berita sedih. Saya keguguran, mungkin bukan rezeki saya. Last month saya lewat period 4 hari saya check UPT dapat keputusan Positive. Dua kali saya buat, keputusan masih positive Alhamdulillah. Tapi...... malam tu bleeding, so saya ingat saya just period, mungkin ujian UPT saya tu silap, so saya buat tak tahu jer, tapi lepas seminggu abis period, Officemate suruh saya buat ujian UPT semula, sekali lagi saya buat sebab badan rasa tak sedap,
keputusannye:


 mood happy sangat sebab ingat saya mungkin pregnant dan mungkin Allah dah makbulkan doa saya. So harini saya pergi Klinik nak check sekali lagi. Doktor check UPT tapi Negative dan Doktor scan jugak nak tengok still ade lagi ke tak, so masa dia scan dia cakap rahim mengembang menunjukkan tanda pregnant tapi dah kosong, mungkin keguguran masa bleeding yang saya sangkakan period haritu. Dia cakap kalau saya pergi Klinik masa first day bleeding tu mungkin boleh diselamatkan. Saya tak tahu yang saya betul-betul Pregnant masa tu, so saya ingat saya silap dan mungkin saya period, sayangnya. Bukan senang nak pregnant hmmm... Doktor cakap ujian UPT positive selepas bleeding tu sebab hormon HCG masih ada dalam badan tetapi semakin menurun sebab saya dah keguguran. Sedihnya hanya tuhan saja yang tahu T.T Tapi takpe lah saya fikir positive je, at least saya tahu saya dan Husband takde masalah untuk dapatkan zuriat masa akan datang, kena usaha lagi, Insyallah. Doktor cakap Rahim saya takde masalah Insyallah boleh pregnant semula, cuma mungkin lemah sikit. So akan datang kalau ujian positive doktor sarankan saya cepat-cepat pergi Klinik, Doktor akan beri ubat untuk kuatkan rahim. Hopefully lepas ni ade rezeki untuk mengandung lagi,Amin... rasanya perlu tak saya berpantang sebab masa saya gugur tu baru 3-4 weeks? Korang doa kan ye semoga lepas ni saya pregnant lagi dan hopefully tak jadi lagi macam ni, amin.....



* Penantian Dua Tahun Tiga Bulan Tiga Minggu & Dua Hari.....