Tuesday 28 May 2013

Rombak

Salam & Hye,
First of all, kepada yang baru singgah ke blog ni. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi baca Blog saya ni. Saya ni masih baru dalam dunia Blog. Mungkin penulisan saya ni tak berapa bagus sangat. Tapi saya akan belajar dan cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa.Anyway, blog saya ni lebih menjurus kepada Home Organizing aka Kitchen Organizing. Saya perasan kebanyakan Entri yang saya tulis berkenaan dapur.Ye, banyak-banyak ruang dalam rumah saya. Saya paling sukakan dapur. Dapur adalah buah hati saya dalam rumah, sebab kebanyakkan masa di rumah. Saya habiskan masa kat dapur untuk memasak. Saya takdelah pakar sangat memasak, tapi bolehlah nak isi perut kami Suami Isteri. Saya sukakan sesuatu yang cantik! Jadi dapur saya haruslah cantik ( pada pandangan sayalah) supaya saya rasa selesa untuk melakukan kerja-kerja memasak dan lain-lain. Bagi yang suka menyusun atur rumah macam saya, bolehlah kongsi pengalaman anda dengan saya. Boleh saya buat rujukan di masa akan datang, Insyallah. 
Anyway berbalik kepada topik asal, bagi saya kerja mengemas dan menyusun atur rumah ni takkan habis. Never ending circle. Setiap hari proses yang sama akan berulang semula. Baru-baru ni saya ada banyak masa lapang kat rumah. Tak ada apa nak buat. Shahrul buat kerja part time. So saya tinggal sorang-sorang kat rumah. Saya bila duduk sorang-sorang mulalah ke dapur. Bukan Memasak ye tapi buat make over untuk dapur hehe. Saya perasan koleksi Cupcake saya mula bertambah sejak akhir-akhir ni.(Proud of myself!) Yang ni Cakap dalam hati, tak mo Shahrul dengar hehe. Susun atur kat dapur saya tu dah cukup elok, saya rasa. Cuma saya agak bosan dengan kedudukannya.So saya pun ubah.








Ni gambar keseluruhan dapur saya buat masa sekarang. Nampak tak perbezaanya. Penyedut bau tu dah takde. Shahrul dengan baik hati alihkan benda tu dari dapur saya. ( Yeayyyy.. suke!)
Langsir Cupcake yang atas tu pun saya baru je pasang. Saya memang berkenan dengan langsir tu. Syukurlah tingkap saya tu kecil. So beli semeter pun da cukup dah. Anyway takde berubah sangat pun. Saya cuma alihkan kedudukan cupcake saya tu je dan letakkan alas baru kat atas Oven dan Microwave. Kat sini saya selitkan beberapa gambar.


 Saya masih kekalkan tema warna kat semua ruangan dapur kecik saya tu. Kat sini saya gantikan alas yang lama. Recycle lebihan kain masa buat Iron Board jer. Tema warna Kuning kat sini. Saya tambah 2 Cupcake Polkadot warna kuning kat group ni.  

Ingat tak, dulu daya letakkan Black Board kat rak ni? Sekarang saya letakkan sesuatu yang baru kat situ. Saya beli Tray tu kat kedai Romantika. Murah je, dalam RM15 kalau tak silap saya. Suka sebab view dia warna hijau, kena dengan tema kat ruangan ni. Team hijau ni pun dah bertambah ahli. Saya beli 2 Cupcake Polkadot Hijau, nak letak kat kiri kanan Gingerbread house tu.
 Cupcake Polkadot yang lain saya letakkan atas Oven dengan Black Board.Cupcake kecil-kecil tu ada empat sebenarnya. Tapi makcik saya tak sengaja pecahkan masa bersihkan dapur gas kat sebelah oven nih huhu T.T 
 Kat rak ni, saya susunkan semua cupcake berwarna biru & tak lupa Gingerbread house kecil tu. Hari tu ada nampak banyak Gingerbread house ni kat Daiso. Tapi terlupa nak beli, nanti kalau pergi lagi. Saya nak beli lah  :) 
Ruangan ni, emmmm... boleh katakan, bercampur-campur. Macam-macam warna ada :)


Cuma kawasan ni je yang saya  tak ubah. Masih kekalkan warna Pink. 
Ok, sekian dulu. Kalau ada perubahan nanti, Saya akan buat Entri baru.. Till then.. xoxo  :)

Tuesday 14 May 2013

Organizing Spice Jar & Utensil Project

Salam & hye,
Ruang memasak saya kecil je. Saya letakkan dapur gas atas meja empat segi yang Shahrul beli masa bujang. Saya lebih suka letakkan dapur gas kat kabinet dapur gas. Tapi buat masa ni, ini je yang ada. So saya gunakan aje dulu apa yang ada. Nanti kalau ada rezeki lebih sikit baru saya beli Kabinet dapur gas yang lebih sesuai. Mari kita cuci mata dengan gambar kat bawah ni.


Ini ruang memasak. Saya suka letak spice jar dan utensil kat satu tempat sebab senang saya nak capai masa memasak.Saya google beberapa gambar cara menyusun atur spice jar dan Utensil dengan jayanya!

Kalau gunakan lazy susan Ikea macam gambar ni pun ok jugak.
Tapi saya lebih suka letak dalam bakul macam gambar kat atas ni. Lebih jimat ruang berbanding Lazy Susan dan nampak lebih kemas. Inspirasi dari gambar-gambar di atas ni.Suka susunan macam ni, nampak kemas dan menarik. Mengambil pendekatan yang sama.Saya terapkan idea ini di ruang memasak.
Saya gunakan bakul, yang dahulunya digunakan masa hari pertunangan saya. Recycle je. Saya letak botol minyak masak ( saya beli kat Daiso botol ni), Black Pepper Grinder, white pepper, bekas sudu dan bekas Garam, Gula Dan Ajinamoto. Baru-baru ni, saya dapat idea lain. Saya dah gantikan bekas garam ala-ala Inggeris tu kepada bekas Cupcake macam kat bawah ni. Lebih jimat Space berbanding bekas yang lama ni.



Rupa baru untuk ruang Utensil & Spice Jar. Mood: suke..sebab semua dah mengikut tema Cupcake. Tapi bila diperhatikan lama-lama rasa macam tak cantik pulak bakul tu kan?? Emm.. kena beli yang lain ni. Bakul kat dalam gambar tadi, nampak cantik :) hehe nanti saya survey kat mana ada jual bakul camtu.

Dining Room Transform!

Salam & Hye,
Sebelum ni, saya ada sebut tentang projek Meja Makan. Saya selalu rasa kawasan meja makan saya tu suram sikit. Ingat nak Dekor sikit bagi ceria. So saya mulakan dengan membeli alas meja yang baru. Semalam masa saya cari kain untuk gantikan kain lama di Iron board yang koyak, saya sempat sambar kain corak Aiskrim yang comel. Saya cadang nak letak kat meja makan. Saya beli semeter je kain tu. Ni saya selitkan gambar sebelum dan selepas transform hehe.

Sebelum

.............
.............
............
.....
.....
..
Selepas 

Nampak ceria sikit. Tapi sayang pulak, sebab beli semeter je, kat tepi tu dapat sikit je. Nanti nak cari plastik untuk cover alas meja ni. Mak saya selalu buat macam tu kalau nak elak, alas mejanya kotor. Rasanya ada kat kedai-kedai jual Kain pasang atau kain langsir. Nanti saya survey :) 1 projek da selesai, akan cuba projek seterusnya pulak... yeayyy aja..aja.. fighty!!!!

Monday 13 May 2013

Change!



Salam & Hye,
Oleh kerana semalam saya mc sebab tak berapa sihat, Pagi ni saya terbangun lewat.So apalagi kelam kabut lah kami Suami Isteri. Kebiasaanya setiap minggu saya akan luangkan masa setengah jam untuk Iron semua baju kerja untuk seminggu kecuali kain tudung. Biasanya saya akan gosok tudung pagi sebelum pergi kerja.Akibat terkocoh-kocoh nak bersiap, mandi dan nak gosok tudung. Maka Terjadilah satu tragedi! Mungkin sebab saya nak cepat dan buka suhu tinggi sampai kain Iron board saya terkoyak,  Nasib baik kain Iron Board yang koyak dan bukan tudung.
 Dengan keadaan kat atas ni, maka ada alasan untuk shopping kain! Saya beli kain English Cotton untuk gantikan kain lama tu. Saya beli kat kedai kain belakang Office saya ni, murah je RM20/meter. Saya pilih corak Teapot.
 Memang takde kena mengena dengan Iron pun. Tapi corak ni je saya rasa cute. Ada corak lain, tapi tak cukup setengah meter. Balik kerja saya minta pertolongan Shahrul untuk gantikan kain ni, sebab berbanding saya. Dia lebih teliti hal-hal macam ni. Di sini saya kongsikan gambar proses menggantikan kain papan Iron saya tu.


In Progress
 .....................
..................
..................
...................
..................
...............
.................
............
Taraa... siap jugak akhirnya. 


Tapi lepas siap tu baru perasan terbalik! hmmm frust T.T nak bukak balik takut koyak pulak.So saya tutup je mata dan terpaksa alihkan Iron Board tu kat tepi tingkap. Masa kat kedai tu, saya sempat sambar corak Aiskrim ni. Cadangnya nak jadikan alas meja makan.Corak ni aje yang ada, corak cupcake kakak tu tak jual pulak... T.T sekali lagi  frust! hehe


Wednesday 8 May 2013

Baking Stuff: Measuring CupS


Salam & Hye,
Semalam saya saja-saja buat Tart Telur,Officemate bg crustnya. So saya tinggal bakar dan buat fillingnya saja. Sementara tunggu kulit tart tu masak, saya ambik kesempatan,mengemas bahagian Barangan  Bakeri Saya tu. Susun atur dan tengok mana-mana bahan Bakeri yang dah nak abis dan perlu di beli. Tengah-tengah kemas, baru saya perasan saya kekurangan satu barangan Bakeri iaitu Cawan Penyukat atau dalam Bahasa Inggerisnya, Measuring Cups. Bila difikirkan, Penting gak benda tu untuk aktiviti membaking ni hehe. Hari tu masa ke Mr. DIY saya ada jumpa measing cups ni, tapi jenis logam dan harganya agak mahal la, bagi saya. Saya kurang suka yang logam ni, sangat Old School & tak cute hehe. Then, Saya google beberapa gambar Measuring Cups yang comel macam kat bawah ni:






Measuring Cups From Nigella Lawson

Hajat di hati nak cari something yang cute macam ni. Tapi saya rasa kat Malaysia tak ada kot measuring Cups macam ni :( Mungkin saya akan cari yang biasa-biasa je macam ni kat Daiso.