Monday 30 May 2016

Pantry Room Update ( Part 2 )

Assalam & hye
Entry sebelum ni saya ada cakap nak tambah item sikit kat pantry saya. Meh kita tinjau apa yang saya tambah.
 Pandangan dari pintu masuk. Kat pintu ni kita dah boleh nampak keseluruhan open pantry ni.
 Rak Spices tu rasanya akan diubah semula, tengah cari idea macam mana nak susun bagi cantik.
Item yang saya nak tambah tu, adalah buku resipi je huhu.
 My Favourite space =)
 Berguna jugak idea nak letak Samla Box ni, semua boleh sumbat dalam ni muahahahaha.
Till then xoxo

Thursday 26 May 2016

Pantry Room Update ( Part 1 )

Assalam & hye,
Entry sebelum ni, saya ada cerita pasal ruang pantry kat rumah saya. Saya ada buat penambah baikkan dalam ruang tersebut. Seperti yang sedia maklum, dapur kat rumah saya tu kecil je ruangnya. Hanya muat-muat untuk KC dan ruang memasak. Jadi untuk ruang dobi dan pantry saya tempatkan mereka dalam satu bilik kecil di dapur. Ruang tersebut saya gunakan sebaiknya, ruang sebelah kanan untuk pantry dan ruang kiri bilik untuk dobi. Ruang dobi saya dah buat penambah baikkan, kini ruang tu berubah 100% dari yang asal. Hati berbunga-bunga tiap kali basuh baju huhu. So now nak buat ruang pantry pulak. Meh kita tinjau rupa pantry lama saya.


Saya gunakan perabot yang sedia ada je sebelum ni, Kabinet ni kabinet buku asalnya. Saya gunakan kabinet ni hampir tiga tahun. Rak ni masih elok lagi sebenarnya tapi dah rasa bosan sangat. Lastly saya decided yang saya nakkan perubahan, nak yang fresh dan cantik. Barulah ada semangat nak masak sedap-sedap huhu. So saya google beberapa idea yang menarik untuk ruang pantry. Tapi untuk permulaan, saya kena jual dua kabinet ni dulu dan kemudian saya ke IKEA untuk beli rak yang sesuai untuk pantry.
Saya mahukan konsep open pantry. So saya ke Ikea dan beli dua rak Albert dan satu rak Laiva. Rak Laiva tu rak buku sebenarnya, tapi saya transform untuk letak barang pantry. Selain itu, saya ada beli  beberapa lagi barang untuk decor huhu. Decor tu harus ye lalalala.
Balik je dari IKea terus punggah semua barang dan susun-susun kat panty. So hasilnya.

Taraaa... simple je. Untuk rak pertama dari kiri, ruang paling atas dalam kotak biru tu saya simpan ubat-ubatan. Rak ke dua tu saya simpan segala rempah ratus, rak ke tiga saya simpan spagetti, makaroni dll. Untuk rak kedua tu saya letak pasu untuk deko huhu, tingkat ke dua saya plan nak letak buku resipi, rak ke tiga segala instant drinks, tea dll. Ruang ke empat tu saya simpan snack dan biskut dan yang paling bawah tu saya simpan stok bawang, bawang putih, kentang dll. Untuk rak yang last atas sekali tu kotak ubat-ubatan ( saya asingkan untuk pelbagai sakit demam, gastrik, selsema dll ) Tingkat ke dua saya simpan segala stok bihun, magie dll dalam Samla Box. Rak ke tiga saya simpan segala barang toiletries dan yang paling last adalah segala sos, makanan dalam tin, kicap dll saya simpan dalam bekas tu huhu. Taknak pakai bakul dah sebab serabut sangat saya rasa dengan ketinggian botol yang tak sama. Tak nampak kemas huhu. So beli je samla box yang besar dan masukkan segala benda dalam tu. Ohhh saya ada beli obeservator nak letak kat rak tu, plan nak simpan roti nanti kat situ, tapi sebab tak beli stok roti saya simpan air mineral dalam cup tu dulu.
 Sebenarnya ada lagi beberapa item nak tambah. Nanti saya akan update kemudian ye. Hopefully dapat siapkan sebelum puasa, Insyallah. Till then xoxo.

Thursday 12 May 2016

Pantry Idea

Assalam & hye
Sekarang tengah eksited nak decor pantry. Dah ada plan, tapi still gatal google-google lagi idea pantry. Banyak idea yang menarik, tengah fikir mana yang sesuai untuk pantry kat rumah tu.






Sunday 8 May 2016

Console Table Part II

Assalam & hye...
Seperti dijanjikan, sebelum ni saya ada shared pasal console table. Ada beberapa item nak tambah atas meja tu sebab nampak kosong sangat. So sabtu lepas sempat ke Ikea, saya beli lampu meja dan lilin lain untuk console table tu.



Saya beli lampu meja warna gold sebab rasanya color dia nampak naik sikit dengan putih. Ada je color Silver tapi saya lebih berkenan dengan warna gold. Lepas tu tambah lilin warna oren tu. Perlu ke tambah item lain???


P/s Saya dah organized semula ruang pantry, masih dalam proses decor. Nanti dah siap saya shared. Till then xoxo

Thursday 5 May 2016

Console Table

Assalam & hye...
Entry sebelum ni saya ada cakap pasal console table. Teringin sangat nak console table warna putih. Selama tiga tahun kami pindah sini, kami gunakan meja coklat ni yang asalnya meja tv.

Lupa nak ambik gambar close up, cari gambar dalam phone terjumpa gambar ni aje. Meja ni pattern lama dan sebelum ni kepunyaan akak ipar. Masa nak pindah dulu dia beri kepada kami sebab tak cukup ruang nak simpan katanya. Meja ni betul-betul menghadap pintu masuk, bukak pintu je kita akan nampak meja tu dulu. Macam saya cakap awal-awal tadi saya teringin sangat nak meja console color putih, so Isnin lepas cuti hari buruh, Shahrul bawa saya ke Bangi. Ada satu shop lot yang jual perabot bersebelahan Hentian Kajang. So kami survey console table. Saya berkenan satu console table yang simple, harga berpatutan dan yang penting warna putih. Masa kami nak beli tu, stock takde, so kami kena tunggu hari sabtu katanya. Tapi semalam hari Khamis, tergerak hati nak call kedai tu tanya console table yang kami nak tu dah ada stock ke belum. Then seller tu cakap dah ada dan boleh ambil hari tu jugak. So apa lagi, saya excited sangat ajak Shahrul pergi ambik meja tu lepas balik dari keja. Kami gerak lepas Magrib, lepas ambil meja tu masing-masing eksited. Sampai je rumah Shahrul tolong saya pasangkan. So bila laki siap pasang je meja tu. bini eksited nak hias dh wuwuuwuwuw.


Tadaaaa.. All white, kesukaan sangat. Tapi sebenarnya tak siap lagi ni, ada benda lagi nak tambah. Insyallah, nanti bila dah siap saya akan shared kat sini. Till then xoxo

Monday 2 May 2016

Organizing Things

Assalam & hye
Untuk bulan ni saya ada buat beberapa perubahan dalam rumah saya. Meh kita tinjau Sebelum dan Selepas Transformasi cewaaahhhh
Before
After

Before

After


Before

After


Before & After


LaundrY RooM ParT II

Assalam & Hye
Entry sebelum ni saya ada cerit apasal Laundry room make over. Dah settle dah buat, tapi nak touch up sikit, mula-mula saya buat decor macam ni.
Pokok keladi yang mula-mula saya letak tu saya dah alihkan, dah pulang semula pada Shahrul. So sebagai ganti saya ke Romantika cari Pokok pelesu letak dalam pasu Ikea tu. Atas rak tu saya letak sabun serbuk je, pastu rasa macam ada yang kurang je, tak kena pada mata saya. So hari Ahad lepas, kawan saya ajak keluar ke Mines, sempat singgah Daiso dan beli barang sikit untuk decor. Plan asal nak cari wire basket je nak letak kat rak tu, tapi saya jumpa barang lain yang saya rasa lebih sesuai untuk decor.
Ni antara barang-barang yang saya beli. Bekas Plastik Daiso, wire basket, scoop comel dan chalkboard signage. Balik rumah, tak sabar-sabar terus decor bekas tu dan isi sabun serbuk laju-laju so hasilnya.........
Saya rasa lebih better dari gambar mula-mula tu, bekas tu pun agak praktikal daripada bekas kaca sebab ada penutup yang boleh bukak dan tutup kat atas tu.






Keseluruhan ruang dobi saya. Rasanya cukup setakat ni dulu untuk ruang dobi. Till then xoxo.


Psst: Saya dah beli Console table baru, nanti saya shared cara saya decor. Okbai