Friday 30 December 2016

Susun atur periuk belanga

Assalam &  hye
Dah lama sangat tak share pasal susun atur. Sebenarnya nak cerita cara saya susun periuk belanga.  Orang kata kalau takde build in kitchen cabinets tak boleh nk susun cantik-cantik.  Pendapat tu salah ya sama sekali.  Bagi saya takde build in kitchen cabinets pun takpe,  masih boleh susun cantik-cantik dan kemas.  Sebenarnya kitalah yang kena creative sikit dalam menyusun atur.  Kalau periuk belanga bersepah,  mata kita jugak yang sakitkan huhu. Cara saya susun simple je, masih mencari cara susun yang lebih kemas,  meh kita tinjau sikit cara saya susun periuk belanga.

yang ni Sebenarnya baru lagi saya susun,  dulu saya susun segala periuk belanga dalam almari dapur gas dayang senandung hihi.  Nama tu semperna dia sorang je malap dari perabot lain dalam dapur ni. Ruang almari dapur gas tu tak luas pun, tapi saya ada tok nenek periuk, kuali dan kuali pan yang nak kena susun bagi muat dalam tu.  So memerlukan kreativiti haha. Tapi Alhamdulillah saya berjaya memadatkan lemari dapur gas tu sepadat yang boleh. Oleh kerana ada rezeki lebih sikit,  ada projek baru untuk dapur ni.  Saya beli sesuatu yang dah lama jadi idaman hati.  Insyallah nanti saya shared.  Tak sabar rasanya.  Oleh kerana lemari dapur gas tu saya tamatkan perkhidmatannya,  saya kena cari alternative lain untuk simpan segala tok nenek kuali periuk sudip semua tu.  Disebabkan ruang yang sangat terhad,  maka terpaksa lah saya korbankan bakery cabinets saya T. T...  Tapi takpe demimu idaman hati,  aku turutka...  ceh drama lebey haha Anyway oleh kerana last minute plan jadi kita sumbat je dulu.  Nanti kita fikir macam mana nak lagi kemas susun atur ni. Until next time xoxo 

Tuesday 20 December 2016

Living Room Tour ( Part 2 )

Assalam & Hye
Entri sebelum ni saya ada cerita sikit pasal deko kat ruang tamu saya (sini)  Saya ada cakap nak tambah beberapa item untuk ruang tu.  
Memandangkan ada rezeki lebih, minggu lepas saya ke Ikea dan beli side table untuk padankan dengan sofa yang saya beli sebelum ni. Selain tu, saya beli juga beberapa item lain untuk deko atas side table dan coffee table tu. Coffee table tu macam kosong sangat, ingat nak tambah tray atas tu. Saya suka idea letak tray atas meja. Saya banyak survey gambar kat pinterest dan rasa menarik sangat idea tu.




 Saya tambah satu tray dan beberapa candle holder warna emas. Nampak naik sikit ruangan ni.


Side table tu saya deko ringkas je memandangkan ruangnya pun kecil. Jadi guna tray kecil pun dah cukup. Untuk ruang menonton kami pisahkan dengan partition ni. Kami letak satu sofa dan Insyallah nak beli satu lagi side table nanti. Tengah survey side table apa yang sesuai. Saya nak side table kecil je nak letak sebelah sofa tu.
Till then xoxo

Sunday 4 December 2016

Living Room Tour

Assalam & Hye
Baru-baru ni saya ada buat perubahan sikit di Ruang tamu rumah saya. Sebenarnya belum siap sepenuhnya. Masih ada barang yang nak tambah, tetapi memandang kan kekangan kewangan ( orang makan gaji T.T ) kena tunggu time gaji akan datang baru boleh beli huhu. Tapi still excited nak buat tour =_= huhu meh kita tinjau





Partition ni Shahrul beli untuk pisahkan ruang tamu dengan ruang menonton. Ruang menonton tu kosong buat masa ni. Insyallah akan beli kerusi untuk ruang menonton, tunggu gaji masuk T.T


Suka sangat sebab banyak perabot putih kat sini. Misi seterusnya nak cari side table dan cushion baru untuk kerusi-kerusi nih . Till then xoxo