Laundry Room atau Ruang Dobi
Betul kata Xora rumahkamisyurgakami. Siapa nak heran dengan ruang Dobi di rumah orang Melayu????Tidak kisahlah siapa yang nak ambil tahu atau tidak. Tapi saya nak sentuh sedikit tentang bab ni. Bukan semua orang suka buat aktiviti dobi ni. Tapi masih ada cara untuk buat kita rasa seronok dan rasa tak terbeban dengan tugas Dobi.
Selepas mendirikan rumah tangga, saya dan Shahrul pindah ke rumah baru. Seperti kelaziman, bila masuk rumah baru, segala-galanya baru dan kosong. Bila tiba masanya kami membeli mesin basuh. Kami survey di beberapa kedai, sekadar untuk perbandingan harga dan untuk ambil sedikit ilmu tentang mesin basuh. Mana yang lebih baik dan tahan lama. Akhirnya kami ambil keputusan beli mesin basuh jenama Toshiba 6.5Kg. Kami beli di Onking Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Kedai ni pun, Officemate yang kenalkan. Tulah untungnya kalau dapat ramai kawan-kawan yang dah berumah tangga. Sedikit sebanyak saya belajar daripada mereka tentang perkara-perkara dalam rumah tangga yang kadang-kala, saya masih kabur dan keliru. Anyway kembali pada topik utama, Seperti yang selalu saya cakap, Harga yang ditawarkan untuk mesin basuh tu agak berpatutan bagi pengantin baru macam kami ni :)
Image Google |
Saya memang nak beli mesin basuh Automatik. Antara alasannya adalah, bagi Isteri yang bekerja macam saya ni. Saya Tak banyak masa nak basuh baju dengan mesin basuh Semi-auto, yang perlu dibilas selepas dibasuh, kemudian kena masukkan pula kat tempat pengering. Agak leceh bagi saya. walaupun saya tahu mesin basuh Semi-Auto jauh lebih murah daripada mesin basuh Automatik. Tapi macam saya cakap sebelum ni, kerana kekangan waktu menyebabkan saya beli je mesin basuh Automatik. Sangat mudah
Step 1 : Masukkan je pakaian kotor
Step 2 : Isikan Sabun Pencuci Baju ( Saya pakai Dynamo Downy, sangat wangi & bersih )
Step 3: Picit-picit Butang & Tinggal je
Step 4: Biar mesin basuh tu selesai membasuh pakaian & sidai pakaian
Sangat mudah. :)
Bab Pertama : Jadual Membasuh
Saya menetapkan waktu membasuh pakaian ialah 2 kali seminggu. Malam Rabu dan Jumaat. Saya akan kumpulkan semua pakaian kotor dan basuh pada malam yang saya tetapkan untuk membasuh. Selepas segala-galanya siap, saya akan ampai pakaian tersebut di belakang rumah.
Bab Kedua : Ampaian
Oleh kerana kami tinggal di rumah teres, jadi di belakang rumah memang ada sedikit kawasan untuk buat aktiviti ampaian. Niat di hati nak beli ampaian macam ni:
Tetapi memandangkan kami ni menyewa jer, terpaksa lupakan hajat tu T.T Kami fikirkan altenatif lain selain amapaian tersebut. Maka dengan rasminya kami beli je ampaian macam ni
Ampaian ni memang murah dan banyak kekurangannya, sebab tak stabil sangat. Kadang-kadang kalau musim hujan dan berangin. Ampaian ni selalu terjatuh. Kalau masa tu tak ada pakain ok lagi. Tapi bila ada pakaian dan jatuh time hujan. Terpaksa la saya basuh balik pakaian saya tu. Hmmm tapi nak buat macam mana, buat masa ni, ini je yang kami mampu T.T
Bab keTiga :Deko-deko
Seperti kata Xora, Tak semua orang suka aktiviti membasuh. Tapi tetap ada cara untuk menjadikan aktiviti ni sesuatu yang tidak membebankan kita, dengan menggunakan --Dekorasi!
Saya suka tengok benda cantik. Jadi untuk menjadikan saya tak rasa rutin membasuh baju tu satu beban, saya deko ruang dobi saya ikut citarasa saya supaya saya senang berada di ruang dobi tu.
Saya sukakan idea bekas sabun seperti ini:
Saya aplikasikan idea ini pada ruang dobi di rumah saya.
Nampak simple je kan, Saya minta Shahrul letakkan rak di atas mesin basuh. Saya letak Sabun, Pelembut pakaian, sepit dan lain-lain untuk kemudahan membasuh saya. Rak tu saya beli di Ikea je, dalam RM15 je kalau tak silap saya. Frame kat belakang tu D.I.Y jer :)
Selain itu, untuk pakaian kotor, saya sediakan laundry bag yang saya beli di Ikea
Untuk memudahkan kerja mengasingkan pakaian. Saya beli 2 buah laundry bag di Ikea, harganya tak sampai RM10 pun. Saya sediakan satu untuk pakaian kerja dan satu lagi pakaian basahan kami berdua. Shahrul angguk-anguk je masa saya terangkan pada dia. Saya pun tak pasti sama ada dia paham ke tidak?? Tapi keesokkanya dia letakkan pakaian dia di tempat yang betul. Yeayyyy.. berjaya!!
Ok, sekian sahaja cerita saya untuk hari ni. Pada pembaca yang mungkin ada pengalaman sendiri untuk dikongsi, boleh kongsikan di ruang komen ya? Mana tahu, pengalaman kamu saya boleh saya gunakan untuk diri saya. :)
tak kena hujan ke kat mesin basuh tu?
ReplyDeletesgt tersusun...=))
ReplyDelete