Welcome to our happy and humble home! Feel free to leave your shoes at the door, and make yourself at home!
Salam Pengenalan :)
Saya percaya, setiap pasangan mahu mengakhiri hubungan hingga ke jinjang pelamin. Seperti saya dan Shahrul juga. Perkenalan 25 Disember 2005, sehingga kini, diakhiri dengan pertunangan 23 Julai 2011 dan perkahwinan 15 September 2012. Alhamdulillah..
Sebelum saya dan Shahrul berkahwin, kami dah cari rumah siap-siap. So selepas kahwin nanti, dah boleh duduk kat situ. Agak susah sebenarnya nak cari rumah sewa yang harganya berpatutan dengan bajet bulanan kami di Kajang ni. So jenuh jugalah kami mencari,kebanyakkanya langsung tak sesuai dengan kami. Akhirnya kakak ipar saya yang tolong kami dapatkan rumah sewa. ** Thank you to her. Di sini saya kongsikan gambar teratak, tempat kami menumpang teduh :)
Alhamdulillah, kami dapat menyewa rumah dua tingkat di sekitar Bandar Teknologi Kajang,dengan kadar sewa yang agak berpatutanlah buat kami yang baru kahwin ni. Alhamdulillah, walaupun sekadar menyewa, tapi saya happy sebab kami tinggal berdua, ada la privacy sikit :) Maklumlah orang baru kahwin kan, mestilah nak berdua-duaan dengan Suami.
Anyway, Saya mula tinggal di situ secara rasmi pada 18 September 2012. waktu blog ini ditulis, sudah genap 6 bulan perkahwinan kami, Alhamdulillah. Ini gambar kenangan sekitar majlis perkahwinan saya:
Masa mula-mula pindah rumah, banyak juga yang perlu dibuat. Daripada membasuh, membersihkan rumah, mengecat dan memindahkan barang.
Barang-barang kami, tidaklah banyak mana. Maklumlah orang bujang. Tetapi saya ni jenis beringat-ingat. Sebelum kawin, saya dah buat persiapan serba sedikit untuk rumah kami nanti. Selepas berkahwin dan Berpindah, Alhamdulillah, barang rumah kami hampir lengkap. Selain barang-barang yang saya beli, kami juga dapat hadiah kahwin daripada keluarga dan kawan-kawan. Akak Ipar saya pun banyak tolong, beri kami beberapa perabot dan peti sejuk, Alhamdulillah, rezeki kami.
Masa masuk rumah tu, kami hanya beli Kabinet dapur dan Mesin basuh sahaja. Barang-barang yang lain, sudah ada. Orang kata, ada je rezeki untuk orang berkahwin ni, nanti ada anak, rezekinya lain pulak. Amin....
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.