Salam & Hye
Rutin Memasak
Rutin harian saya setiap hari... keletang keletung kat dapur memasak...
Rutin memasak saya daripada hari Isnin hingga Jumaat adalah makan malam. Manakala Hari Sabtu dan Ahad pula makan tengah hari dan malam.Untuk hari-hari bekerja. Saya akan masak selepas pulang dari kerja. Bermula Jam 6.30 hinggalah selesai. Bergantung kepada menu apa yang saya pilih hari tu. Biasanya untuk hari bekerja, saya pilih menu ringkas yang tak susah untuk disediakan. Manakala hujung minggu pula, saya akan masak special sikit untuk suami. Sebagai seorang Isteri, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyediakan keperluan untuk suami. Kami pun masih baru mendirikan rumah tangga, banyak lagi yang perlu saya pelajari tentang selera Makan suami, bagaimana untuk mengimbangi selera makan kami berdua dan semestinya masih belajar memasak!
Kadang-kala saya mati akal juga nak fikir menu apa yang perlu saya masak. Jadi saya banyak google blog-blog masakan untuk rujukan atau untuk mencuba resipi yang baru. Selain itu kalau nak rasa masakan barat saya akan rujuk buku ini
Saya beli buku ni, di pesta buku Big bad wolf, Mines seri Kembangan. Buku ni agak bagus juga, sebab bahan-bahannya ringkas dan tidak lah susah nak sediakan. Tetapi saya takde lah cuba semua resipi, ada satu dua je yang saya buat setakat ni. Insyallah kalau ada masa lapang nanti. Saya akan cuba semua menu. :)
Pengstoran Barangan Mentah
Seperti yang saya tuliskan dalam post sebelum ini, saya suka membeli barang makanan mentah seperti Ayam, Ikan, Sayur-sayuran di Pasar Borong Selangor kerana harganya yang murah dan banyak pilihan. Kadang-kala kalau terputus bekalan, contoh kalau ayam dah habis. Saya akan beli je di kedai runcit berdekatan tempat kerja waktu pulang dari kerja. Selalunya jika saya beli Ayam, Ikan, Udang dan Sotong Saya akan siang dan bersihkan siap-siap. Barulah saya masukkan dalam bekas plastik dan di simpan dalam peti sejuk beku. Nanti bila nak masak, keluarkan saja. Untuk sayur-sayuran pula, saya akan beli sayur yang tahan lama seperti Brokoli, Lobak Merah, Kacang Buncis, Bunga Kobis dan Kobis.
satu perkara yang saya nak kongsi di sini. Sepanjang tinggal sebumbung dengan suami, mempunyai stok-stok bahan tertentu di dapur adalah sangat penting, terutama bila ada tetamu datang secara tiba-tiba. Mak saya selalu pesan, di rumah kena ada stok makanan tertentu,mana lah tahu. kalau ada tetamu yang datang secara tiba-tiba, sekurang-kurangnya kita tidaklah mati akal nak sediakan hidangan untuk mereka. Di sini saya kongsikan stok-stok bahan yang mesti ada dalam dapur saya, yang ni pun, saya belajar daripada blog diaterimanikahnya. Saya tambah sedikit senarai dalam ni.
1. Tepung gandum
2. Bihun - Tahan lebih lama daripada mee atau kuehteow
3. Pasta/ makaroni/ Spageti
4. Sos Prego
5. Sardin
6. Telur
7. Tauhu Kering dan Soon.
8. Kek atau Muffin (Kalau ada masa buat sendiri, kalau takde beli je )
9. Buah-buahan ( Yang ni kalau saya betul-betul takde masa nak sediakan apa-apa)
10. Sosej, Nugget atau Fries
11. Maggie Magic Meal
Yang ni sangat mudah. Saya memang ada beli, manalah tahu kan, ada tetamu datang tengah malam. Saya boleh masak nasi dan lauk dalam satu masa 2 in 1. Sangat menjimatkan masa dan mudah nak sediakan.
Setakat ini je yang saya ingat. Tetapi sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan rujukan :) Insyallah.
Sekian dulu, untuk kali ni. Kalau ada yang nak saya kongsikan di bawah tajuk My Cooking Routine ni, saya akan sambung nanti. till then..
x.o.x.o
xpernh rasa ur spegeti..yumyum...try la buat yunk....
ReplyDeletespageti blom try lg,sb x bape ske.. tp baked macaroni dh try dh hehe
ReplyDeleteNak try nanti eaa...n i mskkan u spegati ok dear...
Delete