Tuesday 22 October 2013

mug hunting!

Salam & hye,
Pagi ni lepas siap je aktiviti laundry, saya terus kemas-kemas atas kc. Lap permukaan kc dan sebagainya, tetiba tengok mug kat atas kc ni rasa macam bosan pulak huhu pastu mula lah dalam hati ni dah terfikir nak gantikan mug yang baru ( yang ni nak beli tanpa pengetahuan Shahrul, nanti dia bising huhu ) Sebelum ni, saya pakai mug bunga-bunga ni buat basahan, memang sejak mula kahwin lagi saya pakai mug camni.
Dulu saya nak buat tema english style untuk dapur, tu yang sibuk beli cawan, pinggan mangkuk sume kalo boleh nak corak bunga rose ni, tapi lepas dah beberapa bulan kawin, saya tukar dapur saya dengan tema cupcake, so semua menda  nak corak cupcake, lepas ni tak tahu nak tukar corak ape pulak hehe. Ok berbalik pada cerita tadi, rasa cam nak tukar mug tu, nak cari mug yang lain dan haruslah mug corak cupcake, saya dah survey beberapa page kat FB nak cari mug cupcake yang murah-murah je nak buat basahan dan terjumpa mug camni
memang comel, harga RM5/pcs. Bagi saya harganya berpatutan lah tapiiiii..... dapat tahu dari seorang kawan yang dah beli, mug ni tak tahan panas,buat display boleh lah. Errrr..... saya nak buat basahan, memang selalu buat air panas or air sejuk guna cawan basahan, tapi kalo tak tahan panas, rasanya tak berbaloi kot. Hmm.. maybe nanti kalau ada masa, nak cari kat Daiso atau Mydin je. Hopefully jumpa huhu till then xoxo

Tuesday 15 October 2013

Salam AidilDha


Salam & hye,
Salam Aidiladha kepada semua bloggers. Tahun ni, saya sambut Aidiladha berdua je dengan Shahrul, sebab kami tak balik kampung. Shahrul pun cuti sehari je, so kami decided raya kat Kajang je T.Tsob..sob.. Inilah first time saya raya berjauhan daripada Mak dan Ayah. Bila dengar takbir raya hati jadi sayu je. Bukannya tak boleh balik sorang. Akak ipar saya offer ikut dia balik kampung, Shahrul pun dah bagi keizinan kalau saya nak ikut akak ipar saya balik kampung raya dengan family saya. Tapi saya tak sampai hati nak biarkan Suami saya raya sorang-sorang kat Kajang, memang TAK lah kan huhu. Nasib baik family saya dan mertua faham, tapi bila Ayah ngan Mak tipon pagi raya rasa cam nak nangis huhu T.Tsob..sob. ( dah kawin pun nak manje-manje ngan mak lagi *pang* ) Saya memang manja dengan Mak Ayah, saya cuma dua beradik, kalau saya tak balik kampung, lebih-lebih lagi bila hari raya memang Mak dan Ayah rasa sunyi. Kalau saya tak sihat, Mak dengan Ayahlah yang paling risau, asyik call tanya keadaan saya. Besarnya kasih sayang Mak dan Ayah. Tetiba rasa rindu sangat dengan mereka, tapi tulah keadaan sekarang dah banyak berbeza berbanding masa saya bujang dulu, kewajipan saya sebagai Isteri wajib saya jalankan. Anyway takmo cite pasal tak balik raya lagi, nanti saya nangis T.T huhu. Walaupun raya berdua, persiapan raya haruslah ada, walaupun ala kadar je huhu. Malam raya baru sibuk laki bini cari lauk untuk masak juadah raya. Saya kurang sihat beberapa hari ni, demam tu yang tak sempat nak sediakan keperluan raya awal-awal. Buat kerja last minutes memang leceh, pergi Econsave Jalan Reko beli semua keperluan, semua bahan dapat dibeli kecuali Ayam. Ayam memang licin, maybe sebab raya kot semua orang beli Ayam huhu. Settle beli barang kat Econsave, berlari laki bini cari Ayam kat kedai runcit, pergi dua tiga kedai tapi semua Ayam dah habis. Saya cakap kat Shahrul kalo takde kedai jual Ayam, kita makan Drummet jelah pagi raya T.T sob..sob. Gigih Shahrul Drive sampai Kajang Utama dan Alhamdulillah rezeki kami, Kedai last kami pergi tu masih ada  Ayam, Syukur, dapatlah makan Ayam masak merah resipi Mak esok =) Memang dah fikir menu apa nak buat sebelum keluar beli barang. Balik rumah, saya buat kerja laju-laju. Bersihkan Ayam dan terus goreng. Sementara tunggu Ayam masak, saya kemas semua barang-barang yang dibeli tadi. Buat kerja sorang-sorang kena pantas, bila Ayam dah siap goreng, saya terus masak Ayam masak merah. Settle je masak Ayam saya terus rebus Ketupat mini, memang sengaja masak Ayam dulu, sebab ketupat mini tu ambik masa untuk masak. Saya memang nak masak ketupat dan Ayam masak merah tu awal-awal, esok pagi takdelah saya kelam kabut nak buat semuanya. Sementara tunggu ketupat saya siap masak, saya potong segala sayur mayur untuk buat kuah lodeh esok pagi dan sediakan bahan-bahan untuk buat kek coklat. Segalanya siap pukul 12.30 malam. Esoknya pagi-pagi lagi saya dah bangun, sebab nak sediakan dua juadah terakhir. Oleh kerana segala bahan-bahan saya dah siapkan awal-awal, pagi tu kerja saya berjalan lancar.Mula-mula masak kuah lodeh, bila dah siap masak. Saya terus cairkan coklat dan butter. Sementara tunggu coklat cair, pukul telur dan gula lelaju. Campo semua bahan-bahan. 10 minit lepas tu terus bakar dalam Oven. So inilah juadah kami pagi raya ni
 Menu: Ketupat mini, Kuah lodeh, Ayam masak merah dan Chocolate Cake. Saya masak simple-simple je, nak isi perut kitaorang berdua je pun huhu. Tunggu Shahrul balik dari Sembahyang raya dulu baru makan sesama. Setengah jam lepas tu, kerjakan menda nih pulak
..
...
...
...
...
......
..........
.......
..............
.......
..
...
....
......
.....
....
....
.....
.........
...
...
..
....
....
heavennya, makan coklat cake panas-panas dan hot chocolate huhu. So korang macam mana? mesti seronok dapat balik kampung halaman kan. Anyway selamat hari raya Aidiladha untuk korang semua. Till then xoxo

Monday 7 October 2013

Latest Cupcake Collection

Salam & hye,
Hujung minggu lepas, my BFF, Leha datang rumah. Nak jalan-jalan ngan buah hati katenye. Layan kan je huhu Lagipun lama dia tak datang rumah saya. Hari Sabtu kami tak keluar, Leha je keluar dengan tunangnya. Kami tak ikut, takmo kacau orang dating huhu.
Ahad tu kami plan nak mandi-mandi kat Sungai Tekala. Pagi tu, kami masak dulu kat rumah dan makan kat sana. Menu pagi tu, Bihun Goreng ( 4 orang makan ) yang ni Leha masak, saya pulak perap Ayam dan goreng je Ayam tu, tak sempat nak bakar dalam oven, tapi yang ni habis licin, Marvelous katenye haha. Selain tu, kami bawa makanan ringan dan Buah-buahan je dan dengan rasminya saya dah gunakan pinggan  Kalas Ikea yang saya beli dulu (tu pun nak cakap! Lempang lelaju ) sebelum ni tak pakai lagi sebab memang nak guna untuk pergi picnic huhu.
Next time, kalo pergi Ikea lagi  nak beli set cawan, sudu dan garfu pulak. Addicted ngan set nih pulak huhu. Anyway, kami sampai kat Tekala dalam pukul 11.30, ramai juga orang kat situ, maklumlah hari minggu kan. Kami mandi dan makan-makan kat situ, sampai pukul 2.30 petang. Dah puas berendam, kami terus balik. Tak sempat nak snap-snap picture sebab excited dah lama tak mandi air gunung, Seronok botingkek-tingkek huhu. Balik je rumah, saya terus basuh bekas Tupperware dan Tipuware yang kami bawak pergi picnic tu. Lepak-lepak jap,layan cite hindustan pastu siap-siap nak pergi Alamanda. Leha nak cari wallet untuk hantaran, so kami layankan je huhu. Sampai je Putrajaya terus cari tempat nak makan, sebab perut dah kebuluq dah, ingat nak makan kat Taman Warisan, ada stall yang jual Bihun sup yang sedap. Tapi kedai tu tutup pulak, dah dua kali pergi stall tu dah tak bukak. Tak tahu nak cari kat mana, nak pergi sup meletup kat Puchong jauh sangat T.T sob..sob..  Last-last makan kat food Court Alamanda. Saya makan Char kuey teow yang tak berapa nak best, tapi sebab lapar telan je la labu T.T sob..sob lagi huhu. Settle makan, Shahrul ajak saya jalan-jalan kat Aeon Big tu, tetibe! saya jumpa menda nih.............
.
..
...
....
.....
.......
........
.
..
...
....
......
.......
..............
.
..
...
....
......
......
...
.
...............
..
..
....
..
...........
...........
...

.
..
...
...
....
.......
....
...
...
...
...
...
...
.......
...
....
..
 Suspen je, ingatkan jumpa ape tadi * lempang lelaju* Saya terjumpa Tray ni kat tempat tray dan selak-selak kat tempat carpet, pastu jumpa carpet comel ni. Senyum sampai teliga huhu. Terus ngendeng kat Shahrul suruh beli kan, sebab bini dia tak keje T.T so terpaksalah dia layan kerenah bini dia ni huhu. Lepak kat Alamanda pun tak lama sangat, ingat nak tengok wayang citer ni
Saya dan Shahrul memang peminat cite katun ( walaupun dah boleh jadi mak bapak budak tapi still suka cite katon :p ) Tapi time ni, tak sempat nak tengok, maybe kena pergi next time. Tak sabar nak tengok Flint Lockwood dan Food ada mata yang cute-cute nih huhu. Till then xoxo

Friday 4 October 2013

Cute Kitchen Stuff

Salam & hye
Sesaje nak update beberapa gambar cute yang saya selongkar kat Google Image.


sangat melting hoho.. tu je nak shared sebenarnye huhu till then xoxo