Sunday 5 February 2017

Monday Blues



Assalam & Hye
Monday Blues.... Tengok gmbar dapur kasi semangat sikit mulakan kerja. Ada projek baru untuk tambah peralatan dapur. Idaman hati sangat-sangat. Harap dipermudahkan Aamin.... Till then xoxo

Wednesday 1 February 2017

Almari Sinki

Assalam & hye
Entri sebelum ni, saya ada cerita tentang projek terbaru berkaitan dengan sinki. Sebelum ni, sinki saya macam ni
Sinki standart, memang sejak pindah pakai sinki yang owner sediakan ni je. Tapi baru-baru ni ada tengok dekat group kaki decor. Ada seller jual kabinet sinki mudah alih, siap boleh pilih color lagi. So apa lagi lelaju pm tepi dia, kabinet ni boleh angkut sekali kalau kita nak pindah. Bab harga memang berbaloi sangat, saya terus booking. Tempoh masa dia buat ni 3-4 hari bekerja, oleh kerana masa saya order tu nak dekat raya cina so dia extend sikit sebab ada barang yang nak kena order tapi sebab raya cina kedai banyak tutup jadi terlambat sikit dari masa yang dijanjikan. Tapi still boleh consider la, sebab takdelah lama sangat menunggu. Free delivery area Kajang dan Bangi. Saya booking hari selasa, hari rabu depannya dia hantar ke rumah dan pasang terus.


Siap je, terus letak lennart kiri kanan. Nasib baik muat, ngam-ngam je



 Siap je terus susun barang-barang ni. Letak-letak je dulu, nanti kita cari cara susun yang lebih kemas.
 Kat sini, saya simpan semua mangkuk-mangkuk.

Keseluruhan dapur cenonet saya. Lepas ni harapnya lebih gigih nak memasak =)