Sunday 30 June 2013

Weekend,Family, Ikea & Genting Highlands

Salam & Hye,
Selamat berhujung minggu. Hujung minggu kami kali ni, sungguh meriah dengan kedatangan Mak dan Ayah saya. Mereka sampai di Kajang petang Jumaat. Mereka nak jemput adik saya sebenarnya. Adik saya dah habis study kat Limkokwing Universiti. So dah kena kemas barang-barang dan keluar dari Hostel.  Sekejap je masa berlalu. Sekejap je dah habis 3 tahun dia belajar kat sana. Rasa macam semalam je saya baru hantar dia ke sana. Anyway, dah alang-alang mereka ke sini. Kami ambik kesempatan bawa mereka jalan-jalan. Ayah dan Mak saya memang tak berapa suka sangat nak berjalan-jalan tak tentu hala. Kalau mereka ke rumah saya pun, datang tidur satu malam, esok pagi-pagi atau tengah hari dah nak balik Segamat dah. Tapi kali ni, saya berjaya pujuk mereka tidur lama sikit kat rumah saya. Hari Sabtu tu saya mintak cuti pun takpe, asalkan dapat bawak mereka jalan-jalan huhu. Kami shopping-shopping kat Ikea. Kami gerak dari Kajang dalam pukul 3.30 petang. Jalan masa tu agak jammed sebab orang ramai nak pergi tengok perlawanan bola, Kelantan vs JDT. Kami ambil masa yang lama jugak nak sampai ke Ikea. Dalam pukul 6 petang, baru sampai. Tapi...... saya tak banyak sangat ambil gambar masa kat sana, sebab orang agak ramai dan sibuk mencari barang untuk family saya.

sumber
Saya sempat tangkap 2 barang je. Pusing-pusing kat Kids Department nampak Pinggan Kalass ( betul ke ejaan ni? ) sangat menarik perhatian sebab colouful mcam pelangi dan rasanya memang ada cakap nak beli pinggan ni dulu. So sambar je satu set RM5.50. Set pinggan Kalass ni, saja nak beli untuk emm.. oh ya! senang kalau nak bawa pergi camping atau picnic. Memang sesuai sangat nak bawak pinggan macam ni. Lebih tahan lasak berbanding pinggan kaca.

Kemudian beli  Pan Ikea, harganya murah je RM9.50. Officemate saya kata walaupun pan ni murah tapi kualiti dia sangat bagus. Kalau goreng telur mata confirm takkan lekat. So saya grab aje, nak cuba. Kalau ok, nanti boleh beli lagi. Family saya pulak, shopping banyak benda. Jam, Rak putih, meja kopi, cermin dan macam-macam barang lagi. Seronok gamaknya shopping hehe. Selesai shopping kat Ikea kami terus ke Puchong. Ingat nak makan sup meletop. Sup meletop ni memang Famous kat Puchong. Tapi agaknya bukan rezeki kami, kedai tutup pulak. Maybe diorang ni pergi Bukit Jalil tengok bola ( mood: sedih sebab tak dapat makan sup meletop ) Husband saya terus suggest, pergi Taman Warisan kat Putrajaya. Saya pun setuju jer, sebab kat Taman Warisan pun ada Sup daging jugak.
sumber
Akhirnya dapat gak makan, walaupun bukan sup meletop huhu. Selesai makan-makan, kami balik rumah. Sampai kat rumah pukul 9.15 pm. Sempat tengok bola. Tapi sayang, JDT kalah lah pulak, takpe adat permainan ada yang menang dan kalah. Kalau kalah, tingkatkan lagi usaha dan jangan putus asa.
Mak ayah saya balik ke Segamat hari Ahad pukul 11 pagi. Mood sedih, rasa nak suruh diorang stay lama-lama. Tapi apakan daya. Mereka banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan. So tinggallah kami berdua kat rumah, golek-golek depan Tv tengok DVD terasa bosan pulak. So saya ajak Shahrul Jalan-jalan. Kebetulan cuaca hari Ahad tu panas sangat. So kami decided nak pergi tempat sejuk sikit. Mana lagi kalau bukan Genting Highlands, tempat paling dekat dengan KL. Nak pergi Cameron memang tak tercapai dek akal la hehe. So kami siap-siap dan gerak ke Genting pukul 3.30. Mulanya nak naik Sky Way je, dah siap-siap parking. Nak beli tiket Cable Car, kaunter pulak tutup. Sekali naik atas, tengok ramai orang beratur nak naik Cable Car. Shahrul terus cakap, naik kereta jelah. Kalau tunggu kat sini memang lepas Maghrib la baru lepas naik ke atas. Memang terlalu ramai, saya surrender takmo beratur panjang. Akhirnya kami naik guna kereta jer, sampai kat atas dalam pukul 5.00 pm. Siap-siap parking, terus jalan kaki ke dalam bangunan.
Tengok Live show, omputih buat magic.  Lepak kat situ dalam 5 minit, terus cari Marrybrown sebab dah kelaparan hehe. Kami order 2 set  Nasi Ayam Marrybrown berharga RM30.75. Saya tak pasti kalau kat bawah harganya macam ni ke tak? sebab kami jarang makan Marrybrown. Tapi sebab Shahrul request nak makan Marrybrown so saya follow jer.
Selesai makan, saya request nak naik Flying Coaster. Lama sangat tak naik Roller Coaster, rasa teringin pulak. Tapi Shahrul macam berat hati je nak ikut saya naik Flying Coaster tu.
Kami malas nak masuk Outdoor Theme park tu, sebab dah petang. Nanti rugi je duit, tak dapat main permainan, lagipun ramai sangat orang. Malas nak beratur. Tapi... nak main ni pun tak dapat sebab diorang dah tutup kaunter (mood: kuciwa... ) Shahrul senyum-senyum. Sukalah tu, tak payah teman saya naik Flying Coaster huhu.
 muka budak kecewa tak dapat naik Flying Coaster huhu.
Sebelum balik, snap pic dulu. Sejuk sangat time nih, muka pun nampak pucat huhu. Tepat pukul 7.00pm kami dah gerak turun. Ye, sekejap je naik atas ni. Ikutkan hati saya nak stay lama sikit tapi Shahrul kata dia penat, lagipun esok nak kerja. So saya ikutkan jelah. Kami tiba kat bawah tengok jalan Jammed. sampai lepas tol Gombak. Tak pasti daripada mana lah kereta banyak-banyak ni. Padahal bukan musim cuti Sekolah pun. Hmm.. sekian saja, cerita weekend kitaorang. Korang punye weekend macam mana pulak? cecite-cecite huhu till then xoxo


Thursday 27 June 2013

Lelaki Tua Itu adalah Hero Saya


Salam & hye,
Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk AYAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..


Bila baca semua ni, teringat pada Ayah di kampung. Ayah saya seorang Peneroka Felda, Emak pula seorang Suri rumah tangga. Saya datang dari keluarga yang sederhana. Walaupun hidup kami tak mewah tetapi saya tak kisah kerana saya datang dari keluarga yang bahagia. Saling sayang menyayangi. Terlalu banyak sangat pengorbanan yang di curahkan pada kami dua beradik. Tak terbalas rasanya seumur hidup saya. Mendidik dan menjaga kami dengan baik dari kami kecil hingga kami dewasa. Seingat saya Ayah saya jarang sekali marah-marah, kalau kami buat salah Ayah akan duduk dan nasihatkan kami. Ayah sangat memahami, disebabkan itulah, apa saja masalah atau luahan perasaan,  kami akan rujuk pada Ayah. Ayah sentiasa akan mendengar dan selalu nasihatkan kami. Teringat zaman saya masih di bangku Sekolah. Setiap tahun, Ayah lah orang yang akan sibuk uruskan hal Sekolah kami adik beradik, malah dia lah yang akan ambil report card kami setiap tahun. Masa saya kecil, Ayah kerja di Kuala Lumpur. Setiap minggu dia akan balik jenguk kami di Segamat Johor. Setiap kali Ayah nak pulang,saya akan pesan apa-apa barang kegemaran dan Ayah akan sentiasa tunaikan. Waktu tu saya tak mengerti kepayahan Ayah, setiap kali dapat barang yang saya inginkan, saya akan bersorak gembira. Indah sangat kenangan dulu. Bila tiba hari raya, Ayah akan cari duit untuk perbelanjaan hari raya. Segalanya Ayah akan sediakan. Seingat saya, tak pernah Ayah terlepas bagi kami duit raya. Sekarang Ayah dah semakin berumur, masih lagi bekerja. Kalaulah saya mampu untuk tanggung, saya takkan biar Ayah kerja lagi.Tapi buat masa ni, saya masih belum mampu lagi. Insyallah saya akan berbakti pada kedua orang tua saya selagi hayat mereka masih ada. Saya sangat menyayangi kedua mereka.Saya sentiasa berdoa Allah berikan Ayah dan Emak  kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi dan sejahtera. Amin.... 

Wednesday 26 June 2013

Craving For These

Salam & hye,
Walaupun belum masuk bulan Ramadhan lagi. Tapi semangat nak raya dah berkobar-kobar hihi.
Rasa teruja sebab tahun ni, saya beraya dengan Suami tercinta, nak rasa pengalaman raya kat rumah mak mentua dan nak buat persiapan raya untuk rumah sendiri. Dulu-dulu, tolong mak buat persiapan kat rumah mak, tahun ni da ada peluang nak deko sendiri rumah kami.
Menjelang Ramadhan dan Syawal ni, kaum Hawa lah yang paling sibuk nak shopping. Kalau boleh semua nak beli baru, kalau tak dapat baru pun at least dapat D.I.Y pun jadilah. Saya pun dah start buat persiapan untuk raya. Dah tempah kuih raya siap-siap kat officemate :) dan dah sibuk beli barang on-line.
Saya dah berkenan dengan beberapa barang untuk dibeli tanpa pengetahuan Shahrul, antaranya:

 Yang ni walaupun tak tau nak isi apa, tapi nak beli gak pasal cute!
Teapots tu idaman kalbu :)
Runner ni pun nak beli sebab emm.. oh ye, pasal saya takde runner cupcake lagi kat dapo, pastu runner ni cute sangat dan saya dapat special price daripada penjual hihi.
Haha.. semuanya cupcake kan. (Baju raya belum beli lagi, tak pulak aku kisah ) Saya takdelah nak beli sekali gus. Saya beli sikit-sikit dulu. Kalau ruang tamu pulak, saya dah survey kat Romantika, ada yang saya berkenan nak beli untuk ruang tamu, nanti saya kongsikan. Anyway, hopefully dapat ler beli sume nih huhu till then xoxo

Tuesday 25 June 2013

Bila DapaT gaJi

Salam & Hye,
Bila tiba hujung bulan, En gaji pun singgah dalam akaun. Tapi tak dapat nak singgah lelame dah kena keluarkan duit tu T.T sob..sob.. Maklumlah kan, banyak komitmen. Kereta dah mintak di servis, Sewa rumah nak kena bayar, ansuran kereta dan lain-lain. Semalam baru shopping barang dapur dan barang basah.Semua stock makanan dah habis, seperti biasa shopping di Econsave Jalan Reko dan Pasar Borong Selangor. Oleh kerana dah nak masuk bulan Ramadhan tak lama lagi, saya beli stock makanan untuk bulan puasa terus.
sumber
Sebenarnya saya ada ambil gambar barang-barang saya beli malam tadi. Tapi gambar tu saya terdelete pulak. So terpaksa ambil gambar dari Google jer. Troli kami bila tiba hujung bulan dalam super market macam ni lah, duduk berdua je pun. Tapi stok makanan, tak hengat hehe. Selepas shopping kat Econsave kami terus ke Pasar Borong, nak beli barang basah pulak. Lebih kurang sejam kat sana dan selesai beli apa yang patut. Kami terus balik, sampai je rumah tengok jam dah pukul 11.30. So saya kemas semua stock makanan, letak dalam kabinet, basuh Ayam, Ikan, Sotong dan Udang. Simpan dalam bekas plastik. Semuanya selesai pukul 12.30 malam. Lepas tu, saya terus masuk tidur, penat sangat.  Takpe next month saya ambil gambar grocery item sebenar saya. till then, xoxo

Sunday 23 June 2013

Without Built in Kitchen Cabinets


Salam & Hye
Selamat berhujung minggu. Minggu ni, saya takde ke mana, sebab sekarang kan musim jerebu. Kenalah kurangkan aktiviti luar dan banyakkan aktiviti dalam rumah. Jadi meh kita mengemas rumah sambil mendeko-deko dapur.  Ye ayat tu maksudnya saya make over sekali lagi dapur saya tu. (Ibarat kata Shahrul, selagi tak runtuh dapur tu ubahlah T.T sob..sob.. ) Krikk..krikk.. Walaupun kena perli, tapi takpelah janji hati saya puas. Anyway ini gambar dapur saya sebelum make over.

Sebelum ( Nampak ceria warna warni )


Selepas ( Walaupun nampak luas, tapi tak ceria & berwarna warni T.T )
Kebetulan ada rezeki lebih sikit, jadi saya leburkan dan laburkan duit untuk beli Kabinet untuk barang-barang bakeri. Jadi meja yang saya letak Oven dan perkakas-perkakas Bakeri tu saya dah alihkan dan saya gantikan dengan kabinet ni. Saya sengaja beli warna dan perabot yang sama sebab takmo carca marba. Sana warna lain, sini warna lain. Lepas dah alihkan meja sebelum ni, serius. . lebih jimat ruang dan buat dapur saya luas sikit untuk bergerak. 
ni gambar yang saya dah siap decor. Takde idea sangat, so saya deko je dulu macam ni. Nanti bila ada idea lagi, baru saya ubah. ( dah kata dah, selagi tak runtuh dapur asik nak make over jer.. haihhh )
Saya ubah deko kat sini, dulu saya letak Gingerbread House & Cupcake polkadot hijau. Lama sangat macam tu sampai jemu pulak saya tengok. So sekarang saya ubah dan gantikan dengan Piring-piring Cupcake pelbagai warna dan saya matchingkan dengan cupcake polkadot dengan warna yang sama. Tak tahu ok ke tak, saya buat macam ni. Tapi saya suka sebab ruang ni nampak hidup, ceria dan berwarna warni. :)
Oleh kerana tak cukup space, sebab cupcake saya dah banyak sangat sampai takde tempat nak letak. Saya guna je rak yang beli kat Daiso dulu untuk letak Cupcake ni.Hmmm... nampaknya kena pergi Ikea beli rak lagi ( walaupun tak tau mana nak pasang rak tu T.T ) Saya terpaksa tumpangkan set sudu yang sebelum ni saya letak sebelah Microwave kat meja makan. Sebab tu je ruang yang ada buat masa ni.




Ni gambar baru dapur saya sekarang. Emm.. tak suka dengan wayar yang berselirat tu T.T dan tak suka jugak dengan  kombinasi warna cupcake atas Microwave tu tak berapa ceria. Hmmm nampaknya nak kena cari cupcake yang ceria-ceria sikit ni. :)
Kat sini saya masih kekalkan tema pink. Tak rasa nak ubah lagi.
Ni keseluruhan rupa Baking Cabinet dan tempat memasak.DIY je almari laci bawah tu.  Tempat memasak tu rasanya open sangat kot, nanti ada rezeki beli Kabinet dapur gas yang lebih sesuai.( misi seterusnya!! )






Emm.. Setakat ni dulu. Nanti ada idea, boleh ubah lagi hihihi.. Ok till then, xoxo

Thursday 20 June 2013

Pinky Kitchen????

Salam & Hye,
Semalam masa saya dan Shahrul lepak-lepak depan tv tengok cerita teduhan kasih. Tetiba dia mention " Abang nak beli cat warna pink lah, nak cat dapur B tu"  Saya terus pandang dia dan tanya betul ke? huhu dia sengih je,dia memang sedia maklum yang saya sukakan warna pink. Sebelum ni, saya ada bagi hint kat dia, nak cat dapur warna pink, mesti cantik. Tapi time tu dia wat tak tahu jer.. T.T sob..sob.. Tapi semalam, dia dah cakap macam tu. Senyum berseri-serilah saya. Saya selongkar gambar kat google dan tengok diorang ni cat dapur samaada warna pink, lepas tu mix & match kan dengan perabot warna Putih atau dapur warna putih mix & match kan dengan perabot pink.
 

memang cantik, soft je warna dia dan kalau beli pekakas dapur warna pink macam ni pun ok jugak kan?? :)


huhu nanti kalau dah cat warna pink, pastu mix matchkan perabot putih tambah pulak dengan cupcake seramik yang cute-cute tu bertambah meriahlah buah hati saya tu nanti hehe. Oklah, apa pun hasilnya nanti, kita sama-sama tunggu ye. till then xoxo

Bakery Cabinets

Salam & Hye,
Alhamdulillah, satu misi dah terlaksana. Akhirnya saya dah berjaya membeli Kabinet baru untuk Bakery Station saya Yeayyyy!!!! ( Actually dah berjaya pujuk Shahrul setuju belikan saya Kabinet nih).tulah orang tua-tua selalu cakap,kena banyak sabar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ( err.. rasenye takde kena mengena pepatah ni ngn cerita Bakery station hehe). Sebelum ni saya pakai cabinet murah yang saya beli kat Giant dulu.
Kabinet lama ni, kecil sangat ruangannya. Saya dapat letak separuh je mixer saya ni. Ruang ni tak muat nak letak mixer sepenuhnya. Jadi penyelesainnya beli kabinet baru yang lebih sesuai. Saya beli kabinet biasa jer, kabinet yang sama macam yang ada kat dapur saya sekarang ni. Bezanya saya hanya beli kabinet yang tengah-tengah tu je.
Saya sengaja beli yang sama. Nanti takdelah caca marba sangat, yang sana warna lain yang sini warna lain kan. Nanti kalau ada rezeki lebih, nak beli kabinet untuk dapur gas pulak ( Belanjawan akan datang atau tunggu En. Bonus datang singgah dalam akaun T.T ). Tapi setakat ni takde jumpa warna putih sama macam kabinet yang sedia ada ni, yang ada samaada warna hitam atau coklat jer. hmmmm... nampaknya kena minta tolong Shahrul D.I.Y la jawabnya T.T Saya dengan gigihnya mula decorate kabinet Bakery saya nih. Masih kekalkan tema cupcake jugak. :) Meh kita cuci mata ngan gambar-gambar ni.

Saya susun-susun je dulu, nanti nak tambahkan ahli group Baking nih. Kat bawah ni gambar Baking Cabinets yang saya dah siap decor :)
Yeayyyy.. Akhirnya dah boleh letak Oven dan mixer sepenuhnya  kat sini. (mood: suke )