Sunday 23 June 2013

Without Built in Kitchen Cabinets


Salam & Hye
Selamat berhujung minggu. Minggu ni, saya takde ke mana, sebab sekarang kan musim jerebu. Kenalah kurangkan aktiviti luar dan banyakkan aktiviti dalam rumah. Jadi meh kita mengemas rumah sambil mendeko-deko dapur.  Ye ayat tu maksudnya saya make over sekali lagi dapur saya tu. (Ibarat kata Shahrul, selagi tak runtuh dapur tu ubahlah T.T sob..sob.. ) Krikk..krikk.. Walaupun kena perli, tapi takpelah janji hati saya puas. Anyway ini gambar dapur saya sebelum make over.

Sebelum ( Nampak ceria warna warni )


Selepas ( Walaupun nampak luas, tapi tak ceria & berwarna warni T.T )
Kebetulan ada rezeki lebih sikit, jadi saya leburkan dan laburkan duit untuk beli Kabinet untuk barang-barang bakeri. Jadi meja yang saya letak Oven dan perkakas-perkakas Bakeri tu saya dah alihkan dan saya gantikan dengan kabinet ni. Saya sengaja beli warna dan perabot yang sama sebab takmo carca marba. Sana warna lain, sini warna lain. Lepas dah alihkan meja sebelum ni, serius. . lebih jimat ruang dan buat dapur saya luas sikit untuk bergerak. 
ni gambar yang saya dah siap decor. Takde idea sangat, so saya deko je dulu macam ni. Nanti bila ada idea lagi, baru saya ubah. ( dah kata dah, selagi tak runtuh dapur asik nak make over jer.. haihhh )
Saya ubah deko kat sini, dulu saya letak Gingerbread House & Cupcake polkadot hijau. Lama sangat macam tu sampai jemu pulak saya tengok. So sekarang saya ubah dan gantikan dengan Piring-piring Cupcake pelbagai warna dan saya matchingkan dengan cupcake polkadot dengan warna yang sama. Tak tahu ok ke tak, saya buat macam ni. Tapi saya suka sebab ruang ni nampak hidup, ceria dan berwarna warni. :)
Oleh kerana tak cukup space, sebab cupcake saya dah banyak sangat sampai takde tempat nak letak. Saya guna je rak yang beli kat Daiso dulu untuk letak Cupcake ni.Hmmm... nampaknya kena pergi Ikea beli rak lagi ( walaupun tak tau mana nak pasang rak tu T.T ) Saya terpaksa tumpangkan set sudu yang sebelum ni saya letak sebelah Microwave kat meja makan. Sebab tu je ruang yang ada buat masa ni.




Ni gambar baru dapur saya sekarang. Emm.. tak suka dengan wayar yang berselirat tu T.T dan tak suka jugak dengan  kombinasi warna cupcake atas Microwave tu tak berapa ceria. Hmmm nampaknya nak kena cari cupcake yang ceria-ceria sikit ni. :)
Kat sini saya masih kekalkan tema pink. Tak rasa nak ubah lagi.
Ni keseluruhan rupa Baking Cabinet dan tempat memasak.DIY je almari laci bawah tu.  Tempat memasak tu rasanya open sangat kot, nanti ada rezeki beli Kabinet dapur gas yang lebih sesuai.( misi seterusnya!! )






Emm.. Setakat ni dulu. Nanti ada idea, boleh ubah lagi hihihi.. Ok till then, xoxo

11 comments:

  1. cantikkk. i da jumpa da kabinet dapur ni.. tgh gigih kumpul duit. hihihi. laci bwh dapur gas tu DIY sendiri? alahai..bestnyer!. cop..nk tanya... botol isi minyak tu.. beli kt daiso ke?? td g daiso kt midvel, puas pusing tp tak jumpa. :(

    ReplyDelete
  2. Dapur gas letak atas meja?meja yg boleh lipat tu kan, ok tak? Kat rumah ni guna kabinet utk dapur tu tapi rendah sangat, nak masak kena terbongkok2 plak. Idea ni mcm menarik.

    ReplyDelete
  3. Miss N: Da jumpa ea? Jumpa kat mne kabinet tu, kabinet yg sama ke? harga kat situ ok ke? Yg tu sy DIY cat putih jer :) Botol tu, ye btl.. sy bli kat Daiso, dah lama dah beli tu, taun lps asenye, pastu nk bli lg dah xde.. cbe cari kat Ikea, ade jgk botol minyak, cuma bentuk lain sikit..

    Asma: Aha meja lipat tu, blm ada bajet nak beli kabinet dapo gas T.T sob..sob hehe, tp sy suka meja tu, luas.. boleh letak utensil sekali huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya, meja lipat tu nk bli kat mana ya

      Delete
  4. meriahnyer KC dengan cupcakes's decoration!
    very impressive!

    ReplyDelete
  5. nice...suke sgt.xnmpk berserabut..sgt2 suka...bilalah boleh dpt cmni..hihi

    ReplyDelete
  6. lydia: thanks for visit.. :) ala.. awak pun blh, jnji ade minat hihi

    ReplyDelete
  7. ceria nyer dapur..kat mana beli kabinet dapur rendah & tall tu ye

    ReplyDelete
  8. yg tu kat kedai perabot jln reko kajang

    ReplyDelete
  9. Assalam. Kak. Beli kt mne meja pjg letak dapur gas tu? Brape hrga yer?

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.