Tuesday 18 June 2013

Ramadhan, Syawal & Kenangan.....

Salam & Hye,
Diam tak diam, kita dah nak menghampiri bulan Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Sebut pasal bulan puasa ni, nak tanya jugak korang semua dah ganti puasa ke belum?? hehe
Alhamdulillah, saya dah abis ganti puasa.Menjelang bulan Ramadhan ni, banyak benda yang saya fikirkan. Tahun ni, saya dah galas satu tanggungjawab yang baru sebagai seorang Isteri. Macam-macam yang saya kena fikirkan menjelang Bulan Ramadhan ni. Terutamanya tugas memasak waktu berbuka dan  bersahur. Masak waktu berbuka bagi saya tidak ada masalah. Tapi yang jadi problemnya waktu bersahur.

Masa bujang dulu saya memang tak bangun sahur ( ye memang Teruk betul perangai saya kan hihihi) Tapi selepas mendirikan rumah tangga ni, tak bolehlah saya nak teruskan habit lama saya tu hmmmm.  Takpe, rasanya inilah masa untuk berubah. Tahun baru, status baru maka azam pun haruslah baru kan?? Insyallah saya akan galas tanggungjawab tu sebaik mungkin.
Tu baru sebut bulan Ramadhan, belum sebut pasal Bulan Syawal. Lagilah banyak yang saya kena fikir tentang Baju raya... kasut raya.... kuih raya... duit raya... balai raya... bunga raya...( erkk.. yang tu tak termasuk dalam pakej ) pendek kata semuanya raya lah. Teringat zaman-zaman dulu. Bila tiba je bulan puasa dan raya. Saya tak pernah fikir apa-apa pun. Bulan puasa tentulah kena berpuasa. Tapi bila tiba hari raya pulak, semuanya Emak dan Ayah yang sediakan. Menjelang raya, orang yang paling sibuk adalah Emak. Segalanya dia akan sediakan, daripada baju raya, kasut raya, kuih raya hinggalah bab-bab menghias rumah.Apa yang saya tahu pagi raya dah ada baju raya dan kasut raya untuk digayakan. Hmmm.. besar pengorbanan Emak dan Ayah pada saya. Seingat saya, tiap kali tiba hari lebaran, Emak akan sediakan sekurang-kurangnya tiga pasang baju kurung untuk kami adik beradik. Tak termasuk kasut dan lain-lain. Waktu tu meriahnya syawal bagi saya. Sekarang bila saya dah dewasa dan berkahwin. Hari raya tidak semeriah masa zaman kanak-kanak. Segala-galanya perlu saya fikirkan dan sediakan. Alhamdulillah Shahrul memberi saya hak sepenuhnya untuk persiapan ini. Inilah part yang paling saya suka, so apa lagi kenalah sediakan bajet untuk shopping..shopping & Shopping!!!....... :)

Saya dah buat sedikit demi sedikit persiapan raya ( cepat,pantas & tepat... err macam slogan pdrm lah pulak ). Maklumlah tahun ni, saya dan Shahrul dah tinggal sendiri. Dah tentulah masa raya nanti, kawan-kawan atau sedara mara nak datang beraya kan. Jadi saya kenalah buat sedikit persiapan untuk rumah saya. Tapi takdelah meriah sangat, saya buat simple jer sekurang-kurangnya ada kuih raya dan sebagainya.Langsir, cat & perabot memang saya tak beli dan tempah pun, pakai je yang sedia ada.( kalo nak beli semua, boleh bankrup maciikk hihi ) Kuih raya saya takdelah tempah atau buat lagi. Tetapi bekas kuih raya, awal-awal saya dah sediakan hihihi. Bekas kuih raya saya lebih kurang macam kat bawah ni. Opkos! bekas kuih raya pun haruslah bentuk cupcake. Saya kan saiko cupcake!! hihihi.
Misi seterusnya nak cari teapots cupcake sebab nak padankan dengan mug & tray cupcake yang saya dah beli. Saya berkenan dengan Teapot ni, tapi buat masa ni belum jumpa lagi. Ada kawan-kawan FB jual tapi dah sold out pulak. Hmmmm kuciwa... T.T


Kalau korang tau, mana nak cari teapots macam ni. Bagitau saya ye, hehe. Until then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.