Sunday, 2 June 2013

Mug & Glass Cabinets

Salam & Hye,
Selamat Berhujung Minggu. Hujung minggu kami kali ni di Kampung Halaman di Segamat, Johor. Seronok, kebetulan Maksu saya yang tinggal di Perak balik bercuti. So kami ambil kesempatan balik kampung untuk jumpa mereka. Dua hari je kami di Kampung. Ahad petang dah on the way balik ke Kajang semula. Stressed sebab Highway Jammed! Kami biasanya balik Kajang memang tak ikut highway Plus. Kami ikut Highway Lekas. Tapi disebabkan nak hantar adik saya balik ke Cyberjaya, kami ikut Plus. Tak tahu sebab apa boleh jammed. Masuk-masuk je highway Simpang Empat je dah jammed. Hmmm nak tak nak slow-slow jalan. Sampai rumah pukul 12 malam, terus tidur kepenatan.
Anyway, cukup-cukuplah saya cerita tentang jalan Jammed. Hari ni nak kongsi sikit tentang Mugs & Glass Cabinet saya. Saya ada buat rombakan sikit memandangkan saya dah tambah ahli baru dalam Group tu. Mari kita cuci mata dengan gambar sebelum & selepas Rombakan dibuat.

Sebelum


Selepas...



 Setelah Rak putih Daiso tu dibuang, banyak ruang yang boleh digunakan. Sory gambar tak berapa jelas. Saya ambil pagi tadi masa terkocoh-kocoh nak pergi kerja, time tu lah nak ambil gambar haihhhh....
Kalau anda perasan saya ada tambah ahli baru. Ye! Cupcake mug hehe. Saya rasa comel sangat Mug ni. Terus je beli. Ada tiga designed semuanya. Tapi saya sempat sambar dua designed jer hehe. Insyallah kalau dapat beli designed yang ke tiga. Saya akan Upload gambar lagi.

4 comments:

  1. alamak blog beshh ni..tp tak dpt follow pasal takdak widget follower..nk masuk guna blogger home takleh sbb da limit 300 blog...ain letak widget follower la..mesti ramai nk follow ni...=)

    ReplyDelete
  2. tq fizah :) Insyallah, nanti saya letak widget follower tu..

    ReplyDelete
  3. hai.. salam perkenalan.. best la blog awak.. kebetulan sy nk pindah umah nanti.. leh la tgk idea2 awak deco2 dapo.. suka3.. jom folo memfolo hihi..

    ReplyDelete
  4. yuyu: hi, thanks for visit my blog n bc cite merapu sy nih hehe:)boleh aje, sharing is caring...

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.