Thursday, 27 June 2013
Lelaki Tua Itu adalah Hero Saya
Salam & hye,
Sekadar kongsi cerita.
Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.
Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..
Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.
Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.
Pakcik ada duit lain?
Tak ada nak.
Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.
RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk AYAH yg selalu saya sanjungi..
Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..
Bila baca semua ni, teringat pada Ayah di kampung. Ayah saya seorang Peneroka Felda, Emak pula seorang Suri rumah tangga. Saya datang dari keluarga yang sederhana. Walaupun hidup kami tak mewah tetapi saya tak kisah kerana saya datang dari keluarga yang bahagia. Saling sayang menyayangi. Terlalu banyak sangat pengorbanan yang di curahkan pada kami dua beradik. Tak terbalas rasanya seumur hidup saya. Mendidik dan menjaga kami dengan baik dari kami kecil hingga kami dewasa. Seingat saya Ayah saya jarang sekali marah-marah, kalau kami buat salah Ayah akan duduk dan nasihatkan kami. Ayah sangat memahami, disebabkan itulah, apa saja masalah atau luahan perasaan, kami akan rujuk pada Ayah. Ayah sentiasa akan mendengar dan selalu nasihatkan kami. Teringat zaman saya masih di bangku Sekolah. Setiap tahun, Ayah lah orang yang akan sibuk uruskan hal Sekolah kami adik beradik, malah dia lah yang akan ambil report card kami setiap tahun. Masa saya kecil, Ayah kerja di Kuala Lumpur. Setiap minggu dia akan balik jenguk kami di Segamat Johor. Setiap kali Ayah nak pulang,saya akan pesan apa-apa barang kegemaran dan Ayah akan sentiasa tunaikan. Waktu tu saya tak mengerti kepayahan Ayah, setiap kali dapat barang yang saya inginkan, saya akan bersorak gembira. Indah sangat kenangan dulu. Bila tiba hari raya, Ayah akan cari duit untuk perbelanjaan hari raya. Segalanya Ayah akan sediakan. Seingat saya, tak pernah Ayah terlepas bagi kami duit raya. Sekarang Ayah dah semakin berumur, masih lagi bekerja. Kalaulah saya mampu untuk tanggung, saya takkan biar Ayah kerja lagi.Tapi buat masa ni, saya masih belum mampu lagi. Insyallah saya akan berbakti pada kedua orang tua saya selagi hayat mereka masih ada. Saya sangat menyayangi kedua mereka.Saya sentiasa berdoa Allah berikan Ayah dan Emak kesihatan yang baik, sentiasa dilindungi dan sejahtera. Amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahhhhhh sodihhhhh.....
ReplyDeleteterasa hidup2 dulu....time akak beljar
time saya alhamdulillah......rrrrr sedihhhhh
:( sedih sgt...
ReplyDelete