Saturday, 15 June 2013
Weekend means Cleaning
Salam & hye,
Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ni, tak berapa seronok kerana Sabtu ni bermulalah kerja hari sabtu bagi saya dan Officemate. Sebelum ni takde pun kena kerja hari sabtu, tapi atas sebab-sebab tertentu. Boss saya yang baik hati tu arahkan kami kerja hari sabtu kecuali minggu ke dua setiap bulan. Sebagai pekerja kami semua terpaksalah akur dengan kehendak bos. Hmmm.. cukup-cukuplah saya bercerita tentang kerja hari sabtu dan bos saya yang baik hati tu hehe. Kalau terus bercerita bertambah stress pula nanti.Oleh kerana jadual kerja saya sudah berubah. Maka tugas membersihkan rumah pada hujung minggu pun berubah. Saya akan cuba buat semua kerja pada malam jumaat. Kalau tak sempat saya akan buat pada petang Sabtu. Ahad adalah hari cuti bagi saya. Nak bergolek-golek kat rumah je, kalau kami takde aktiviti kat luar hehe. Anyway, petang ni saya hanya sempat lap koleksi cupcake saya jer, kerja-kerja yang lain saya dah bereskan pada malam Jumaat tu. Saya selalu jugak bersihkan seramik cupcake tu, sebab takmo habuk lekat kat situ. Anyway senang je nak bersihkan. Just ambil kain basah dan lapkan permukaan seramik ni. Saya ambil masa 10 minit je bersihkan mereka-mereka ni dan susun semula kat tempat asal.
Diam tak diam, saya dah ada 54 buah seramik cupcake rupanya. Mungkin koleksi ni akan bertambah lagi pada masa akan datang hehe (yang ni cakap slow-slow, xmo Shahrul dengar ) Sebelum ni saya pernah cakap yang saya suka sangat dapur yang bertemakan cupcake. Rasanya dapur saya tu dah siap 70% ikut tema Cupcake. Nanti bila dah siap sepenuhnya saya akan tulis entri yang baru. Wish me luck, guys.
Ok till then xoxo
Labels:
Routine as a Wife
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
we huuuuuuu.......bnyaknya seramik......
ReplyDeletehuhu... Shahrul dah warning! Jgn beli lg huhu
ReplyDeleteWahh..bnyk nyer..slalu beli mna cupcake ni
ReplyDelete