Thursday 20 June 2013

Cupcake Plate

Salam & Hye
Hmmm.. nampaknya hari ni ada satu lagi post saiko tentang Cupcake :) ( korang semua sila abaikan entri ni kalau meluat nak dengar saya membebel 24/7 tentang cupcake.. cupcake ni lah.. cupcake tu lah and bla... bla..bla... hihihihi. ) Anyway saya baru je melaburkan dan meleburkan duit untuk koleksi Cupcake saya. Kali ni saya beli Cupcake Plate. CP ni comel sangat, sampai buat hati saya cair ( ayat saiko hihi ) Sebenarnya CP ni boleh cari kat Daiso aje, baru RM5. Tapi setakat ni, saya takde pun jumpa CP ni kat mana-mana Daiso area KL, yang ada pun kat Jb, Penang..jauhnya sob..sob... satu cara je nak beli CP ni iaitu beli secara online, kalau beli online mereka akan charge rm2. So total untuk satu plate RM7. Sebab takde choice saya tutup mata dan beli je untuk puaskan hati. Tapi memang berbaloi la, sebab mereka nih comel sangat. ( ayat nak sedapkan hati) CP ni ada enam warna iaitu warna merah, hijau, pink, biru, purple dan kuning. Setakat ni, saya baru beli dua plate, warna merah dan pink. Nanti bila En Gaji dah singgah dalam akaun baru beli lagi empat warna yang selebihnya. Dah booking awal-awal dengan kakak tu, suruh simpankan empat warna tu sampai hujung bukan nih. Maklumlah orang makan gaji macam saya ni, kenalah tunggu gaji masuk baru boleh nak shopping online sesuka hati sob..sob... T.T... Masa mula-mula dapat 2 plate tu, saya sorok-sorok daripada Shahrul, takmo dia tahu. Tapi bila dah susun elok-elok atas Oven, dia boleh perasan pulak dan tanya saya " Emmm... nampak lain la atas oven ni, macam ada cupcake baru jer "  * krikk..krikkk* saya sengih je, Shahrul dah tak kate apa dah ( pasal saya guna duit sendiri, so dia tak kisah sangat ngeee ) Kat sini saya shared gambar CP yang super cute nih
( yg ni sy kidnap gambo dari koleksi kawan saya)  

( Pink saya dah ada, nanti nak beli hijau,biru,purple & kuning pulak hihi )

( Warna ni saya dah ada! : ) senyum berseri-seri ) 
Arggghhh... geramnya ( muka tamak haloba ) tak sabar nak beli nih. Anyway nanti bila dah beli semua warna , saya akan upload gambar. :) till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.