First of all, kepada yang baru singgah ke blog ni. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi baca Blog saya ni. Saya ni masih baru dalam dunia Blog. Mungkin penulisan saya ni tak berapa bagus sangat. Tapi saya akan belajar dan cuba memperbaikinya dari semasa ke semasa.Anyway, blog saya ni lebih menjurus kepada Home Organizing aka Kitchen Organizing. Saya perasan kebanyakan Entri yang saya tulis berkenaan dapur.Ye, banyak-banyak ruang dalam rumah saya. Saya paling sukakan dapur. Dapur adalah buah hati saya dalam rumah, sebab kebanyakkan masa di rumah. Saya habiskan masa kat dapur untuk memasak. Saya takdelah pakar sangat memasak, tapi bolehlah nak isi perut kami Suami Isteri. Saya sukakan sesuatu yang cantik! Jadi dapur saya haruslah cantik ( pada pandangan sayalah) supaya saya rasa selesa untuk melakukan kerja-kerja memasak dan lain-lain. Bagi yang suka menyusun atur rumah macam saya, bolehlah kongsi pengalaman anda dengan saya. Boleh saya buat rujukan di masa akan datang, Insyallah.
Anyway berbalik kepada topik asal, bagi saya kerja mengemas dan menyusun atur rumah ni takkan habis. Never ending circle. Setiap hari proses yang sama akan berulang semula. Baru-baru ni saya ada banyak masa lapang kat rumah. Tak ada apa nak buat. Shahrul buat kerja part time. So saya tinggal sorang-sorang kat rumah. Saya bila duduk sorang-sorang mulalah ke dapur. Bukan Memasak ye tapi buat make over untuk dapur hehe. Saya perasan koleksi Cupcake saya mula bertambah sejak akhir-akhir ni.(Proud of myself!) Yang ni Cakap dalam hati, tak mo Shahrul dengar hehe. Susun atur kat dapur saya tu dah cukup elok, saya rasa. Cuma saya agak bosan dengan kedudukannya.So saya pun ubah.
Ni gambar keseluruhan dapur saya buat masa sekarang. Nampak tak perbezaanya. Penyedut bau tu dah takde. Shahrul dengan baik hati alihkan benda tu dari dapur saya. ( Yeayyyy.. suke!)
Langsir Cupcake yang atas tu pun saya baru je pasang. Saya memang berkenan dengan langsir tu. Syukurlah tingkap saya tu kecil. So beli semeter pun da cukup dah. Anyway takde berubah sangat pun. Saya cuma alihkan kedudukan cupcake saya tu je dan letakkan alas baru kat atas Oven dan Microwave. Kat sini saya selitkan beberapa gambar.
Saya masih kekalkan tema warna kat semua ruangan dapur kecik saya tu. Kat sini saya gantikan alas yang lama. Recycle lebihan kain masa buat Iron Board jer. Tema warna Kuning kat sini. Saya tambah 2 Cupcake Polkadot warna kuning kat group ni.
Cupcake Polkadot yang lain saya letakkan atas Oven dengan Black Board.Cupcake kecil-kecil tu ada empat sebenarnya. Tapi makcik saya tak sengaja pecahkan masa bersihkan dapur gas kat sebelah oven nih huhu T.T
Kat rak ni, saya susunkan semua cupcake berwarna biru & tak lupa Gingerbread house kecil tu. Hari tu ada nampak banyak Gingerbread house ni kat Daiso. Tapi terlupa nak beli, nanti kalau pergi lagi. Saya nak beli lah :)
Kat rak ni, saya susunkan semua cupcake berwarna biru & tak lupa Gingerbread house kecil tu. Hari tu ada nampak banyak Gingerbread house ni kat Daiso. Tapi terlupa nak beli, nanti kalau pergi lagi. Saya nak beli lah :)
Cuma kawasan ni je yang saya tak ubah. Masih kekalkan warna Pink.
Ok, sekian dulu. Kalau ada perubahan nanti, Saya akan buat Entri baru.. Till then.. xoxo :)
NANTI UPDATE LAGI TAU.
ReplyDeleteSU PUN JENIS SUKA UBAH2 TEMPAT BARANG
CEPAT BOSAN
Insyallah.. saya suka ubah2 brg klu bosan.. husband sy pun pening tgk sy hehe
ReplyDeleteSalam. Kak kat mana nak cari cup cake hiasan tu ye..
ReplyDeleteHarap boleh la share...