Saturday, 6 July 2013

Stock Barang Basah untuk Sambut Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula 
( Sila nyanyi dgn penuh perasaan hihi )

Salam & hye,
Tinggal 3 hari lagi sebelum tetamu Allah yang dinanti-nanti datang menjengah. Alhamdulillah, Syukur Allah mempertemukan kita dengan Ramadhannya kembali. Insyaallah, walau masih berbaki 3 hari mudah-mudahan kita sama-sama dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan ini. Semoga Ramadhan kali ni, lebih bermakna. Sebut tentang menyambut Ramadhan, inilah kali pertama saya menyambut Ramadhan sebagai seorang Isteri. Banyak perkara yang saya tak berapa faham, tetapi masih berusaha untuk memahami. Saya banyak bertanya kepada kawan-kawan yang telah berkahwin, yang sudah ada pengalaman berpuasa dan berhari raya sebagai seorang Isteri.Dalam menyambut Ramadhan, semalam saya, Shahrul dan kakak ipar pergi ke pasar borong Selangor untuk membeli bahan-bahan mentah untuk stok bulan Ramadhan. Seronok pergi ramai-ramai. Banyak ilmu yang saya timba dari mereka. 
Saya takde beli makanan kering pun, sebab hujung bulan lepas, saya dah shopping stock makanan untuk sebulan. Cuma kali ni, nak tambah-tambah stock barang basah pulak. Saya beli Ayam seekor, Sotong setengah kilo, Udang setengah kilo, Daging setengah kilo, Ikan Tenggiri, Ikan selar kuning, kuey teow, fish cake, sayur-sayuran dan Ikan Keli. 
sampai kat rumah terus selongkar plastik-plastik ni, nak asingkan dalam mangkuk plastik
 beli Ayam seekor, basuh sikit-sikit dan masukkan dalam bekas plastik
 Ikan keli, Ikan Selar dan Ikan Tenggiri, saya letak dalam bekas plastik yang sama. Ayam dalam mangkuk tu tak muat dalam bekas plastiknya, so saya letak dalam bekas plastik lain.
 Siap! Bekas Plastik Ayam, Ikan, Daging,Udang dan sotong
Ni dah masukkan dalam peti ais, atas tu daging burger, Ais krim mini Corneto yang tak habis-habis dan stok sosej
 Stok sayur-sayuran melapor diri! Tomato, Brokoli, bendi, salad, timun, carrot, kucai, kacang buncis, serai, pak mat tempe dan taugeh ( nak campur dalam kuey teow )
 Dah simpan elok-elok dalam tempatnya. Sayur saya masukkan dalam dua bekas, bekas kuning atas tu dan drawer bawah ni. platik merah tu stok coklat hadiah dari Mak masa dia pergi Langkawi :) bekas putih tu stok telur dan botol pati Delima. 
Pagi esoknya terus buat sarapan Kuey teow goreng, campur ayam, Tomato dan taugeh. Takde sayur hijau, semalam lupa nak beli huhu. Saya tak suka sangat beli sayur hijau, sebab kena masak cepat-cepat, kalau tak nanti layu. Ok, dah selesai topik stok bulan Ramadhan. Hofefully cukuplah untuk stock 2 minggu puasa. Bukannya nak masak hari-hari pun, ada hari Mr. M datang, just beli je kat bazar Ramadhan hihi ( Jangan ikut macam saya ) Sekarang ni dok plan menu apa nak masak untuk waktu berbuka dan sahur??  Any suggestion??? 

2 comments:

  1. lapoooo....
    kari ayam campur carrot, bendi n tomato
    ayam masak merah
    ikan keli masak sambal
    tempe masak sambal kering+ikan bilis.... fuhhh sedap nye....

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.