Sebelum ni saya ada shared apa yang saya simpan dalam Kitchen Cabinet EnTri NiE.Hari ni saya nak kongsi gambar Drawer bawah meja memasak saya, kat sini saya simpan segala macam pekakas memasak yang selalu saya gunakan hari-hari seperti kuali, pan, periuk, senduk, sudip, pisau etc.
Saya belum ada bajet nak beli kabinet Dapur gas yang sesuai T.T sob..sob tapi TAKPE! akan diusahakan ( muka ketat! ) So sementara ni, saya pakai dulu apa yang ada ( yang ni muka pasrah!! ). Drawer ni ada tiga ruang. Saya bahagikan mengikut kategori.
1. Ruang paling atas saya simpan Senduk, sudip, Pisau, Penebuk Tin dan lain-lain.
2. Ruang kedua menempatkan Periuk memasak.
3. Pan, Kuali dan lesung batu.
Anyway mula-mula nak cerita tentang ruang paling atas sekali. Sudip, Senduk & pisau ni, kalau tak diatasi dengan betul, memang mendatangkan masalah. Meh, kita tinjau gambar kat bawah ni.
Sumber dari En Google
Kalau kita tengok gambar kat atas ni, memang bercelaru dan susah kita nak cari barang apa yang kita nak.Memang boleh sakit mata kalau tengok Drawer kita camni huhu. So saya google beberapa gambar yang boleh dijadikan rujukan dan penyelesaian untuk masalah macam ni.
Saya suka idea simpan sudu & garfu macam ni =)
Sangat kemas dan tersusun kan, mudah kita nak capai apa-apa perkakasan yang kita nak guna. Gambar ni saya jadikan inspirasi untuk ruang Utensil saya. Ini gambar Drawer Utensil saya
Saya memang takde ruang dan pembahagi yang mahal-mahal dan besh macam kat Ikea tu T.T sob..sob.. Tapi takpe, kalau kita nak organized guna apa-apa sumber pun boleh, janji kita ada usaha nak organized kan pekakas yang selalu kita gunakan supaya nampak kemas dan tersusun. Penyelesaiannya, saya gunakan je sumber yang senang dan murah untuk diperolehi. Saya beli dua bakul warna biru yang berlainan saiz. Saya beli di Mr. DIY, bakul kat situ harganya sangat berpatutan dan murahlah bagi saya. Bakul macam ni kalau tak salah saya, berharga kurang dari RM4. Bakul kecil tu pun sama, harganya kurang daripada RM4. Sebelum beli saya ukur siap-siap keluasan drawer ni dan cari bakul yang bersesuaian. Dua bakul ni saya sengaja beli saiz yang berlainan, sebab nak asingkan apa yang bakal saya simpan di dalamnya. Sudip dan senduk saya memang pelbagai saiz dan panjang, bakul besar lebih sesuai untuk simpan pekakas-pekakas ni, kat dalam tu saya alas dengan kain, bagi elok sikit. Manakala bakul yang kecil pula,saya simpan gunting, penebuk tin, grater, Pisau dan sebagainya. Sudu dan Garfu pulak saya simpan dalam Kitchen Cabinet. Oh ya, sudip kayu, Scraper dan Egg Whisk saya letak dalam bekas seramik dan letak atas meja masak. Senang nak capai time masak ( buat keje nak senang je kan hehe)
Ok settle dah bab utensil. Bab periuk dan Pan pun sama, kat sini saya google beberapa gambar yang saya jadikan rujukan untuk saya.:
Saya suka susunan macam ni and again! saya takde ruang macam ni kat dapur saya. ( muncung panjang ) So saya gunakan apa yang saya ada. Meh kita bergerak ke Ruangan ke dua drawer saya:
Ye, kat sinilah saya simpan periuk memasak saya. Saya suka gunakan clay pots macam ni, sebab lebih kemas nak simpan kot?? bagi saya lah hehe. Dulu saya ada beli periuk besi, tapi saya tak suka sangat maybe sebab periuk tu nipis, so setiap kali saya naikkan atas dapur gas dan letak minyak masak mesti ada bunyi macam meletup dan setiap kali tu lah saya akan terperanjat ( muka pucat =_= ) So saya stop guna periuk tu, kecuali kalau aktiviti merebus je saya gunakan periuk tersebut. Aktiviti lain, saya lebih suka gunakan clay pots jer. Emmm... bawah clay pot tu ada pan Ikea. Pan ni Ayah saya belikan masa kami ke Ikea tempoh hari ( Thanks Ayah, I lebiu ) Pan tu saya letak situ sebab ruang Pan kat bawah ni dah tak muat hehe. Ok, move on meh tinjau ruang yang terakhir.
Ruang kat bawah ni, tempat saya simpan Pan, ada tiga size pan kat sini. Pan ni saya beli sebelum saya kawin lagi. Masa tu ada offer 3 biji pan berharga RM30, so apa lagi rembat jelah. Pan yang paling kecik tu, pan yang selalu saya guna, sebab tu color dy perang sikit tak lawa huhu. Selain pan, saya simpan strainer dan lesung batu hehe yang ni sebab takde tempat nak letak, kat sini je ruang yang paling sesuai. =)
Extra ruang kat sini saya simpan Blender dan Buku Resipi Nigella Express ( beli je, tapi harammmm tak cuba lagi, nasib bek buku ni free akak ipar bagi, kalo tak mesti kena bebel doploh minit dengan Shahrul huhu) Anyway, sekian sahaja entri saya kali nih, nak sambung tengok Rooftop Prince, till then xoxo
meja dapur gini sng..sbb luas. kalo beli yg betul2 kabinet dapur biasa tu... muat2 letak dapur gas tu jer..kalo yg pnjg skit...leh la jadikan ruang spice mcm ain tu.. tu pon..sempit. hihi
ReplyDeletetapi... nak cari kabinet dapo gas yg cntik sikit, huhu lg bgus kalo jmp warna putih hehe.. tau x kt mne2 kedai yg jual kabinet dapo gas warna putih? klu ade bgtau ea huhu
ReplyDeleteSo tidy..like it so much ain..
ReplyDeletecik hani: thnks =)
ReplyDeleteblh sy tau.. mcm mn puan uruskan minyak yg telah digunakan selepas masak.. sbb sy tgk puan gunakan botol mnyak
ReplyDeleteNorlee: sy simpan minyak yang dah guna dalam botol kaca.
ReplyDelete