Salam & hye,
Hari ni saya nak shared sikit idea menggunakan ruang kabinet dapur. Saya suka ruang kabinet dapur yang digunakan sepenuhnya,so takdelah pembaziran ruang dan pekakas yang tak tahu mana nak simpan. Saya selongkar beberapa gambar kat google untuk saya jadikan inspirasi.
Kebanyakannya menggunakan rak atau penyangkut. Cara ni memang berkesan untuk menjimatkan ruang dan memastikan semua pekakas boleh disimpan mengikut kategori. Rak macam tu boleh cari kat Ikea atau Daiso. Saya beli kat Daiso je, sebab murah dan pelbagai warna.
Saya pilih warna putih, walaupun ada warna pink masa tu. Bagi saya warna putih senang nak matching dengan apa-apa keadaan. Saya beli satu rak je, mula-mula nak letak dalam kabinet mug dan gelas. Dah elok dah susunan dalam tu, tapi sebab gatal nak tambah koleksi mug, ruang tu jadi sempit. So saya terpaksa keluarkan rak tu kemudiannya. Sekarang ni rak tersebut saya letak kat atas kabinet dapur untuk display cupcake! (walaupun ruang ni crowded, tapi terpaksa grrr... ). Anyway Buat masa ni, semua kabinet dapur saya telah digunakan sepenuhnya. Boleh tengok kat Entri Nie Insyallah kalau ada idea organizing lagi saya akan tulis dalam Entri seterusnya. Till then xoxo
interesting btl kat penyangkut cawan tue...kat daiso pun ada gak yea?
ReplyDeletepenyangkut tu sy x sure, tp blh cari huhu
ReplyDeletekemasnya dapur... suka tengok!! saya pun tengah fikir nak dapatkan shelf bertingkat tu kat daiso.. nwayy salam perkenalan yer.. tengah berjinak2 dgn bidang organizing ni sebenarnya.. harap boleh kongsi lebih banyak tips in the future. :)
ReplyDeleteFarhani: thanks for visit :) slm perkenalan.. Insyallah, boleh je ape slhnya =)
ReplyDelete