Wednesday, 31 July 2013

Just Around The Corner

Salam & Hye,
Diam tak diam, dah masuk minggu ke tiga kita berpuasa. Bermakna Bulan Ramadhan kian berakhir. Sayu je hati, sekejap je masa berlalu. Minggu depan Syawal bakal menjelma. Syawal kali ni mungkin berbeza dengan Syawal yang lepas, dulu berhari raya dengan keluarga tersayang. Tapi start tahun ni berhari raya dengan Suami tercinta pula, perasaan tu lain sikit. Mungkin saya akan menangis di pagi raya sebab tak nampak muka Mak dan Ayah di pagi Syawal pasal beraya umah mak mentua hihi ( macam lah rumah mak ayah tu jauh bebeno, padahal sekakang kera jer =p ) Anyway nak cerita tentang persiapan raya pertama kami sebagai Suami Isteri, Baju Raya untuk Suami saya dah sediakan awal-awal, baju kurung untuk saya pun dah ada. Tahun pertama ni, tema kami adalah warna Grey. Setakat ni baru shopping Seluar Jeans untuk Shahrul dan Handbag untuk saya je, yang lain-lain akan diselesaikan selewat-lewatnya hujung minggu ni (sebab Shahrul bz makeup kereta, so saya tak dapat nk shopping uhhukss.. ) Untuk rumah, saya takde buat apa-apa lagi, nanti mungkin akan cari bunga je letak kat pasu, bagi ceria sikit. Duit raya pun dah siap tukar, yang ni minta pertolongan officemate tukarkan. Kuih raya pun saya order dengan kawan-kawan Office, ada kuih Batang Buruk, Mama Carey dan 2 jenis biskut coklat yang saya lupa apa namanya huhu. Insyallah sebelum Jumaat akan dapat semua kuih raya yang ditempah. Saya sempat buat satu jenis kuih raya je, itu pun saya cari kuih raya paling senang nak buat iaitu Cornflake Coklat sebab malas punya pasal hihi
Ha... sebut tentang kuih raya, sebenarnya saya dah beli bekas kuih raya awal-awal lagi. Rasanya 2 bulan sebelum Ramadhan saya dah beli. Excited punya pasal dan ini bekas kuih raya pertama saya hehe
Saya kan saiko cupcake, bekas kuih raya pun haruslah bentuk cupcake jugak =) Saya beli 6 biji bekas kuih raya ni, Saya beli dengan kawan kat Fb ada warna Pink,Purple,Hijau dan Kuning. Set ni memang ada 4 color je, disebabkan saya nak 6pcs, terpaksa ambik 2 warna pink dan 2 warna purple untuk cukupkan koleksi. Bekas ni tak besar sangat, just nice je pada saya. Nanti nak matchingkan dengan Tray Cupcake pemberian dari Suami tercinta ni
Tak sabar nak letak biskut raya yang saya dah beli tu, mood happy huhu. Tak sabar nak shopping hujung minggu ni, shopping last minute. Harap-harap dapatlah semua barang dalam list huhu. Till then xoxo

2 comments:

  1. ramadhan kali ni memang rasa cepatkan. happy perparatin for raya..

    salam ramadhan dan salam ukhuwah dari nanie ^_^

    ReplyDelete
  2. Nanie: Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri utk Nanie sekeluarga =)

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.