Sunday, 21 April 2013

30 minutes ExpresS Meals


Salam & Hye,
Selamat berhujung minggu! Minggu ni saya tak ke mana-mana. Hanya teman Shahrul buat model Mini Landasan Kereta api. ( Sebenarnya saya sekadar duduk dan membaca Novel Harry Potter kesayangan saya) Yup, perlu diakui, dia memang kreatif. Walaupun pada awalnya saya tak faham apa yang dia nak buat??  Tetapi bila melihat hasil kerja tangannya. Saya akui, memang cantik dan kreatif.



Anyway saya bukan nak bercerita tentang mini landasan kereta api Suami saya ni. Saya cerita tentang tetamu yang tiba-tiba datang ke Rumah dan kita tak tahu nak masak apa untuk mereka.

Ya, seperti yang saya katakan dalam post saya sebelum ini. Mempunyai beberapa Stock makanan yang ada di dapur boleh menyelamatkan keadaan. Lebih-lebih lagi  bila tetamu muncul pada bila-bila masa.
Malam sabtu, tiba-tiba Kakak Ipar saya call, kata nak datang. Saya pun gelabah, tak tahu  nak sediakan apa. Sedangkan masa tu dah pukul 7, Kakak Ipar saya kata nak datang dalam pukul 8 malam. Jadi saya hanya ada lebih kurang sejam untuk menyediakan apa-apa menu. Oleh kerana Kakak Ipar saya sukakan makanan barat. Akhirnya saya pilih menu barat sikit, Baked Macarroni & Cheese
Sumber
Antara Stock makanan barat yang selalunya ada di dapur saya adalah.
Prego 

Pasta

Prego Cheese & Herbs

Memang sangat mudah nak sediakan. Daripada nak buat Mee Kari, Mee Udang dan beberapa masakan yang saya rasa agak rumit nak sediakan. Cuma Lasagna je saya tak pernah cuba lagi, sebab agak leceh. Insyallah saya akan cuba buat juga satu hari nanti. " Wish me Luck "

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.