Masa mula-mula pindah ke rumah selepas berkahwin. Kami memang dah ada meja makan. Shahrul beli masa dia bujang. Memandangkan sebelum berkahwin, dia tinggal di rumah Kakaknya. Jadi Kami tumpangkan dulu meja tu kat sana. Selepas berkahwin, barulah kami ambil. Meja makan tu kecil je untuk 4 orang. Shahrul beli di Ikea kalau tak salah saya. Setakat ni, Meja ni memadailah untuk kegunaan kami Suami Isteri. Mungkin kalau dah bertambah ahli keluarga nanti. Baru keluarkan belanjawan beli meja makan yang lebih besar. :) Insyallah.
Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga. Saya rasa kawasan meja makan kami tu dah suram sikit. Ingat nak Dekor sikit bagi ceria. Saya google beberapa gambar di Pinterest, yang saya rasa sesuai kot untuk kawasan Meja Makan kami yang kecil Molek tu.
Saya suka idea gambar-gambar kat atas ni, Ceria dan berwarna warni. Nanti saya bentang kertas kerja bagi Shahrul tengok. Kalau dia setuju. Saya akan teruskan projek ni. *Wish Me Luck ;) *
Alas Meja
Sebelum ni, saya gunakan alas meja warna putih yang saya beli di Ikea. Masa beli tak terfikir pun warna putih ni susah nak jaga. Masa tu, fikir nak cantik je. Tapi lama kelamaan saya dah mula bosan asyik nak kena basuh sebab kuah makanan selalu sangat tertumpah kat atas tu. Dahlah susah nak dibersihkan, lagi-lagi kalau yang tumpah tu kuah kari. Kalau sekali dua, ok lagi. Ni dah banyak kali,akhirnya hilang juga kesabaran saya. Sudahnya saya basuh alas meja tu dan simpan je. Sekarang meja tu kosong tanpa alas meja. haihhhh.... So saya terfikirkan inisiatif lain. Ingat nak letak alas macam ni.
Hari tu ada jumpa di Ikea tapi terlupa nak beli. Insyaallah kalau saya ke Ikea lagi. Saya nak beli alas meja ni atau pun fabrik cupcake yang cute macam kat bawah ni :)
hmmm... Macam ni Barulah ceria meja makan saya nanti. :)
Bunga-bungaan
Nama pun perempuan kan. Saya rasa kehadian bunga-bungaan akan menceriakan lagi meja makan saya. Sebelum ni, saya letakkan bunga Ros warna merah atas meja makan saya. Tapi, lama-lama, jemu pulak. So saya Google beberapa sumber di Internet untuk dijadikan rujukan. Suka beberapa idea kat bawah ni
Banyak-banyak Idea kat atas ni, saya paling suka Idea letakkan bunga Orkid atas meja makan. Nampak Klasik. Mungkin saya akan hiaskan meja makan saya dengan Bunga orkid. Insyallah, kalau berjaya projek saya ni, saya akan upload gambar. Ok sampai sini je hari ni. till then
x.o.x.o
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.