Sunday 14 April 2013

Picnic Time! Idea datang Bergolek

Salam & Hye,
Selamat berhujung minggu. Weekend ni,kami takde plan nak buat apa-apa aktiviti. Oleh kerana saya tak jadi balik kampung. Saya dan Shahrul plan untuk pergi picnic dengan kawan-kawan kat Sungai Tekala, Semenyih. Dah lama saya tak pergi berkelah. Sekali sekala seronok juga.
 






 First time sampai sini. Sebenarnya tak jauh pun daripada rumah kami kat Bandar Teknologi tu, perjalanan ambil masa setengah jam je.Kami pergi waktu petang, tak ramai sangat orang. Semua orang dah balik time ni.Anyway tempat ni ok lah, sesuai kalau nak berkelah dengan keluarga. Sungai dia pun bersih dan tak dalam sangat. Sesuai kalau nak bawa anak-anak mandi manda.
Sebelum pergi saya sempat lah masak nasi goreng dan beberapa menu lain,buat bekalan. Tapi bila dah masak dan isi dalam tupperware siap-siap. Baru saya teringat. Saya tak ada pinggan Plastik kat rumah ni.  Takkan nak bawak pinggan kaca?? Bukan tak boleh, tapi pinggan kaca agak berat dan mudah pecah. Kalau pinggan Plastik lebih sesuai nak bawak pergi berkelah sebab lebih tahan lasak.


So penyelesaiannya saya bawak mangkuk plastik yang saya guna untuk memasak je. Rasa macam tak best pulak :( Tiba-tiba teringat masa last time saya ke Ikea tempoh hari ada terjumpa bekas mangkuk plastik untuk kanak-kanak. Cute sangat mangkuk Plastik tu, berwarna warni dan ceria, macam pelangi.





Masa tu tak terfikir pula nak beli. Sekarang rasa menyesal pulak sebab tak beli. Terfikir, banyak fungsi kalau beli set mangkuk kanak-kanak Ikea ni. Contohnya, Kalau nak pergi berkelah ke Family day ke, boleh bawak mangkuk-mangkuk ni je. Tahan lasak dan cantik berwarna warni pulak tu. Kalau ada rezeki dan kami dapat baby nanti. Boleh recycle je, mangkuk-mangkuk ni :)
Nanti kalau dah ada baby, bolehlah buat Kabinet Khas untuk baby macam ni :) Insyallah kalau ke Ikea nanti, saya akan beli mangkuk-mangkuk ni. Ok la sampai sini dlu.
Till then, xoxo... :)

1 comment:

  1. Hi, salam ziarah. Nanti nak senang basuh mangkuk ikea tu boleh guna dishwash yang akan saya kongsikan di blog saya www.goldenlounge.blogspot.com. Hari selasa baru keluar entry. :))

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.