Thursday, 11 April 2013

My New Obsession: ORCHID!!


Salam & Hye,
Yup, You heard right! Obsesi terbaru saya adalah Bunga Orkid!!
 Semalam saya dan Shahrul saja keluar jalan-jalan di Kajang. Saya pujuk dia, supaya bawa saya ke Metropoint. Nak Jalan-jalan kat kedai Romantika. Saya memang nak beli dulang kat sana. Rupa-rupanya Romantika tengah buat Sales Clearance Stock. Bunga-bunga Orkid yang dah lama saya berkenan tu, dah turun harga! Memandangkan dah tengah-tengah bulan macam ni. Bagi orang yang makan gaji macam saya ni, faham-fahamlah kena berjimat-cermat sehingga hujung bulan. So Terpaksalah saya tahankan diri daripada borong semua Orkid-orkid tu. ( T.T nangis.. ) Tapi dalam pada tu, Saya sempat  sambar satu Orkid Color Pink Harga asal RM9, tapi dah turun RM6. Saya minta Shahrul belikan untuk saya. :) Anyway, Saya cadang nak letak kat rak atas Sinki. Dulu saya letak Orkid warna Putih/Cream. Tak berapa menyerlah sangat sebab dinding saya warna kelabu.

Sebelum

Selepas
So selepas ditukar dengan warna Pink barulah nampak ceria sikit kat ruang ni. Saya dah suka dengan bunga Orkid ni, sebab nampak sangat cantik.Mak saya pun sukakan bunga Orkid tetapi yang hidup dan BUnga-bunga orkidnya memang subur. Berbeza dengan saya. Oleh kerana saya tak ada bakat nak bercucuk tanam. So saya pilih bunga Orkid tiruan, sebab senang nak jaga. Lagipun, nampak cantik sangat kalau buat hiasan kat rumah. Saya google beberapa gambar di Internet, tengok bertapa kreatifnya mereka menghias rumah dengan bunga-bunga Orkid.









 Saya cadang nak beli Bunga Orkid yang besar sikit untuk gantikan tempat bunga Ros di ruang tamu nanti. Memandangkan ada promosi sekarang ni, lebih baik saya beli. Harga asal, bagi saya agak mahal sikit. Nanti nak beli lagi bunga Orkid kat situ. Harap-harap hujung bulan nanti masih ada yang cantik-cantik :) Ok lah sampai sini dulu,till then.
xoxo :)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.