Wednesday 13 April 2016

New Update Rumah Siapa?

Assalam & hye,
Lama sangat tak update pasal susun atur kat dapur. Arini nak shared sikit, ade perubahan sikit dalam kabinet tu, sejak kawin ni dah jadi hobi beli pinggan mangkuk huhu Bukan apa nanti senang kalau ada tetamu nak datang.

Still dengan tema cupcake kitchen, cuma takde pertambahan cupcake. Masih guna cupcake yang lama sebab takde tempat nak letak kalau beli yang baru. Setiap kali pergi Romantika rasa geram je tengok cupcake pelbagai bentuk dan warna tapi tak boleh beli sebab dah takde tempat nak simpan T.T Tengok Frame cupcake comel-comel tapi tak boleh beli jugak sebab shahrul tak bagi paku dah kat dapur tu T.T Anyway let's forget about that. Meh kita tinjau ruang yang ada tu saya simpan apa.
atas almari dapur gas ni saya masih letak bakul minyak masak, black papper, garam, sudu kecil dan lain-lain. Setakat ni agak praktikal lah, senang nak capai time masak, hidup kena mudah huhu.
Dalam almari ni ade satu ruang je. So kena pandai susun agar segala mak nenek senduk sudip kuali periuk belanga boleh muat phewwww lap peloh. Bakul Sudip dan pisau tu pun dah lama sangat guna tapi still praktikal so tak payah nak membazir walaupun shelf pink tu tak matching langsung dengan bakul  T.T tapi tutup mata je huhu Idea nk guna shelf pink beli kat Daiso tu berguna jugak pasal boleh jimatkan ruang nak simpan periuk dua tu, Kuali dan pan sorok belakang tu, so space ni memang ngam-ngam untuk semua barang yang ada ni huhu.
Ruang ni pulak saya simpan segala mangkuk bertutup, periuk dan cawan. Ada beberapa keluarga baru dalam ruang ni, antaranya mangkuk bertutup corak rose tu huhu. Yang tu suruh makcik belikan kat Segamat. Satu set ade 3 mangkuk berlainan size dan harga RM70 kalau tak silap. Mangkuk kaca jernih tu pulak beli kat Mydin Bandar Teknologi. Satu RM7.90 huhu murah kan, pastu kegunaan pun sangat praktikal. Senang sangat lepas masak letak je lauk pauk dalam mangkuk tu then tutup je, tak payah risau pasal lalat dan tak perlu guna tudung saji dah huhu.
Ruang atas ni takde perubahan rasanya. Masih sama, cuma bezanya saya simpan pinggan cupcake je belakang tu, sebab sebelum ni letak atas shelf Ikea tapi masa shahrul cat dapur ni dua tahun lepas dia terpatahkan rak tu, then pinggan-pinggan tu takde tempat nak simpan, sebab tu saya tumpangkan sementara dekat ruang ni sementara nak beli rak baru kat IKEA, tapi malangnya size yang ada still kecil tak muat nak simpan semua pinggan tu, jadi daripada menumpang terus jadi penduduk tetap kat ruang ni.
Ruang Tupperware dan tipuware ni pun takde perubahan cuma ade pertambahan ahli baru iaitu botol Hello Kitty Comel from Tupperware, hadiah hari jadi tahun ni dari kakak Ipar.
Ruang Bakeri masih sama, sekarang dah jarang sangat buat kek. Rinduuuu tapi takde masa nak buat..
Partner Oven dah bertukar,sebelum ni saya letak Mixer. Tapi since gatal beli coway tapi takde tempat nak letak, Jadi kena korbankan Mixer. Terpaksa simpan tempat lain sebab jarang sangat pakai so baik kita letak coway kat situ. Meja ni saya alihkan sebab nak dekat dengan plug point senang nak guna Oven ni nanti.
Ruang ni pun pada saya agak padat. Rasanya mangkuk hijau tu nak bagi kat mak saya since saya dah berkenan dengan satu mangkuk yang saya jumpa kat IKEA. Dah bagitahu Shahrul, dia geleng kepala je bila saya kata nak tukar mangkuk-mangkuk dalam ni huhu. Anyway rasanya setakat ni je. Saya lupa nak ambil gambar ruang Teko dan Jug huhu, nanti ada masa saya cerita pasal ruang tu, Insyallah, till then xoxo

2 comments:

  1. assalam, wah tersusun dan kemas sgt :)

    ReplyDelete
  2. ain, sayang kan ruang kabinet tu tak boleh susun sampai atas..kena buat para baru puas hati bleh fully utilize space

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.