Tuesday, 29 November 2016

Wall Key Holder/Tempat gantung kunci

Assalam & hye
Memang dah lama sangat nak gantikan tempat gantung kunci kat rumah tu. Puas juga cari gambar kat google, cara untuk DIY dan cari juga tempat gantung kunci yang comel kat kedai-kedai. Buat masa ni memang tak ada yang bekenan di hati. Selama ni kami gantung kunci guna tempat gantung macam ni
Rasanya dah lebih lima tahun saya beli dan dah nampak buruk sangat-sangat. Sedih tiap kali nak gantung kunci haha. Mulanya nak cari yang simple je, tapi ada satu hari tu tengok gambar kat pintres bekenan dengan idea entrywaylebih kurang macam ni.


Tapi memandangkan ruang nak gantung kunci tu terhad dan belakang pintu pula tu memang tak sesuai lah kalau nak buat macam ni huhu. So saya fikirkan idea lain. Saya taknak dah gantung-gantung kunci kat wall nampak serabut. Saya suka idea gambar di atas ni, tapi memang takde ruang nak letak apa-apa almari kat situ, so solution nya gunakan wall shelf. Mulanya nak warna putih tapi cari di Ikea Damansara dan Cheras shelf yang saya nak tu takde, so automatik tukar color hitam dan putih. Saya beli wall shelf, cermin, pasu comel, bunga hiasan dan bekas comel untuk simpan kunci.
Balik je dari Ikea tak sabar-sabar minta tolong Shahrul pasangkan rak tu. So hasilnya
 Saya suka sangat tema hitam dan putih macam ni.

Saya asingkan semua kunci, satu untuk saya, satu untuk shahrul dan satu lagi untuk kunci yang jarang kami gunakan. Senang asingkan supaya Shahrul tak tercari-cari. Nampak kemas sikit macam ni dari gantung kat wall.Saya tengah siapkan projek makeover ruang meja makan. Kami dah tukar lampu dan dekorasi di situ, nanti saya share prosesnya.  Till then xoxo

Monday, 28 November 2016

Coffee Station

Assalam & hye
Siapa kat sini suka sangat minum kopi? Sila angkat tangan laju-laju huhu Saya memang teringin sangat nak ada sudut untuk buat kopi kat rumah. Selalu sangat google atau cari kat Pintres gambar lawa-lawa Coffee Station and save dalam phone buat inspirasi huhu. Tapi memandangkan ruang dapur yang terhad, terpaksa pendamkan hasrat nak buat sudut kopi tu. Tetiba pertengahan bulan ni, saja-saja bukak website Lazada. Eh! diorang ada buat sales lah, So tangan ni pun gatal-gatal pergi order Coffee Maker huhu alasan.......sebab murah, jadi kita sambar satu dulu. Cadangnya nak buat Coffee station guna rak Laiva yang dah tak nak guna kat ruang tamu, nak heret rak tu ke dapur. Kebetulan ada satu ruang kecil dari dapur menghala ke Pantry/Laundry room yang kosong. Sayang pulak kalau tak gunakan sepenuhnya ruang yang ada.  So saya cadang nak buat kat sini, nak letak rak tu kat sini, dah draft gambar macam mana nak buat tapi bila fikir-fikir semula, baik buat Coffee Station/Breakfast Bar je huhu tak perlu pakai rak tapi gunakan wall shelf. So minggu ni sempat jejakkan kaki kat IKEA beli barang-barang.

Saya beli wall shelf warna putih, kerusi tinggi untuk Bar dan satu rak kaca.. Yang tu tak sengaja beli, Shahrul beli mula-mula untuk letak kat ruang tamu, tapi dia tak perasan rak tu rendah. Jadi dia cadangkan letak rak tu kat ruang kopi saya. Nasib baik rak tu cantik, so saya setuju tapi..... saya kena ganti rak lain untuk dia letak kat ruang tamu. Oleh kerana dia sudi nak pasangkan semua rak tu so takpelah huhu. Kami siapkan projek sudut kopi ni,ambil masa dalam 3-4 jam jugak lah. Pasang Wall Shelf, Rak Kaca, wiring dan lain-lain phewwww.... So Hasilnya



I'm proudly present my own Coffee Station. Happy sangat sebab dapat sudut ruang kopi sendiri huhu. Till then xoxo

Sunday, 6 November 2016

Spices Organizing Part 2

Assalam & hye
Sebelum ni saya ada cakap nak share pasal organizing spices atau susunatur rempah ratus.Walaupun dah banyak kali susun sebelum ni masih rasa tak puas hati sebab rasa tak berapa kemas. Jadi saya ubah sekali lagi ruangan rempah ratus tu. Saya dapat idea daripada gambar kat google, sebelum tu saja survey pasal insert shelf ikea Variera so dapat ilham nak buat susunatur macam ni. Gigih pergi Ikea semata-mata nak beli insert shelf tu, niat nak beli 2 size, 1 size besar dan 1 lagi size kecil.Tapi untuk size yang besar kat Ikea dah sold out. Jadi saya beli satu je size kecil dan cari kat Facebook group Ikea, ade personal shopper yang jual. Alhamdulillah dapat jugak walaupun harga mahal sikit la sebab include upah beli dan postage tapi takpelah daripada nak kena cari kat Ikea Damansara kan, rasanya berbaloi-baloi. Dapat je Shelf tu dari abang poslaju, balik rumah terus tak sabar-sabar pasang shelf tu dan susun dalam pantry. Hasilnya agak memuaskan hati huhu.
 Ada 2 tingkat. Atas sekali saya simpan stok herba-herba mint, oregano, paprika etc. Tingkat ke dua pula saya simpan serbuk kari, kunyit, garam etc dan yang bawah sekali tu saya simpan kulit kayu manis dan sup bunjut. Nak tambah lagi stok dalam masa terdekat. Bekas samla tu pula saya simpan stok rempah ratus yang takde bekas. Semua letak dalam tu.

Gambar keseluruhan Pantry. Nak topup stok, sebab stok biskut dah habis huhu.. Till then xoxo

Wednesday, 2 November 2016

Coffee Station

Assalam &hye
Agak-agaknya dalam rumah orang melayu ada tak coffee station huhu. Macam menarik pulak idea nak buat coffee station atau ruang minuman kat dapur kan? Masa jalan-jalan kat Jusco tetiba nampak coffee maker tengah buat promosi, harga memang berbaloi-baloi tapi tengah fikir praktikal ke nak buat kat rumah sendiri???? Idea tu menarik tapi kena tengok kesesuaian tempat nak letak. Memandangkan dapur saya yang cenonet tu memang tak mungkin la nak buat coffee station sebab takde tempat nak letak nanti, tapi akan dipertimbangkan juga huhu nakkkk jugekkkkk T.T saya bekenan idea coffee station macam kat bawah ni dan saya ada idea sendiri macam mana nak realisasikan impian nak buat coffee station dengan ruang yang minimum, Insyallah huhu






Sunday, 30 October 2016

Living Rooms, Spices & Cupcake Kitchen

 Assalam & hye,
Happy weekend korang.. errrr... walaupun arini dah kembali bekerja T.T Nak cerita pasal weekend lepas. Sempat merayap ke Ikea. Niat nak cari insert shelf ni kat Ikea.

Nak reorganized semula ruang spices kat rumah tu. Rasanya dah ubah 2-3 kali tapi still rasa tak kemas ruang tu. Saya berkenan dengan Idea susun atur rempah ni, so niatnya nak buat lebih kurang macam ni.

Saya nak beli satu insert shelf size besar, satu lagi size yang kecil. Tapi size yang besar dekat Ikea Cheras dah sold out. So nak tak nak ambik satu je size kecil T.T Balik tu tak sabar-sabar terus kemas semula.
Ni untuk sementara je, nanti nak cari jugak size yang besar tu nak buat dua tingkat mihmihmih. Beli juga bekas samla tu, masa Shahrul tanya "nak buat ape beli lagi bekas tu?" Laju-laju saya jawab adelah nak simpan barang walaupun saya sebenarnya takde plan pun nak simpan apa hoho. Bila lalu je Bahagian Storage ni, nampak ada bekas samla yang banyak, terus sambar satu sebab suka sangat boleh simpan macam-macam benda dan nampak kemas. Balik dari Ikea kemas-kemas dalam pantry terjumpa rempah ratus dalam packet, lebihan buat nasi tomato minggu lepas. Terus simpan dalam Samla ni, huhu nasib baik sempat sambar bekas tu. Nanti saya kongsikan susunan baru lepas saya berjaya dapatkan Shelf yang besar sikit tu.
Anyway Shahrul bila ke Ikea mula lah, lalu je bahagian lampu, dia pun nak shopping lampu hoho nak ganti floor lamp lama tu. Dia dah lama sangat berkenan Floor Lamp Astrid nih.
So dah alang-alang ke Ikea sambar terus lampu ni dan Carpet bulu-bulu itewwww.
Maka hasilnya seperti di bawah huhu
nanti ingat nak cari frame baru gantikan frame bunga-bunga tu. Maybe nak cari frame hitam putih
something macam ni
kat Kaison rasanya banyak frame camni huhu. Lastly, yang ini bukan Ikea punya tapi nak shared jugak huhu bebaru ni ada beli runner cupcake comel tu huhu. Tengok dekat FB ade orang jual runner tu, laju-laju pm dia. Harga dalam RM30++ campur postage, so ape lagi terus sambar seketoi. Suka sangat sebab masih lagi kekal setia dengan tema cupcake kitchen hoho. Nanti kalau ada rezeki nak tukar langsir dapur tu. Dah dekat 3 tahun asik pasang, basuh pasang balik langsir yang sama dan op coz nak cari kain cotton Cupcake.
Till then xoxo

Tuesday, 25 October 2016

Teapot Cupcake dapat rumah baru

Assalam & hye...
Post sebelum ni sy ada cerita pasal saya beli teapot cupcake idaman.  Balik kerja tak sabar-sabar terus susun atur semula kc nak bagi ruang siap-siap untuk teapot comel tu huhu

Taraaa...  teapot comel dah dapat ruang dalam kabinet ni,  tuan tanah senang hati pasal kabinet ni penuh corak cupcake huhu. Cawan yang sebelum ni kat atas rak tu saya pindakan ke ruang bawah,  susun elok-elok. 
Semua corak bunga kecuali tray kaca cupcake tu, semua duduk satu tempat. Senang hati sebab da dapat teapot idaman huhu.till then xoxo 

Monday, 24 October 2016

Cupcake Teapot

Assalam & hye....
Lama sangat rasanya pencen beli cupcake ceramic. Now I'm back huhu. Alah dapat beli teapot je pun tapi happy mcm dapat guni emas haha. Anyway teapot ni memang idaman sangat, memang lama dah nak beli. Tapi selalunya takde stock, maybe dah rezeki saya finally dapat jugak.. Alhamdulillah. Tq seller comel kak diana, sanggup cod sampai ke Kajang, semata-mata nak hantar teapot tu.