Monday 28 November 2016

Coffee Station

Assalam & hye
Siapa kat sini suka sangat minum kopi? Sila angkat tangan laju-laju huhu Saya memang teringin sangat nak ada sudut untuk buat kopi kat rumah. Selalu sangat google atau cari kat Pintres gambar lawa-lawa Coffee Station and save dalam phone buat inspirasi huhu. Tapi memandangkan ruang dapur yang terhad, terpaksa pendamkan hasrat nak buat sudut kopi tu. Tetiba pertengahan bulan ni, saja-saja bukak website Lazada. Eh! diorang ada buat sales lah, So tangan ni pun gatal-gatal pergi order Coffee Maker huhu alasan.......sebab murah, jadi kita sambar satu dulu. Cadangnya nak buat Coffee station guna rak Laiva yang dah tak nak guna kat ruang tamu, nak heret rak tu ke dapur. Kebetulan ada satu ruang kecil dari dapur menghala ke Pantry/Laundry room yang kosong. Sayang pulak kalau tak gunakan sepenuhnya ruang yang ada.  So saya cadang nak buat kat sini, nak letak rak tu kat sini, dah draft gambar macam mana nak buat tapi bila fikir-fikir semula, baik buat Coffee Station/Breakfast Bar je huhu tak perlu pakai rak tapi gunakan wall shelf. So minggu ni sempat jejakkan kaki kat IKEA beli barang-barang.

Saya beli wall shelf warna putih, kerusi tinggi untuk Bar dan satu rak kaca.. Yang tu tak sengaja beli, Shahrul beli mula-mula untuk letak kat ruang tamu, tapi dia tak perasan rak tu rendah. Jadi dia cadangkan letak rak tu kat ruang kopi saya. Nasib baik rak tu cantik, so saya setuju tapi..... saya kena ganti rak lain untuk dia letak kat ruang tamu. Oleh kerana dia sudi nak pasangkan semua rak tu so takpelah huhu. Kami siapkan projek sudut kopi ni,ambil masa dalam 3-4 jam jugak lah. Pasang Wall Shelf, Rak Kaca, wiring dan lain-lain phewwww.... So Hasilnya



I'm proudly present my own Coffee Station. Happy sangat sebab dapat sudut ruang kopi sendiri huhu. Till then xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.