Tuesday, 18 June 2013

Ramadhan, Syawal & Kenangan.....

Salam & Hye,
Diam tak diam, kita dah nak menghampiri bulan Ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Sebut pasal bulan puasa ni, nak tanya jugak korang semua dah ganti puasa ke belum?? hehe
Alhamdulillah, saya dah abis ganti puasa.Menjelang bulan Ramadhan ni, banyak benda yang saya fikirkan. Tahun ni, saya dah galas satu tanggungjawab yang baru sebagai seorang Isteri. Macam-macam yang saya kena fikirkan menjelang Bulan Ramadhan ni. Terutamanya tugas memasak waktu berbuka dan  bersahur. Masak waktu berbuka bagi saya tidak ada masalah. Tapi yang jadi problemnya waktu bersahur.

Masa bujang dulu saya memang tak bangun sahur ( ye memang Teruk betul perangai saya kan hihihi) Tapi selepas mendirikan rumah tangga ni, tak bolehlah saya nak teruskan habit lama saya tu hmmmm.  Takpe, rasanya inilah masa untuk berubah. Tahun baru, status baru maka azam pun haruslah baru kan?? Insyallah saya akan galas tanggungjawab tu sebaik mungkin.
Tu baru sebut bulan Ramadhan, belum sebut pasal Bulan Syawal. Lagilah banyak yang saya kena fikir tentang Baju raya... kasut raya.... kuih raya... duit raya... balai raya... bunga raya...( erkk.. yang tu tak termasuk dalam pakej ) pendek kata semuanya raya lah. Teringat zaman-zaman dulu. Bila tiba je bulan puasa dan raya. Saya tak pernah fikir apa-apa pun. Bulan puasa tentulah kena berpuasa. Tapi bila tiba hari raya pulak, semuanya Emak dan Ayah yang sediakan. Menjelang raya, orang yang paling sibuk adalah Emak. Segalanya dia akan sediakan, daripada baju raya, kasut raya, kuih raya hinggalah bab-bab menghias rumah.Apa yang saya tahu pagi raya dah ada baju raya dan kasut raya untuk digayakan. Hmmm.. besar pengorbanan Emak dan Ayah pada saya. Seingat saya, tiap kali tiba hari lebaran, Emak akan sediakan sekurang-kurangnya tiga pasang baju kurung untuk kami adik beradik. Tak termasuk kasut dan lain-lain. Waktu tu meriahnya syawal bagi saya. Sekarang bila saya dah dewasa dan berkahwin. Hari raya tidak semeriah masa zaman kanak-kanak. Segala-galanya perlu saya fikirkan dan sediakan. Alhamdulillah Shahrul memberi saya hak sepenuhnya untuk persiapan ini. Inilah part yang paling saya suka, so apa lagi kenalah sediakan bajet untuk shopping..shopping & Shopping!!!....... :)

Saya dah buat sedikit demi sedikit persiapan raya ( cepat,pantas & tepat... err macam slogan pdrm lah pulak ). Maklumlah tahun ni, saya dan Shahrul dah tinggal sendiri. Dah tentulah masa raya nanti, kawan-kawan atau sedara mara nak datang beraya kan. Jadi saya kenalah buat sedikit persiapan untuk rumah saya. Tapi takdelah meriah sangat, saya buat simple jer sekurang-kurangnya ada kuih raya dan sebagainya.Langsir, cat & perabot memang saya tak beli dan tempah pun, pakai je yang sedia ada.( kalo nak beli semua, boleh bankrup maciikk hihi ) Kuih raya saya takdelah tempah atau buat lagi. Tetapi bekas kuih raya, awal-awal saya dah sediakan hihihi. Bekas kuih raya saya lebih kurang macam kat bawah ni. Opkos! bekas kuih raya pun haruslah bentuk cupcake. Saya kan saiko cupcake!! hihihi.
Misi seterusnya nak cari teapots cupcake sebab nak padankan dengan mug & tray cupcake yang saya dah beli. Saya berkenan dengan Teapot ni, tapi buat masa ni belum jumpa lagi. Ada kawan-kawan FB jual tapi dah sold out pulak. Hmmmm kuciwa... T.T


Kalau korang tau, mana nak cari teapots macam ni. Bagitau saya ye, hehe. Until then xoxo

Saturday, 15 June 2013

Weekend means Cleaning


Salam & hye,
Selamat berhujung minggu. Hujung minggu ni, tak berapa seronok kerana Sabtu ni bermulalah kerja hari sabtu bagi saya dan Officemate. Sebelum ni takde pun kena kerja hari sabtu, tapi atas sebab-sebab tertentu. Boss saya yang baik hati tu arahkan kami kerja hari sabtu kecuali minggu ke dua setiap bulan. Sebagai pekerja kami semua terpaksalah akur dengan kehendak bos. Hmmm.. cukup-cukuplah saya bercerita tentang kerja hari sabtu dan bos saya yang baik hati tu hehe. Kalau terus bercerita bertambah stress pula nanti.Oleh kerana jadual kerja saya sudah berubah. Maka tugas membersihkan rumah pada hujung minggu pun berubah. Saya akan cuba buat semua kerja pada malam jumaat. Kalau tak sempat saya akan buat pada petang Sabtu.  Ahad adalah hari cuti bagi saya. Nak bergolek-golek kat rumah je, kalau kami takde aktiviti kat luar hehe. Anyway, petang ni saya hanya sempat lap koleksi cupcake saya jer, kerja-kerja yang lain saya dah bereskan pada malam Jumaat tu. Saya selalu jugak bersihkan seramik cupcake tu, sebab takmo habuk lekat kat situ. Anyway senang je nak bersihkan. Just ambil kain basah dan lapkan permukaan seramik ni. Saya ambil masa 10 minit je bersihkan mereka-mereka ni dan susun semula kat tempat asal.
Diam tak diam, saya dah ada 54 buah seramik cupcake rupanya. Mungkin koleksi ni akan bertambah lagi pada masa akan datang hehe (yang ni cakap slow-slow, xmo Shahrul dengar ) Sebelum ni saya pernah cakap yang saya suka sangat dapur yang bertemakan cupcake. Rasanya dapur saya tu dah siap 70% ikut tema Cupcake. Nanti bila dah siap sepenuhnya saya akan tulis entri yang baru. Wish me luck, guys.
Ok till then xoxo


Tuesday, 11 June 2013

Cupcake Fever

Salam & Hye,
Dengar tajuk pun dah tahu, post saiko lagi la nih hehe. Saya ingatkan saya sorang je yang saiko cupcake decor ni, rupa-rupanya ramai lagi. Most of them, peminat English Cottage la. Tapi dalam ramai-ramai tu saya admire kat dapur salah sorang kawan Fb saya ni. Dapur dia sangat comel bagi saya. Ni saya kongsi sikit gambar kat dapur dia.








cute sangat-sangat kan, memberi inspirasi pada saya. Saya suka deko-deko dapur macam ni simple dan kemas. Warna putih memang senang kalau kita nak padankan dengan apa-apa deko. Berazam nak buat dapur camni, one day :) Buat masa ni, saya memang suka kumpul cupcake seramik yang comel-comel. Tak kiralah sama ada coin bank, Mugs, Tissue holder, tray, framed dan lain-lain. Kalau decoupage saya tak minat sangat saya cuma sukakan seramik je. Tak tahulah kenapa. Misi akan datang nak cari piring cupcake dan juga teapots cupcake sebab nak padankan dengan mugs cupcake comel saya ni.

Saya dah jumpa satu page fb yang jual teapot cupcake ni. Insyallah saya akan selitkan dalam belanjawan akan datang :)

Sunday, 9 June 2013

Decoration Cupcake Kitchen again

Salam & Hye,
Selamat berhujung minggu! 
Hujung minggu kami kali ni, kami ke Cheras. Misi mencari Cupcake seramik dan  nak jumpa kawan baik saya Koh Cindy. Lama sangat tak jumpa dia sekali jumpa memang meriahlah dengan amoi ni punya gelak :) Kami jumpa kat dalam Jusco tu jugak. Pergi minum kat Old town dan borak-borak dengan dia. Seronok sangat dapat jumpa dia. Lepas ni, tak tau bila pulak nak jumpa dia. 
Gambar kenangan masa Camping tahun 2012
Anyway, berbalik kepada cerita asal tadi, saya sengaja ajak Shahrul teman saya jalan-jalan ke Jusco Mahkota Cheras. Saya nak pergi Daiso sebenarnya. Nak tengok kalau-kalau ada koleksi Cupcake yang saya belum miliki lagi. Then Saya jumpa cawan Cupcake yang cute sangat. So apa lagi, sambar ajelah. RM5 je pun hehe. Sayangnya mug cupcake tu ada tiga je. Nanti-nanti ada masa nak ajak Shahrul pergi Daiso tempat lain, nak beli lagi tiga. Baru complete :)
hasil tangkapan kat Daiso & Jusco ( Towel Cupcake tu subsidi dari Suami )
Sampai-sampai je rumah saya terus deko semula dapur saya. Susun semula semua cupcake supaya nampak kemas dan cantik. Bila tengok saya sibuk buat deko kat dapur, Shahrul geleng kepala je tapi tak cakap pape huhu. Pukul 1.30 pagi baru selesai, kat sini saya kongsikan gambar dapur saya yang tak seberapa tu.

Yang ni baru je ubah, sebelum ni ada black board saya tukar dengan tray cupcake ni. Tapi takut jatuh, so saya simpan semula. Nanti nak cari piring cupcake yang kecik sikit nak letak kat sini. 



frame kecik tu frame tiga serangkai. tapi saya buang tali tu, dan letak kat dinding untuk gantikan tray hijau dulu tu. Dah letak frame ni barula cantik sikit. :) 

Simple je saya decorate ni. Nanti nak ubah sikit furniture kat dapur ni. Saya dah ada idea baru, nak kasi lagi organized. So kalau nak tau, tunggu saya update entri yang baru ye, till then xoxo. 

Thursday, 6 June 2013

The Baking Zone

Salam & hye..
Siapa setuju kalau saya cakap " Baking is Theraphy" ??
Dulu masa bujang, saya memang tak berminat pun dengan aktiviti membaking ni.  Sejak saya berkahwin, baru timbul minat dengan Baking. Suka setiap kali apa yang kita nak buat menjadi! Agaknya itulah yang membakar semangat saya untuk teruskan aktiviti Baking ni. hehe. Saya mula kumpul pekakas-pekakas dan bahan-bahan untuk membaking. Lagipun minat saya ni bermula bila Saya perhatikan yang Shahrul suka sangat makan Biskut Chip Coklat. Di rumah, memang sentiasa ada stok Biskut untuk dia. Dia suka sangat makan biskut terutamanya masa tunggu saya siap masak makan malam. Nak alas perut katanya. So saya terfikir nak buat sendiri Biskut Coklat untuk Shahrul. Saya buat satu adunan je dan Alhamdulillah dia sukakan Biskut tu. Siap request suruh buat lagi kalau saya ada masa hehe.
Anyway,  Masa tunggu biskut masak, saya sempat kemas-kemas kawasan Bakeri saya tu. Saja nak tengok mana tau ada perkakasan yang dah kehabisan dan perlu dibeli. Sebelum ni, saya ada tulis post tentang measuring cups. Saya cuba cari measuring cup yang comel-comel macam yang saya jumpa di internet. Tapi malangnya memang takde. So saya ambil jalan mudah dan beli je measuring cups kat Daiso, The Mines. Saya beli warna kuning sebab takde pilihan lain. Tapi haritu pergi Daiso kat Puchong.Saya tengok ada colour pink. cis! tapi tak teringat pulak nak capai. Balik rumah baru  perasan yang saya lupa nak beli. haihhh... nanti kalau pergi lagi, nak beli jugak color pink tu. Measuring Cups kuning tu, nanti saya bagi pada adik saya je, sebab dia pun suka baking membaking ni emmm.. rasanya bukan suka tapi dia  lebih pakar dari saya hehe. Dalam mengumpul pekakas-pekakas Baking ni, saya sedar bahawa pekakas-pekakas yang saya beli ni perlu satu tempat untuk disimpan.   Supaya nanti senang nak capai, jadi saya beli je satu bakul kecik. Sebelum tu, saya selongkar beberapa gambar kat google untuk dijadikan rujukan dalam menyimpan pekakas Baking dengan kemas.

Saya suka tengok blog iheart organizing. Memang sangat memberi inspirasi. Tapi saya takde space macam ni kat rumah saya :( Tapi takpe, kita boleh buat organizing ikut kemampuan kita. Janji ada usaha :)  Okey, saya sempat snap gambar sebelum saya selongkar pekakas-pekakas Bakery saya ni.

Ok, start menyelongkar.
.......................
........................
...................
.
.....................
...............
.
..................
.
......................
...................
..................

Ye! Pekakas-Pekakas saya ni sikit je. Saya pun masih baru nak cuba-cuba bakat dalam membaking ni. So saya kumpul sikit-sikit dulu. Buat kek atau Biskut yang simple2 hehe. Nanti kalau dah pandai baru boleh tambah koleksi macam dalam blog abowlfulloflemons tu huhu.
Ok, ni dah masukkan dalam bakul semula. Saya baru perasan yang saya takde Piping bag, saje la kan mana tahu ada gunanya nanti. Lagipun bulan Ramadhan kan dah tak lama lagi. Saya berangan nak buat Biskut Raya sendiri kalau keadaan mengizinkanlah hehe Nanti kita tengok sama-sama menjadi ke tak biskut raya saya tu :) Wish me luck hehe.


Tuesday, 4 June 2013

Organizing Tupperware & Tipuware


Salam & hye,
Di dapur, saya ada satu Kabinet yang menyimpan koleksi Tupperware dan Tippuware. Saya takde lah banyak sangat kumpul koleksi Tupperware ( boleh pengsan laki aku kalo tau aku beli Tupperware bebanyak hehe). Saya still beli bekas Plastik yang lain. Seperti kata Xora (Rumahkamisyurgakami ) Beza Tippuware dan Tupperware adalah, Tupperware tidak akan keluar dari dapur saya untuk dijadikan bekas untuk tapau makanan, sebaliknya Tippuware je yang akan saya gunakan untuk tapau makanan.In case kalau orang tak pulangkan pun, takdelah saya ralat sangat hehe. Selain Tupperware, saya suka bekas plastik dari Ikea ni.
 Harganya murah je, tak sampai  RM15 pun. Ada 17 bekas plastik yang berbeza saiz dan bentuk. Saya beli 2 set, tapi bukanlah sekali gus ( nanti takut Shahrul bising, kalau tengok saya beli 2 set sekali gus hehe). Mula-mula beli satu set je, pastu balik rumah rasa best pulak bekas Ikea ni. So bila saya datang lagi ke Ikea, saya beli lagi satu set. Rasanya cukup dah kot, tak mo beli lagi. Kabinet Tupperware saya kecik aje. Yang dah sedia ada tu pun dah tak muat dalam kabinet tu. Nanti kalau ada rezeki, ada rumah sendiri dan beli Kabinet Dapur, baru saya buat Kabinet khas untuk koleksi Tupperware dan Tippuware tu ( ** Berangan Lebih **) Saya sukakan tersusun. Jadi semua kabinet dapur, saya akan susun dengan kemas. Mengikut standart saya lah hehe.Isu yang selalu menjadi masalah adalah cara menyimpan bekas-bekas Plastik ni.
Sumber dari Google
Gambar kat atas ni menunjukkan satu contoh masalah berkaitan dengan bekas Plastik ni kalau tak ditangani dengan baik. Untuk mengelakkan Kabinet saya jadi macam ni. Maka saya godek-godek Image kat Google dan terjumpa gambar ni:



Ohh.. saya suka sangat gambar ni. Sangat seragam, cantik dan teratur. Saya cuba praktikannya di Kabinet Dapur saya sendiri.
 Mula-mula keluarkan semuanya dulu. Baru perasan yang koleksi Tupperware & Tipuware saya ni berwarna warni rupenya hehe
 Kemudian susun semula dan Inilah hasilnya. 

Tak berapa kemas sangat. Insyallah saya akan cuba kreatifkan diri untuk buat susunan yang lebih kemas. Kalau dah berjaya,nanti saya upload gambar ok =)

Sunday, 2 June 2013

Mug & Glass Cabinets

Salam & Hye,
Selamat Berhujung Minggu. Hujung minggu kami kali ni di Kampung Halaman di Segamat, Johor. Seronok, kebetulan Maksu saya yang tinggal di Perak balik bercuti. So kami ambil kesempatan balik kampung untuk jumpa mereka. Dua hari je kami di Kampung. Ahad petang dah on the way balik ke Kajang semula. Stressed sebab Highway Jammed! Kami biasanya balik Kajang memang tak ikut highway Plus. Kami ikut Highway Lekas. Tapi disebabkan nak hantar adik saya balik ke Cyberjaya, kami ikut Plus. Tak tahu sebab apa boleh jammed. Masuk-masuk je highway Simpang Empat je dah jammed. Hmmm nak tak nak slow-slow jalan. Sampai rumah pukul 12 malam, terus tidur kepenatan.
Anyway, cukup-cukuplah saya cerita tentang jalan Jammed. Hari ni nak kongsi sikit tentang Mugs & Glass Cabinet saya. Saya ada buat rombakan sikit memandangkan saya dah tambah ahli baru dalam Group tu. Mari kita cuci mata dengan gambar sebelum & selepas Rombakan dibuat.

Sebelum


Selepas...



 Setelah Rak putih Daiso tu dibuang, banyak ruang yang boleh digunakan. Sory gambar tak berapa jelas. Saya ambil pagi tadi masa terkocoh-kocoh nak pergi kerja, time tu lah nak ambil gambar haihhhh....
Kalau anda perasan saya ada tambah ahli baru. Ye! Cupcake mug hehe. Saya rasa comel sangat Mug ni. Terus je beli. Ada tiga designed semuanya. Tapi saya sempat sambar dua designed jer hehe. Insyallah kalau dapat beli designed yang ke tiga. Saya akan Upload gambar lagi.