Monday, 15 July 2013

Organizing PaN, PotS & UteNsil DraWer

Salam & Hye,
Sebelum ni saya ada shared apa yang saya simpan dalam Kitchen Cabinet EnTri NiE.Hari ni saya nak kongsi gambar Drawer bawah meja memasak saya, kat sini saya simpan segala macam pekakas memasak yang selalu saya gunakan hari-hari seperti kuali, pan, periuk, senduk, sudip, pisau etc.
Saya belum ada bajet nak beli kabinet Dapur gas yang sesuai T.T sob..sob tapi TAKPE! akan diusahakan   ( muka ketat! ) So sementara ni, saya pakai dulu apa yang ada ( yang ni muka pasrah!! ). Drawer ni ada tiga ruang. Saya bahagikan mengikut kategori.
1. Ruang paling atas saya simpan Senduk, sudip, Pisau, Penebuk Tin dan lain-lain.
2. Ruang kedua menempatkan Periuk memasak.
3. Pan, Kuali dan lesung batu.
Anyway mula-mula nak cerita tentang ruang paling atas sekali. Sudip, Senduk & pisau ni, kalau tak diatasi dengan betul, memang mendatangkan masalah. Meh, kita tinjau gambar kat bawah ni.
Sumber dari En Google
Kalau kita tengok gambar kat atas ni, memang bercelaru dan susah kita nak cari barang apa yang kita nak.Memang boleh sakit mata kalau tengok Drawer kita camni huhu.  So saya google beberapa gambar yang boleh dijadikan rujukan dan penyelesaian untuk masalah macam ni.



Saya suka idea simpan sudu & garfu macam ni =)
 Sangat kemas dan tersusun kan, mudah kita nak capai apa-apa perkakasan yang kita nak guna. Gambar ni saya jadikan inspirasi untuk ruang Utensil saya. Ini gambar Drawer Utensil saya
Saya memang takde ruang dan pembahagi yang mahal-mahal dan besh macam kat Ikea tu T.T sob..sob.. Tapi takpe, kalau kita nak organized guna apa-apa sumber pun boleh, janji kita ada usaha nak organized kan pekakas yang selalu kita gunakan supaya nampak kemas dan tersusun. Penyelesaiannya, saya gunakan je sumber yang senang dan murah untuk diperolehi. Saya beli dua bakul warna biru yang berlainan saiz. Saya beli di Mr. DIY, bakul kat situ harganya sangat berpatutan dan murahlah bagi saya. Bakul macam ni kalau tak salah saya, berharga kurang dari RM4. Bakul kecil tu pun sama, harganya kurang daripada RM4. Sebelum beli saya ukur siap-siap keluasan drawer ni dan cari bakul yang bersesuaian. Dua bakul ni saya sengaja beli saiz yang berlainan, sebab nak asingkan apa yang bakal saya simpan di dalamnya. Sudip dan senduk saya memang pelbagai saiz dan panjang, bakul besar lebih sesuai untuk simpan pekakas-pekakas ni, kat dalam tu saya alas dengan kain, bagi elok sikit. Manakala bakul yang kecil pula,saya simpan gunting, penebuk tin, grater, Pisau dan sebagainya. Sudu dan Garfu pulak saya simpan dalam Kitchen Cabinet. Oh ya, sudip kayu, Scraper dan Egg Whisk saya letak dalam bekas seramik dan letak atas meja masak. Senang nak capai time masak ( buat keje nak senang je kan hehe)
 Ok settle dah bab utensil. Bab periuk dan Pan pun sama, kat sini saya google beberapa gambar yang saya jadikan rujukan untuk saya.: 


Saya suka susunan macam ni and again! saya takde ruang macam ni kat dapur saya. ( muncung panjang ) So saya gunakan apa yang saya ada. Meh kita bergerak ke Ruangan ke dua drawer saya: 

Ye, kat sinilah saya simpan periuk memasak saya. Saya suka gunakan clay pots macam ni, sebab lebih kemas nak simpan kot?? bagi saya lah hehe. Dulu saya ada beli periuk besi, tapi saya tak suka sangat maybe sebab periuk tu nipis, so setiap kali saya naikkan atas dapur gas dan  letak minyak masak mesti ada bunyi macam meletup dan setiap kali tu lah saya akan terperanjat ( muka pucat =_= ) So saya stop guna periuk tu, kecuali kalau aktiviti merebus je saya gunakan periuk tersebut. Aktiviti lain, saya lebih suka gunakan clay pots jer. Emmm... bawah clay pot tu ada pan Ikea. Pan ni Ayah saya belikan masa kami ke Ikea tempoh hari ( Thanks Ayah, I lebiu ) Pan tu saya letak situ sebab ruang Pan kat bawah ni dah tak muat hehe. Ok, move on meh tinjau ruang yang terakhir.
Ruang kat bawah ni, tempat saya simpan Pan, ada tiga size pan kat sini. Pan ni saya beli sebelum saya kawin lagi. Masa tu ada offer 3 biji pan berharga RM30, so apa lagi rembat jelah. Pan yang paling kecik tu, pan yang selalu saya guna, sebab tu color dy perang sikit tak lawa huhu. Selain pan, saya simpan strainer dan lesung batu hehe yang ni sebab takde tempat nak letak, kat sini je ruang yang paling sesuai. =) 

Extra ruang kat sini saya simpan Blender dan Buku Resipi Nigella Express ( beli je, tapi harammmm tak cuba lagi, nasib bek buku ni free akak ipar bagi, kalo tak mesti kena bebel doploh minit dengan Shahrul huhu) Anyway, sekian sahaja entri saya kali nih, nak sambung tengok Rooftop Prince, till then xoxo

Sunday, 14 July 2013

Currently watching thiS

Salam & hye,
Harini dah hari ke 6 kita berpuasa. Alhamdulillah, sekejap je masa berlalu. Dulu-dulu masa zaman budak-budak Ramadhan memang terasa lama sangat. Sekarang bila dah dewasa Ramadhan sekejap je berlalu. Semoga Ramadhan kita sentiasa mendapat keberkatan dan dipenuhi dengan amal Ibadat. Walaupun dah puasa ke 6, saya hanya sempat berpuasa pada satu Ramadhan, yang selebihnya keadaan tak mengizinkan T.T sob..sob.. Tapi TETAP!! kena bangun pagi, sediakan makanan untuk sahur En Shahrul saya tu. Alhamdulillah, dah semakin senang nak kejutkan dia bangun sahur. Syaratnya, saya kena tunggu sampai dia betul-betul bangun, baru boleh turun ke tingkat bawah kalau tak memang dia sambung tidur baliklah jawabnya, saya pulak yang makan hati tak pasal-pasal nanti mengamuk pepagi buta huhu. Semalam menu sahur untuk Shahrul adalah Nasi Goreng Ayam dan Telur mata. Alhamdulillah, selera dia makan, siap bertambah-tambah hehe. Shahrul memang makan berat untuk sahur. So pilihan yang ada samada Nasi atau Mee. Tapi dia tak berapa suka Mee, so kena sediakan nasi lah, cuma saya pelbagaikan lauk. Lauk kegemaran dia, Telur mata+kicap manis. Tapi takkan lah saya tergamak nak bagi dia makan telur mata hari-hari (walaupun dia tak kisah ) So samaada saya pelbagaikan lauk atau buatkan nasi goreng untuknya. Barulah selera dia makan pepagi.
Anyway hari ni nak shared pasal cerita Korea yang sya  tengah follow baru-baru nih. Asyik cerita pasal Cupcake Seramik jer, mesti korang semua bosan+meluat nak baca kan??  huhu.  Anyway, selain Saiko Cupcake ( muka innocent sambil kelip-kelip mata ) saya memang peminat cerita Korea dan Novel huhu. Cerita Korea yang tengah saya follow ni tajuknya
" Rooftop Prince " 



Best cerita nih, ni saya shared sinopsisnya: Kisah ni tentang seorang Putera Mahkota yang datang dari kurun ke 300 di Joeson ( Daerah Korea ) yang berkahwin dengan anak pembesar. Dalam satu tragedi, Isteri Putera Mahkota ditemui mati secara tiba-tiba di Tasik Istana. Putera Mahkota sangat sedih atas kematian Isterinya. Dia berazam untuk mencari punca kematian Isterinya, dia memilih tiga orang pengikut dengan kepakaran masing-masing untuk menyelesaikan misteri kematian Isterinya. Dalam satu kejadian, Putera Mahkota terperangkap dalam satu muslihat, ada pihak yang ingin membunuhnya, Putera Mahkota dan pengikutnya lari menyelamatkan diri. Sampai di sebuah tebing, mereka takde arah nak lari, lalu mereka nekad lompat dari tebing tersebut. Maybe ada Miracle, tetiba mereka tercampak ke zaman akan datang dan bertemu seorang gadis yang garang bernama Park Ha. Dari situ Putera Mahkota dan pengikutnya terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan zaman yang maju berbeza dengan Joeson dan cuba menyelesaikan misteri kematian Isterinya.
Hmm.. kalau nak tau lebih lanjut, boleh cari cerita ni kat Youtube ke kat mana-mana sumber yang boleh korang tengok cerita nih, saya tengok kat 8tv pukul 8.30malam hehe. Selain cerita ni, saya suka cerita Boys Over Flower, Full House, You're Beautiful, My Girl, Oh My Lady, The Moon Embracing The Sun, My Gf is a Gumiho, Spy Myung wol, Feast Of the God, Princess Hour dan lain-lain ( banyak sangat kalo nak sebut satu persatu hihi ) Anyway, tentang novel pulak. Antara novel yang menjadi kegemaran dan kesayangan saya adalah:
Harry Potter The Series 
Saya ada semua siri buku ni, favourite  saya adalah Harry Potter and The Prisoner of Azkaban =)
Twilight the Series
Macam tu jugak dengan Twilight, saya kumpul semua Novelnya, Favourite saya haruslah Twilight Saga Breaking Dawn. Ke dua-dua novel ni adalah novel terbaik pernah saya baca. Penulisnya sangat kreatif, boleh fikir dan create cerita yang tak semua orang boleh buat, memerlukan daya imaginasi yang tinggi (yang baca pun boleh jadi saiko, sebab tu kumpul semua siri =) Bagi korang yang tak pernah baca dan teringin nak tau pasal buku nih, bolehlah cari kat kedai-kedai buku berhampiran. Saya jamin, takkan rugi huhu anyway till then xoxo

Friday, 12 July 2013

Weekend vs Organizing

Salam & Hye
Selamat berhujung minggu, minggu ni saya cuti hari Sabtu dan Ahad. Oleh kerana bulan Puasa. Saya tak perlu memasak waktu tengah hari yeayyyy... So lepas siap semua kerja rumah, takde ape nak buat. So saya susun atur semula Kitchen Cabinet saya. Sebenarnya susun atur tu dah ok bagi saya. Cuma nak buat perubahan sikit, meh kita cuci mata dengan gambar-gambar kat bawah ni
Ini keseluruhan rupa kitchen Cabinet saya. Meh kita melawat apa yang saya simpan dalam nih

Ruang yang atas sekali ni, saya letakkan semua koleksi Mug, Gelas dan Teko. Kesemuanya warna Favourite saya pink & putih. Kebanyakkan mug saya bertemakan Cupcake ( dah kata Saiko Cupcake kan?? hehe )
 Ruang bawah Kabinet ni, Saya letakkan semua koleksi periuk, mangkuk dan Tray ( yang ni hadiah drp En Husband =) 
Dalam laci pertama ni saya simpan koleksi sudu dan garfu, hadiah daripada mak saya masa saya mula-mula nak pindah ( Thanks Mak, I lebiu ) Senduk dan copstick
Laci ke dua menempatkan mangkuk-mangkuk.
Kabinet ke dua ni, saya letakkan Rice cooker, Water heater dan koleksi cawan yang selalu kami gunakan.
Ruang ni, paling penting. Kat sini lah saya simpan koleksi pinggan, mangkuk dan Tray.Ye, saya ada satu set pinggan je, setakat ni memang cukuplah kalau dua-dua Family kami datang bertandang. Tak perlu banyak sangat stok pinggan, takde tempat nak simpan nanti hehe. Saya suka semua pinggan saya seragam, Saya beli set pinggan ni sebelum saya kawin lagi, saya sukakan English Cottage, so pinggan saya pun, haruslah nak ala-ala henglish hehe
Ruang ni adalah ruang tall Cabinet, ruang yang atas sekali saya simpan koleksi Jug, Bread toasted, Dry Blender, Teapot, Cawan dan piringnya.
Ruang ke dua tall cabinet pula menempatkan rumah Tupperware dan Tipuware.
Ruang yang ke tiga pula menempatkan koleksi mangkuk-mangkuk saya.
Dan ini adalah ruang terakhir, saya simpan koleksi mangkuk-mangkuk jernih ( hadiah kawin ) dan Aluminium foil dan Plastic wrap. Ok, sekian saja buat masa ni, ni je perubahan yang saya buat. Nampak kemas sikit ( bagi saya lah ) Senang nak cari kalau ruang Kabinet kita kemas, lagipun sedap sikit mata memandang ( Senyum lebar ) hehe. Anyway, till then xoxo

Thursday, 11 July 2013

Dugaan hari ke-3 Ramadhan

Salam & hye,
Hari ke 3 berpuasa, memang betul-betul dugaan. Pagi-pagi nak pergi kerja minyak motor kering pulak. Saya ke tempat kerja memang naik motor je, senang. Lagipun kerja Shahrul memang memerlukan dia untuk bawak motor, senang nak parking katanya. Agak jauh jugak Shahrul tolak motor ke stesyen minyak tu, saya yang jalan kaki ni pun nak pengsan rasanya :'( Takpelah dugaan bulan Ramadhan.
Anyway, Entri sebelum ni saya ada sebut tentang saya perlukan ruang lagi SINI Semalam duduk kat rumah, dapat idea mana nak letak piring biru cupcake yang sebelum ni saya letak kat atas meja masak. Memang saya tak suka nak letak kat sini, tapi masa tu takde idea dan takde choice so terpaksa letak.
Now, untuk sementara waktu saya letak je atas Oven dan belakang gingerbread house ni. Rasanya better sikir daripada letak atas meja masak. kat sini saya selitkan sikit gambar.

Maybe untuk sementara je ni, nanti ada ruang yang sesuai saya akan alihkan. Anyway till then xoxo

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan ke 2

Salam & Hye
Alhamdulillah, hari ke dua berpuasa hujan turun membasahi bumi. Sejuk dan mendamaikan. Hari ke dua berpuasa menu bersahur lebih simple daging masak kicap, sayur sawi goreng dan buah kurma. Hari ke dua berpuasa lebih mudah nak kejut Shahrul bangun, syaratnya saya kena tunggu dia bangun baru turun ke tingkat bawah, kalau tak jenuh jugak nak turun naik tangga.
Semalam kami berbuka dengan menu kat bazar Ramadhan je. Balik keje terus singgah Bazar Ramadhan Jalan Reko, maybe first day puasa orang memang sangat ramai. Kami beli Nasi Ayam sebungkus sorang, Air Keladi, Air Jambu ( tekak orang puasa, air sampai 2 jenis huhu ) dan Roti John. Hari ke dua berpuasa ni, ingat nak masak sendiri, cuma menu tak tahu lagi. Mungkin kuey teow goreng basah kot. Apa menu berbuka puasa korang hari ni? masak or bazar?? hehe till then xoxo

Tuesday, 9 July 2013

Seriously, I neeD more SpaCe

Salam & Hye,
Selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat menunaikan ibadat yang dituntut oleh Agama. Alhamdulillah, dapat merasai nikmat berpuasa sebagai seorang Isteri. Pertama kali bangun masakkan sahur untuk husband. Dulu-dulu memang tak bangun sahur pun, kalau bangun pun segalanya dah siap terhidang. Tahun ni memang takde excuse lah nk skip masak sahur. Menu sahur pagi ni pun simple je Telur dadar, Ayam goreng Kunyit dan Sayur Bendi goreng. Saya bangun pukul 4.15pagi, selesai memasak pukul 4.40pagi. Siap kemas-kemas dapur, basuh pekakas memasak dan hidang makanan. Terus kejut Shahrul bangun sahur, Dua kali kejut baru bangun huhu... Kami selesai bersahur pukul 5.15pagi, lepas basuh semua pinggan dan mangkuk. Tunggu waktu Subuh masuk, solat dan terus sambung tidur hihi.
Anyway, semalam sebelum balik kerja saya dah terima parcel piring cupcake yang saya tunggu-tunggu tu. Excited sangat, terima kasih kepada Kakak yang sudi belikan untuk saya.
Balik je rumah, terus bukak parcel ni dan terus jatuh hati dengan piring nih ( senyum lebar )
Suka sangat dengan piring warna pink ni, cantik dan mengingatkan saya tentang Gingerbread house hehe. Piring biru tu pun not bad jugak, comel tapi tak sama. Dalam keterujaan nih, saya tak perasan yang saya ada masalah ngan dapur kecik saya tu. Tengok keliling, nak cari tempat sesuai nak letak menda alah ni, baru saya perasan yang saya dah takde ruang lagi nak letak piring-piring comel ni ptffff... hmmm.. saya terpaksa ubah sikit kedudukan yang sedia ada.Piring Cupcake warna Pink ni saya letak atas Oven.
In progress 
Done! Bila da susun kat situ nampak sesuai pulak hehe
So piring merah yang sebelum ni saya alihkan ke tempat baru. 
Hmmm... rak ni lah yang jadi mangsa keadaan, terpaksa tumpang kat sini dulu. Nanti dah ada rak baru, baru saya letak tempat lain :) ( nak sedapkan hati ) Warna biru tu, saya memang dah takde idea nak letak mana-mana. So terpaksa letak kat sini dulu ( walaupun hati meronta-ronta kata takmo letak sini ) 
Hmm.. nanti nak pergi Ikea lah, nak beli rak lagi. Hari tu masa pergi Ikea takmo beli, sebab takde space nak letak, tapi sekarang kena beli jugaklah huhu. till then xoxo

Monday, 8 July 2013

This Place Too Crowded???

Salam & hye,
Sebelum ni, saya ada cerita dalam entri tentang tunggu parcel barang ni kan? Entri Nie
Alhamdulillah, dah selamat sampai. Walaupun penghantaran lewat 5 hari ptfff... Tapi takpelah, Janji selamat sampai, dan cupcake ni dah selamat mendarat kat kitchen cabinets saya.

too crowded saya rasa. hmmm, nak kena beli rak lagi. Tapi.... tak cukup ruang dah. Dapur saya ni kecil molek jer, bahagian dinding nih dah penuh dengan framed huhu



Tengah tunggu parcel untuk piring cupcake pulak.
yang ni pun kena fikir nanti nak deko kat mana huhu no space tu la tamak haloba tu amalan syaitan ishhk3 ( sambil geleng kepala 3 kali  ) Ok till then, nak mencari idea dan inspirasi.. xoxo