Tuesday, 14 May 2013

Organizing Spice Jar & Utensil Project

Salam & hye,
Ruang memasak saya kecil je. Saya letakkan dapur gas atas meja empat segi yang Shahrul beli masa bujang. Saya lebih suka letakkan dapur gas kat kabinet dapur gas. Tapi buat masa ni, ini je yang ada. So saya gunakan aje dulu apa yang ada. Nanti kalau ada rezeki lebih sikit baru saya beli Kabinet dapur gas yang lebih sesuai. Mari kita cuci mata dengan gambar kat bawah ni.


Ini ruang memasak. Saya suka letak spice jar dan utensil kat satu tempat sebab senang saya nak capai masa memasak.Saya google beberapa gambar cara menyusun atur spice jar dan Utensil dengan jayanya!

Kalau gunakan lazy susan Ikea macam gambar ni pun ok jugak.
Tapi saya lebih suka letak dalam bakul macam gambar kat atas ni. Lebih jimat ruang berbanding Lazy Susan dan nampak lebih kemas. Inspirasi dari gambar-gambar di atas ni.Suka susunan macam ni, nampak kemas dan menarik. Mengambil pendekatan yang sama.Saya terapkan idea ini di ruang memasak.
Saya gunakan bakul, yang dahulunya digunakan masa hari pertunangan saya. Recycle je. Saya letak botol minyak masak ( saya beli kat Daiso botol ni), Black Pepper Grinder, white pepper, bekas sudu dan bekas Garam, Gula Dan Ajinamoto. Baru-baru ni, saya dapat idea lain. Saya dah gantikan bekas garam ala-ala Inggeris tu kepada bekas Cupcake macam kat bawah ni. Lebih jimat Space berbanding bekas yang lama ni.



Rupa baru untuk ruang Utensil & Spice Jar. Mood: suke..sebab semua dah mengikut tema Cupcake. Tapi bila diperhatikan lama-lama rasa macam tak cantik pulak bakul tu kan?? Emm.. kena beli yang lain ni. Bakul kat dalam gambar tadi, nampak cantik :) hehe nanti saya survey kat mana ada jual bakul camtu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.