Thursday, 27 February 2014

What In My Bag????

Salam & hye,
Lamenye tak update blog, dah nak bersawang dah blog ni hihi saya agak bz lately ni. Macam-macam urusan nak buat,so tak sempat nk update blog. Tapi, arini ada masa free sikit, bolehlah saya menggedik kejap update blog ni huhu arini nak up entri merapu sikit iaitu " what's in my bag??". Kalau kita tengok kat youtube banyak sangat kaum wanita (selalunya mat saleh ) yang upload video what's in my bag, diorang akan tunjuk handbag apa yang diorang pakai dan barang apa yang selalunya mereka bawak. Baru perasan yang rata-rata perempuan memang akan bawak macam-macam benda dalam beg termasuklah saya hoho.  Kaum lelaki selalu mempersoalkan kenapa beg wife atau gf nya berat? Apa yang mereka selalu bawak??? Makin besar beg yang dibawa makin banyaklah segala isi yang disumbatkan,Saya selalu mengalami situasi kompius nak keluarkan barang yang patut dan tak patut dibawak, sebab semuanya nampak penting T.T dan husband saya kadang-kadang membebel jugak, sebab kalau jalan kat mall, saya dah tak larat nak pikul beg tu saya mesti pass kat dia,dan dia akan bawak sepanjang hari. Walaupun membebel tapi dia selalu tumpang barang-barang dia macam wallet, kunci kereta, handphone. So adil lah, sama-sama bawak beg berat tu lalalalala. korang penah tak mengalami situasi camni?. ok,tak yah buang masa jom kita selongkar ape menda yang ada dalam beg saya hari ni
hoho malunye, barang-barang kite murah-murah je. Inilah barang-barang yang selalu saya bawak dan seterusnya memberatkan beg saya tu ptfff... Dalam ni ade benda-benda basic je macam Wallet, Makeup Bag, Handphone, MP4, Kunci Office & Kunci Rumah, Camera ( tak tahu kenapa ari-ari bawak Camera, padahal tak guna pun ptffff..... ) Losyen, Charger Handphone, Gula-gula Mentos dan Gula getah.Tapi kenapa kebanyakkannya ada gambar hello kitty?? hoho saya memang suka hello kitty so kebanyakkan barang dalam ni, mesti ada hello kitty lalalala.
Dalam makeup bag pulak, sama je benda-benda basic compact powder (Miyami: suka sangat pakai bedak ni sebab sesuai dengan kulit saya ), Blusher, Lip balm, cermin, eyeliner, eyebrow pencil, lipgloss,perfume, kabuki brush dan eh? Termometer pon ade hoho yang ni saya buat BBT so termometer memang selalu ade hihi.Makeup bag tu dah lama saya beli, ingat nak tukar dengan makeup bag yang baru, masih dalam proses mencari huhu. Korang pulak camne? Ape yang korang bawak dalam beg harini? cecite-cecite hihi Anyway, sampai sini je dulu, officemate dah jeling-jeling tu nak ajak lunch sama till then xoxo

Thursday, 13 February 2014

TTC & BBT

Salam & Hye
Diam tak diam dah masuk bulan Febuari dah. Hari ni dah setahun 4 bulan saya berkahwin. Setakat hari ni, masih belum ada rezeki nak dapat zuriat sendiri. Tapi saya redha, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah yang tersembunyi. Saya selalu percaya kalau kita bersabar, walau pahit macam mana pun, pasti ada kemanisannya dikemudian hari, Insyallah. Alhamdulillah saya mempunyai Suami,Keluarga dan Kawan-kawan yang banyak beri galakan dan semangat untuk saya. Tak macam kebanyakkan orang yang terus-terusan menghukum. Bila kita takde anak, mesti tanya tak ada lagi ke? Kalau kita cakap belum ada rezeki, ada jugak yang terus kata entah-entah memang takde. Walaupun kata-kata orang tu menghiris hati, tapi saya tak boleh nak kata apa, takkan nak marah atau maki orang tu,kan so just sabar jelah dan banyak berdoa semoga orang tu lebih sensitif, nak cakap apa-apa fikir dulu sebab kata-kata kita ni macam pedang, tersalah cakap boleh guriskan hati orang lain, Wallahualamm.
 Anyway... saya taknak cerita pasal tu sebenarnya. Entry kali ni saya nak cerita pasal group TTC yang saya join kat Facebook. TTC ni maksudnya Trying To Conceive. Group ini adalah group untuk orang berusaha nak memiliki zuriat. Sepanjang saya join group ni, banyak info yang saya belajar dan kawan-kawan dalam group ni memang sangat membantu, setiap pertanyaan saya mereka akan jawab dan berikan info untuk saya buat rujukan. Buat masa ni, saya tengah amalkan minum Jus Delima, ramai jugak kawan-kawan yang suggest minum jus delima. Banyak khasiatnya, korang boleh google untuk tahu khasiatnya. Tak lupa juga jaga pemakanan dan pantang makan contoh macam fast food, Ais, Air tebu, Air Kelapa, makanan yang sejuk, tajam dan lain-lain. Oh ya, saya pun nak start buat BBT mulai esok, BBT tu maknanya Body Basal Temperature. Untuk check suhu badan, so setiap pagi lepas bangun tidur kita masukkan termometer dalam mulut dan tunggu termometer tu baca suhu badan kita pastu kita catatkan dalam Womanlog atau Fertility Friend.Tapi yang ni kena gigih, kena check suhu setiap hari baru boleh tahu waktu subur kita. Kalau mula-mula kita letak temometer sebelah kanan lidah, so hari seterusnya pun kena letak kat bahagian kanan lidah, tak leh tukar-tukar sebab takut tak sama nanti bacaan suhu tu.  Womanlog atau Fertility Friend akan catat graff untuk kita. Suhu badan akan meningkat waktu subur, akan drop waktu kita period dan akan terus-terusan meningkat atau maintaine kalau kita pregnant. Setakat ni, tu je yang saya faham. Kat sini saya selitkan info pasal BBT ni,
BBT ni sebenarnya cara utk kita dptkan suhu badan bagi mendapat hari subur.
yela.. kita selalu perasan hari subur kita pada tarikh sekian, sekian.
rupanya tarikh lain.
dan kadang2 kita fokus bersama hubby 1-2 minggu selepas period. tpi rupanya salah timing. tu yg susah lekat. (apapun sebenarnya belum sampai rezeki)
melalui BBT ni kita jadikan sebagai 1 usaha dan jadikan sebagai rutin/hobi.
kalau kita bergantung sgt dgn BBT kita leh jadi stress.. (say no to stress ye).

sumber: http://fromkuchingwithlove.blogspot.com/search/label/Try%20To%20Conceive

Langkah Memulakan BBT:

Alatan diperlukan : 
Termometer digital (jika boleh dapatkan yg ada 2 decimal). Temometer ini boleh dibeli di farmasi. Harga termometer dari RM10 hingga RM50. Jika tidak masa nak ke farmasi, boleh beli secara online dari blog http://hamilcomel.blogspot.com/2011/12/thermometer-2-decimal-sesuai-untuk-bbt.html#. [harga RM36 untuk semenanjung malaysia / RM45 untuk sabah sarawak *free post*] --- ini bukan tujuan promosi. niat saya nak membantu rakan2 yg tercari2. jika ada web lain atau pihak lain yg jual termometer ni mohon supaya berikan link dalam ruangan komen. :)

Langkah memulakan BBT :
  1. Daftar sebagai ahli di laman web http://www.fertilityfriend.com/ (di group ini dipanggil FF. Jika ada hp android, boleh muat turun dan mudah nak key in data suhu setiap hari.
  2. Make sure tidur yg cukup sekurangnya 3 jam directly tanpa berjaga (termasuk ke tandas, minum air, tukar pampes anak, susukan anak). Jika berjaga atau tidur tak cukup, ia mungkin akan menganggu suhu. Apapun, teruskan ambil suhu dan tandakan dlm FF yg anda tidak cukup tidur atau sebagainya.
  3. Ambil suhu pada jam yang sama. Contohnya jika pertama kali ambil suhu pukul 6 pagi. Pada hari yg seterusnya teruskan ambil suhu pada pukul 6 pagi setiap hari.
  4. Cara mengambil suhu ada 2 cara iaitu melalui mulut atau vagina. Saya nasihatkan lebih mudah mengambil catatan suhu melalui mulut. Lokasi di bawah lidah dan ambil suhu di tempat yang sama setiap hari. 
  5. Suhu yang di ambil dicatat atau ingat. Ia perlu dimasukkan ke dalam web FF yg anda dah daftar seperti langkah 1.
  6. Data FF perlu dimasukkan dengan betul. CD 1 adalah tarikh hari pertama anda period pada cycle tersebut. 
  7. Teruskan ambil suhu dengan sabar dan jangan skip merekodkan data suhu di dalam FF untuk memudahkan sistem membaca suhu anda.
  8. FF akan secara automatik detect tarikh ovulasi (O) dan selepas dari O akan disebut sebagai Day pass ovulation (DPO). 
  9. Panjang DPO adalah berbeza setiap orang. Jumlah DPO yang normal ialah DPO10 (10hari) ke atas. Sekiranya kurang dari 10, maknanya anda menghadapi masalah rahim lemah. *sangat jarang berlaku*.
  10. Kebiasaan DPO mencecah 18 hari dan tempoh pengiraan DPO dipanggil 2 wait week (2ww). Dalam tempoh DPO, anda dinasihatkan jaga pemakanan (dilarang minum air kelapa, ubatan, herba/jamu) dan kurangkan aktiviti lasak (mendaki gunung, berbasikal, mengurut dan sebagainya).

Nota:
  1. UPT boleh detect seawal DPO7. Tetapi ada jugak yg hanya boleh detect selepas DPO10. Setiap org mempunyai badan yang unik dan tidak sama. 
  2. UPT faint line perlu repeat sehingga kepekatan warna double line menjadi sama atau line T lebih terang dari line C.
  3. Faint line - sekiranya berjumpa doc ada kemungkinan doc akan kata tidak hamil. Jadi adalah lebih baik buat UPT menggunakan Clear Blue Digital (CBD) atau terus buat blood test utk mengesahkan kehamilan di peringkat awal.
  4. Kehamilan 4-5 minggu boleh di scan menggunakan ultrasound TVS (scan dari vagina). Tidak semua klinik ada alat ultrasound ini. Sekiranya anda berada di sekitar Gombak/Batu Caves/ Selayang, saya cadangkan boleh buat di Gombak Medical Centre di Sri Gombak. Di sini pun boleh buat blood test dan charge harga dia adalah berpatutan. 
  5. Heartbeat baby boleh dilihat seawal 6 minggu. bagaimanapun, doc akan bagi tempoh sehingga 8 minggu utk melihat heartbeat baby.
  6. Sekiranya anda dapati anda hamil dan kemudiannya period (dlm tempoh 4-5 minggu kehamilan) ia disebut Chemical Pregnancy (CP). Utk CP anda tidak perlu berpantang teruk. cukuplah jaga makan, berurut dan berehat. Anda boleh ttc semula selepas period kering. 

*segala yang saya tulis ini bukanlah nasihat dari pakar. Ia hanyalah pengalaman dan pengetahuan saya melalui pembacaan dan perbualan bersama doktor atau rakan-rakan lain. Semoga ilmu yg disampaikan boleh dimanfaatkan bersama*

So kepada sesiapa yang belum ada rezeki nak dapat zuriat sendiri cubalah add group TTC Malaysia kat Facebook, banyak info yang korang akan dapat dan Insyallah bermanfaat. So selamat berTTC dan berBBT untuk saya jugak hihi. Till then xoxo

Monday, 10 February 2014

Berjimba-Jimba ke Lumut Perak

Salam & hye
Selamat berhujung minggu, hujung minggu kami kali ni kami ke Lumut Perak.

Memang tak rancang pun, hari Sabtu tu Shahrul ade buat over time kat tempat kerja, dia balik dalam pukul 3 petang. Kami golek-golek depan tv bincang nak pergi jalan-jalan. Mulanya nak pergi Bukit tinggi, tapi tak jadi sebab Shahrul tak tahu jalan nak ke sana. Last-last kami decide ke Lumut je, pergi rumah maksu saya kat sana. Kami gerak dari Kajang dalam pukul 4 dan sampai kat Lumut pukul 8.00 pm. Sampai je, terus bersihkan diri dan solat. Lepas tu, Maksu bawak pergi Sitiawan makan kat Strawberry Cafe. Tak sempat nak ambik gambar sebab anak bongsu dia dah mengamuk kat situ hihi. Dalam kelam kabut tu, cepat-cepat habiskan makanan. Menu kat situ memang banyak,saya pilih BBQ Chicken Chop & White Coffee je. Tak tahu lah sejak akhir-akhir ni addict dengan Chicken Chop hihi
sumber
Malam tu, diorang bawak kami pusing-pusing sekitar lumut dan Marina Island. Dalam pukul 12.00 jugak kami balik rumah,esok pagi-pagi lagi diorang bawak kami sarapan kat area Sitiawan, tempat tu betul-betul dekat dengan nelayan yang bawak ikan fresh dari laut ke darat. Memang meriah sangat, sempat sambar Ikan Kerapu dan Ketam. Memang murah sesangat harganya. Kat KL memang takkan dapat harga camtu. Balik je rumah, apa lagi Ketam tu masak Sup dan Kerapu pula buat Sweet Sour. Memang puas sangat-sangat makan seafood yang betul-betul fresh. Lepas makan, kami relax-relax dulu pastu dalam pukul 5 petang keluar jalan-jalan kat Teluk Batik
sumber
Orang memang ramai time ni, kami tak mandi-manda pun, just relax ambik angin laut jer. Tenang je rasa duduk tepi laut huhu tapi takleh selalu nanti sun burn. Kami gerak ke Kajang dalam pukul 9.00malam. Time tu sempat lagi pekena Char Kuey teow Perak.
sumber
Memang yummylicious! udang banyak sangat huhu makan dengan girang gumbira =) Walaupun agak penat sebab dua hari jalan jauh non-stop tapi happy sangat. Kadang-kadang kalau plan sesangat mesti tak jadi, tapi kalau on the spot walaupun penat tapi sangat fun huhu acane weekend korang?? till then xoxo

Tuesday, 21 January 2014

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang


Salam & hye,
Ceh! tajuk tak boleh blah hihi. Well lamenyeeee x update blog. Rindu rasanya huhu. Buat masa ni agak bz sikit sebab saya dah mula bekerja. Setakat ni Alhamdulillah memang ok sangat. Staff pun tak ramai kat sini dan environment kat sini pun sangat cozy dan sebelum ni saya memang pernah kerja kat area sini so tahulah selok belok tempat ni, kat mana nak lunch, nak beli barang-barang dapur kalau dah habis memang dekatlah, jalan kaki pun takde masalah. Cuma bezanya dulu tak banyak kedai kat sini, sebab tempat ni baru lagi tapi sekarang dah macam-macam ada. You name it! 99speedmart,Dobi,Cake house,Hardware,Klinik,Hotel,Kedai Bundle,Courier,Kedai Jual Ikan, kedai makan pulak ada Kedai Nasi Arab, Mamak, Gulai Kawah,Laman Grill,Cibiuk, Korea pun ade huhu so pilih je mana yang suka and yang paling best saya perlu bekerja 5 hari seminggu je so weekend boleh rehat puas-puas huhu. Dah kembali bekerja so jadual harian pun dah kembali kepada yang asal.
6.30 am : Bangun Sembahyang Subuh pastu kalau ade masa & x buat breakfast sempat tido balik kih..kih
7.30 am : Bangun dan Bersiap pergi kerja
9.00 am - 6.00 pm : Kat tempat kerja
6.30 pm : Bersilat kat dapur ( masak makan malam )
7.30 pm : Makan malam, bersihkan diri & Solat Maghrib
9.00 pm : Solat Isyak
9.20 pm : Quality time ( Rest/Baca Buku/Online )
Walaupun dah mula kerja, rumah still kena kemas jugak, kalau tak semak mata memandang nanti huhu
Sebenarnya seronok jadi housewife masa tak kerja dulu. Tapi memikirkan sekarang ni semua barang dah naik harga, kos sara hidup memang tinggi sangat so saya kena bekerja untuk tolong incik Husband tercinta tu huhu. Tapi ok jugak, at least dapat pegang duit sendiri, dapatlah shopping sesuka ati macam dolu-dolu hihi, dapatlah collect barangan cupcake lagi huhu next entri saya nak kongsi sikit pasal makeover dapur saya ( yg ni kerja Incik Shahrul ) memang dah ade dlm drafts tinggal nak letak gambar jer, so tungguuu (macamlah ade orang kesah sangat pasal dapo tu) ok till then xoxo

Wednesday, 8 January 2014

Rezeki 2014

Salam & hye,
Rasanya tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua Blogger. Diam ta diam dah masuk tahun baru dah, sekejap je masa berlalu. Alhamdulillah masuk je 2014, rezeki bertambah lagi. Finally I've got new Job. Lepas 4 bulan tak kerja finally dapat kerja baru. Hari ni first day saya kerja harap segalanya dipermudahkan, Amin.
Bila masuk tahun baru, haruslah kena ada azam baru kan?? hihi Azam saya tahun ni Insyallah nak focus untuk dapat baby ( yg ni memang betul-betul nak,hopefully ade rezeki ), Jadi Isteri yang solehah, Anak yang boleh berjasa kat orang tua  focus wat kerja betul-betul, kurangkan hutang n lebihkan saving huhu Insyallah. So ape pulak azam korang tahun ni? Harap dipermudahkan Amin

Sunday, 22 December 2013

Huu..Yeahhh

Salam & hye,
Lamanye tak update blog, rindu pulak rasenye hoho. Macam mana dengan Disember korang semua? Mesti best kan. Disember saya?? emm memang super duper bizi huhu. Banyak aktiviti bulan ni, weekend saya sentiasa penuh dengan aktiviti, jemputan kenduri kahwin lah yang ni kat Kedah naik bas ( rombongan cik kiah, tapi dalam kes saya rombongan cik piah hihi) sambil tu sempat ke Wang kelian dan Langkawi, Jemputan Majlis perkahwinan di Dengkil dan jalan-jalan kat rumah kawan di Sendayan phewww...Insyallah nanti ada masa saya cita ( macam ler orang nak tau sangat!! grrr... ) Anyway nak update pasal ni sebenarnya. Bulan lepas saya join organizing kitchen kat sini Alhamdulillah saya menang cabaran ni dan dapat tempat ke dua.

Assalamualaikum wbt,

TAHNIAH!!! Anda telah memenangi "Cabaran Bulanan {November} bersama Susunatursioca" kali ini. 


;)

SIla emailkan 

Nama:
Alamat:
No telefon:

kepada saya dengan kadar segera untuk pengeposan hadiah.

TERIMA KASIH kerana menyertai sesi perkongsian cerita bulan ini! 

Salam sayang,

Fizah @ susunatursioca
Alangkah gumbiranya rase hati, walaupun dah agak lewat tapi still nak update pasal ni and nak say thanks kat Fizah dari blog susun atur siocha kecil tu dan penaja hadiah yang saya terima ni ( Atiey : pink garage) Ni hadiah yang saya terima:

comel kan??? Anyway Pop Chef nih memang super duper cute giteww. Suka sangat dapat hadiah ni, boleh lah saya jadi kreatif sikit kan hihi. Setakat ni saya belum cuba lagi, Insyallah saya akan cuba dalam masa terdekat, sangat excited nak cuba pop chef ni okeh. Nanti kalau ada rezeki ada anak sendiri, boleh lah decorate makanan dia guna pop chef ni huhu super excited!! till then xoxo

Sunday, 1 December 2013

Baking Items

Salam & hye
Selamat berhujung minggu, Alhamdulillah diam tak diam dah masuk penghujung tahun. December come again, December bermakna musim hujan sudah melanda huhu.Weekend kami kali ni, kebanyakkannya kami habiskan masa kat rumah dan keluar dating berdua. Malam Sabtu kami tengok movie kat Jusco Cheras Selatan, tengok cerita hantu "Penanggal" Boleh tahan lah ceritanya. Kami laki bini memang suka tengok cerita hantu, walaupun bila tiba part hantu muncul bininya asik tutup mata and lakinya akan bising cakap kalau tutup mata rugilah beli tiket wayang :p tapi tetap suka tengok movie cerita hantu hihi. Hari Ahad pulak, lepas Shahrul settle bersihkan akuarium Kura-kura dan Ikan-ikannye kami keluar beli barang-barang dapur kat Econsave Jalan Reko. Memang setiap bulan kami akan belanja barang dapur kat sini. Harganya agak murah lah berbanding pasaraya lain. Kena bijak berbelanja maklumlah sekarang semua barang dah naik harga ishk3...
Antara barangan keperluan harian, Beras, gula, kicap, tepung, susu, biskut, milo, bawang, sos cili dan lain-lain lagi. Total Damaged RM150. Settle belanja barang dapur Shahrul ajak saya pergi Warta kat Bangi, nak makan KFC katanye. So layankan je, kami ke Warta lepas tu, selesai makan. Shahrul ajak jalan-jalan kat Mr. D.I.Y yang baru buka dalam warta ni.
Rembat barang-barang baking nih. Memang nak cari tray baking yang kecik camni, senang nak buat cheese cake nanti. Beli jugak cookie cutter comel tu dengan muffin tray tu huhu. I love my weekend till then xoxo